'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'khas untuk Adam..ikhlas dari Hawa'

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian disyurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.
Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun, terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.
Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu. Tapi Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.
Adam,
mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. .Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?
Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!! Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu- kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku....
wallahua'lam...
Read more

'Abang..maafkan sayang...'

Read more

'Seindah Mutiara'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

seindah mutiara
kilauannya istimewa,
bukan untuk semua.
sinarnya untuk yang sudi
silaunya untuk yang mengerti.


cahayanya
untuk siapa yang sanggup sejenak,
mendalami dasar yang paling bawah,
paling gelap dan paling hitam.
yang sanggup singgah dan memerhati, memahami
lantas bersusah mengopek sekeras tiram demi sebutir nan indah
lalu lebih dihargai.

seindah mutiara
bisik bicara gemerlapnya,
bukan untuk semua!

-untuk yg memahami, yg sudi mengerti-
Read more

'Khas Buat Ar Rijal'

Read more

'Jangan Tangisi Apa Yang Bukan Milikmu..'

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.


Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis zikir yang akan mententeraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan mampu terbukti, tidak setiap yang kita mahu mampu tercapai. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak mempunyai satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.
Read more

'Ya Allah berilah aku kekuatan '



'Ya Allah seandainya dia diciptakan menjadi milikku,
baik untukku duniaku dan akhiratku..
maka satukanlah kami dalam ikatan pernikahan...
tetapi Ya Allah..
seandainya dia bukan milikku,
tidak baik untukku duniaku dan akhiratku,
maka pisahkan kami dan hubungkanlah kami sebagai persaudaraan islam'
Read more

'Mana Satu Pilihan Hati..'

Saya bertanya kepada emak, "mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "


Mak jawab, "dua-dua bukan.."
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam.


"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries