'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Sanah Helwah (✿◠‿◠)'

Read more

'Salam Imtihan ^^,'

Read more

'Takdirkan Insan Solehah Buatku'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Maafkan abang. Abang sedar, abang tidak bisa memberi kebahagian kepada keluarga kita. Abang menyesal tidak pernah panjang akal dahulu sebelum bertindak”

“Janji-janji yang pernah abang taburkan dahulu tidak pernah kesampaian walaupun abang dah cuba sedaya upaya. Apakah sayang masih juga ingin menghukum abang?” Tangis si suami bila sahaja si isteri tidak habis meleter. Muka si isteri masih masam tanpa ada sedikit rasa belas kasihan.

“Abang tahu, abang pernah memberi harapan. Tetapi harapan yang didambakan itu tidak pula kunjung tiba, bahkan kesengsaraan pula yang mengiringi bahtera ini. Berilah abang peluang buat kali seterusnya” Pujuk si suami dengan penuh harapan, tiada jalan lain yang difikirkan untuk menyelamatkan rumahtangga mereka melainkan meredakan api amarah membara si isteri.

Namun si isteri juga tetap bermasam muka, tidak bercakap sepatah.


Perkahwinan yang sempurna bukanlah sentiasa sempurna, melainkan ketidaksempurnaan yang ditangani dengan kemahuan pada agama insha-Allah adalah sebahagian dari definisi sempurna itu. Tiada apa yang pasti dalam dunia ini. Tiada apa yang sempurna dalam dunia ini kerana ini hanyalah dunia. Tidak penting di mana kita bermula, tetapi lebih penting di mana kita akan berakhir.

Namun, apa yang penting ialah niat perkahwinan serta matlamat yang jelas akan memudahkan kembara di alam ini. Sekiranya ianya dapat diatur dan dirancang dengan baik, cabaran mendatang bakal dihadapi bersama dengan tabah dan berhikmah.

Sukar untuk difahami bagi orang yang tidak berada di posisi seperti mereka yang mengalami proses retak menanti belah. Teramat banyak persoalan yang tersepuk kenapa pasangan akhirnya rebah dipertengahan jalan. Kenapa jalan itu juga dipilih.

Teramat sukar untuk dijelaskan. Teramat sukar untuk menjelaskan.

Apa yang kita impikan kepada pasangan tidak menjadi realiti. Telah diberi petunjuk, harapan, sokongan namun pasangan masih tidak cuba berusaha. Bila berkongsi konflik peribadi ini dengan orang lain, mereka berkata:

“Bertolak ansurlah..”

Ibarat seperti ketagihan seseorang dalam sesuatu hobi. Dia tidak akan mengubah tabiat itu biarpun orang lain mengutuk kerana itu tabiatnya yang tidak menyusahkan dirinya dan orang lain.

Pakar kaunseling belum tentu dapat merubahkan keadaan melainkan diri sendiri mahu berubah.

REDHA KEKURANGAN PASANGAN

Pakar kaunseling tidak bertugas untuk menyelesaikan masalah orang lain. Pakar kaunseling hanya bertugas menyusun fikiran orang yang bermasalah agar dapat diselesaikan satu persatu.

Berdasarkan pemerhatian penulis banyak masalah dalam dunia ini terjadi kerana masalah komunikasi. Tidak berterus-terang, tiada perbincangan, suka buat sangkaan dan tidak merendahkan ego.

Bukanlah penulis hendak menidakkan ego 100%, tapi dengan merendahkan ego kita jadi berani untuk berkata benar, jujur mengakui kesalahan, kekurangan dan kesilapan diri. Perbincangan menjadi lebih mudah dan telus. Penulis ada terbaca dalam satu laman website motivasi. Kata penulis website tersebut:

“If we want to gain others trust, let we be transparent”

Dan teramatlah penting untuk sentiasa muhasabah diri.

Kita semestinya sudah begitu kecewa menatap konflik yang melanda dunia artis di dada-dada akhbar dan majalah mengenai masalah rumahtangga. Kesan yang tertimpa sudah pasti anak-anak. Tidak hairanlah jika gejala sosial semakin menjadi-jadi, pegangan agama rapuh. Manakala masyarakat pula suka judgement, cepat sahaja menghukum. Seharusnya mendekati mereka dan cuba memahami perasaan mereka.

Alam perkahwinan tidak semudah yang disangka oleh pasangan yang bercinta, dan tidak selalunya indah melainkan kedua-kedua pasangan itu kembali kepada Allah Taala dalam apa jua keadaan. Bila kembali kepada yang hak, nikmat kesenangan tiada tandingnya.

Andai ombak kuat melanda bahtera, jangan disangka tiada harapan dapat berlabuh dengan selamat. Ingatlah semakin kita diuji, itu tandanya kasih sayang Allah Taala kepada kita dan Dia tidak akan membebankan hamba-Nya melainkan sesuai dengan apa yang daya kekuatan.

Allah Taala berfirman yang bermaksud:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” el Baqarah (2:286)

Makin banyak kita diuji, makin dekat kita kepada-Nya dan semakin matang dan penuh hikmah kita menyelesaikan sebarang masalah dengan kaedah terbaik.

Adakala kita terlalu mengharap sesuatu yang ideal sehingga kita terlepas pandang dengan segala kebaikan yang ada pada pasangan di depan mata. Hingga kita cuba membandingkan dengan insan lain melainkan dengan niat untuk dijadikan contoh tauladan yang baik.

Bersabarlah para isteri dengan suami yang kebanyakannya akan diam dalam membatu, dan bersabarlah para suami dengan leteran dan bebelan para isteri yang adakalanya untuk menyedarkan anda.

Ingatlah, bila sahaja lafaz:

“Aku terima nikahnya”

dialah insan yang terbaik untuk diri kita. Berusahalah melengkapi kekurangan antara satu sama lain dengan segala kelebihan dan kebaikan pada diri masing-masing. Bukannya untuk meruntuhkan masjid yang dibina dan memisahkan ikatan yang terjalin. Carilah salah sendiri kenapa tidak mencari yang kurang baik tapi bisa diasuh menjadi baik.


Kadang-kadang apabila syaitan dah merasuk di dalam diri macam-macamlah tindak tanduk tidak relevan hingga kita tidak sedar apa yang terlafaz, terbuat atau terlintas di hati. Bagi para isteri, ingatlah bergegar Arasy Allah sekiranya anda meminta apa yang hanya dimiliki oleh para suami (minta berpisah). Kehidupan selepas itu tidak semestinya menjanjikan kebahagiaan. Selagi ada jalan berusahalah yang terbaik.

MUHASABAH RUMAHTANGGA

Koreksi diri, adalah penting setiap pasangan koreksi diri dari masa ke semasa. Tidak bermakna selepas 10 tahun perkahwinan aktiviti ini tidak relevan lagi bahkan makin bertambah usia perkahwinan itu, lagi penting dan kritikalnya proses muhasabah ini.

Proses perbincangan tidak memilih usia perkahwinan. Harus dimulakan dari awal agar tidaklah pula kekok di kemudian hari. Proses perbincangan harus dilakukan bersama supaya ada input, tindak balas dan jawapan bagi setiap persoalan pasangan. Suasana yang bersuaian dan rileks amat penting. Tidak perlu tunggu bercuti baru nak buat refleksi.

Waktu driving, sebelum tidur dan waktu santai yang lain malah mana-mana waktu yang bersesuaian. Bahasa yang lembut dan tidak meninggi diri sepatutnya digunakan kepada pasangan. Jika perbincangan telah dimulakan dengan pergaduhan, cuba untuk membawanya ke arah yang lebih positif dengan membezakan antara Marah dan Benci.

Para suami harus pandai memujuk, bukan mengamuk kepada isteri. Manakala si isteri juga harus pandai memujuk suami, bukan kuat merajuk. Diam tidak akan membawa apa-apa. Putus asa jangan. Tutup segala ruang untuk berubah dan mengubah.

Kenapa perlu mengembalikan cinta? Tidak kira apa status atau keadaan kita, tetapi penulis merasakan setiap manusia itu entitled dan deserved untuk hidup dalam tenang dan bahagia. Hidup tanpa cinta ibarat burung yang terbang dalam sangkar. Selagi ada ruang untuk bercinta, maka sirami dan bajailah cinta itu. Cinta selepas Ijab dan Qabul, sesungguhnya mampu untuk diluahkan dan masih ada untuk dihadiahkan bersama.

Rumahtangga yang bahagia kena berusaha untuk suburkan bahagia, bukan sehari dua, tetapi sentiasa hingga akhir hayat kita dan pasangan. Kalau si isteri bersuamikan yang tidak bijak kendalikan rumahtangga, maka si isteri kena beri tunjuk ajar bukan queen control. Begitu juga sebelah pihak si suami.

Begitu berat rasanya saban hari menanti siapakah dia yang dijanjikan untuk menemani diri ini. Takut untuk menghadapi hari esok yang tidak pasti apa yang akan berlaku. Mungkinkah diuji dengan kesusahan dan pengorbanan dalam kenikmatan seperti Saidatina Khadijah? Atau diuji dengan kesusahan dan kezaliman seperti Asiah?

Jentik Hati Tanya Iman!

wallahua'lam....

sumber: kiriman email dari seorang sahabat.. syukran ya teman...
Read more

'Lelaki dan Wanita Saling Memerlukan'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

wallahua'lam.....

sumber:www.iLuvislam.com
Read more

'Taubat Seorang Hamba'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hati hiba mengenangkan dosa2 yang ku lakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa...

Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x.....
Taubatku ini.....

Telah aku merasakan derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan menuju redhaMu ya Tuhan.

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x...
Taubatku ini...

Di hamparan ini ku meminta moga taubatku diterima...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x....
Taubatku ini...

Ku akui kelemahan ini,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah 3x..
Taubatku ini...

-Irsyadee Feat Hafiz Hamidun-
Read more

'Apa Yang Kau Panggil Cinta'

Read more

'Sєηѕєι Nσ Tѕυкι (✿◠‿◠)'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bersempena dengan kempen ini, iLuvislam.com akan menganjurkan beberapa pertandingan yang menarik untuk anda selaku user iLuvislam.com sertai. Hadiah-hadiah yang pastinya menarik bakal menjadi milik anda!


1) HAIKU

Haiku ialah puisi tradisional Jepun yang pendek. Setiap sajak hanya mengandungi rangkap ganjil dan setiap rangkap hanya boleh mengandungi 3 baris ayat sahaja. Baris pertama dengan 5 suku kata. Kedua, 7 suku kata dan ketiga 5 suku kata, atau secara ringkasnya format 5-7-5.

Contoh-contoh haiku Di Sini

Syarat-syarat Penyertaan :

- Pilihan bahasa : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
- Bertemakan kempen ‘Sensei no Tsuki'
- Haiku yang dihasilkan hendaklah mengikut format 5-7-5 sahaja.
- Setiap peserta boleh menghantar maksima 5 penyertaan. Hanya satu karya yang akan dipilih sebagai pemenang.
- Karya yang dihasilkan akan menjadi hak milik mutlak iLuvislam dan pihak kami bebas memaparkannya dalam apa jua bentuk penerbitan dengan dikreditkan nama peserta.
- Hanya haiku yang diemelkan kepada kami sebagai penyertaan. Haiku yang ditulis dalam thread Haiku tidak akan dilayan.
-Haiku yang dihantar kepada kami adalah asli, dan tidak dipaparkan di tempat lain.
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

Kategori :

- A : 15 Tahun dan ke bawah
- B : 16 Tahun dan ke atas

Cara menghantar penyertaan :

- emailkan kepada - event[at]iluvislam.com
- tajuk email : SNT Haiku
- Setiap penyertaan hendaklah disertakan bersama butir diri anda: Nama Penuh, No. Kad pengenalan, dan username di iluvislam.com

2) KAD KREATIF

Peserta diminta menghasilkan kad kreatif sama ada untuk ditujukan kepada ibu, bapa atau guru

Kategori :

- A : 15 Tahun dan ke bawah
- B : 16 Tahun dan ke atas

Cara Menghantar Penyertaan :

Dihantar melalui pos kepada alamat pejabat rasmi iLuvislam.com :

SNT - KAD KREATIF
Lot 9100, Jalan Kerdas 1,
Gombak,
53100 Kuala Lumpur.


Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan (ditulis pada belakang kad) :

a) Nama penuh peserta
b) Username di iLuvislam.com
c) No. kad pengenalan
d) Nombor telefon untuk dihubungi
e) Alamat semasa

3) MEMORIOUS MOMENTS

Kongsikan pengalaman anda bersama ‘sensei' anda, samada bersama ibu, bapa atau guru dalam bentuk gambar.

Syarat-syarat Penyertaan

- Peserta dikehendaki menghantar gambar kenangan indah mereka bersama ‘sensei'
- Post-editing tidak dibenarkan. Gambar yang diedit menggunakan perisian komputer akan terbatal penyertaan dengan sendirinya.
- Penyertaan akan diadili melalui bagaimana gambar tersebut kelihatan indah dan istimewa sebagaimana pengakuan peserta. E.g. gambar yang hanya menampakkan muka peserta dan ibunya akan mengurangkan peluang untuk menjadi pemenang.
- Gambar yang dihantar akan menjadi hak milik mutlak iluvislam, dan pihak kami bebas memaparkannya dalam apa jua bentuk penerbitan dengan dikreditkan nama peserta.
- Diadili oleh juri-juri yang terdiri daripada jurugambar dan designer iluvislam.com
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

Kategori :

- A : 15 Tahun dan ke bawah
- B : 16 Tahun dan ke atas
- Emelkan kepada : event[at]iluvislam.com
- Tajuk emel : SNT- Memorious Momments
- Sila attach gambar anda
- Kandungan emel:

o Siapa bersama anda dalam gambar
o Tempat dan tarikh gambar diambil
o Apakah kenangan indah dari gambar tersebut. (Tidak melebihi 50 patah perkataan)
o Nama penuh anda, username iLuvislam.com, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.

4) PENCALONAN IBU / BAPA MITHALI

Buktikan bahawa ibu atau bapa anda memang seorang yang mithali

Syarat-syarat Penyertaan :

- Sila kemukakan biodata mengenai ibu / bapa anda yang ingin dicalonkan.
- Karangkan sebuah artikel untuk menceritakan mengapa ibu / bapa anda harus dipilih sebagai ibu / bapa mithali.
- Artikel hendaklah ditaip menggunakan tulisan Times New Roman bersaiz 12
- Artikel pemenang akan disiarkan di dalam ruangan artikel iLuvislam.com
- Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

Cara Menghantar Penyertaan :

- Emelkan kepada : event[at]iluvislam.com
- Tajuk emel : SNT - Ibu/Bapa Mithali
- Peserta hendaklah attach file yang mengandungi artikel tersebut.
- Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan :

a) Nama penuh peserta
b) Username di iLuvislam.com
c) Nombor telefon ibu/bapa peserta
d) Alamat untuk dihubungi

Tarikh tutup semua peraduan adalah pada 15 Mei 2010. Sebarang pertanyaan boleh diajukan di thread "Sensei No Tsuki: Pertanyaan" dan maklumat lanjut tentang kempen sila KLIK SINI

HADIAH UNTUK PEMENANG

- Langganan 3 Edisi Majalah ILUVISLAM tajaan Karangkraf
- 2 Kupon Diskaun 50% ke program-program anjuran iLuvislam.com

Cepat, jangan lepaskan peluang ini!!

Ayuh, apresiasikan ‘sensei' anda!



P/S: Mari menghargai sensei kita...(◕‿◕✿)
Read more

'Telah Kupilih JalanMu'

Read more

'Merawat Marah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Marah adalah penyakit rohani yang memberi kesan pada jasmani. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Carilah ubat marah.

Antara cara untuk mengatasi marah :

1. Baca Ta'awwuz

Apabila datang marah, banyakkan membaca ta'awwuz. Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

Maksudnya : " Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam"


2. Mengubah posisi

Ketika marah ubah posisi kepada yang lain. Jika sedang berdiri, cubalah duduk, jika sudah duduk cuba berbaring. Jika berada dalam sebuah bilik, maka keluar ke tempat lain.


3. Mengambil wuduk

Apabila marah sedang memuncak, digalakkan mengambil wuduk kerana dapat menyejukkan api kemarahan.


4. Diam

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada marah.


5. Banyakkan berzikir

Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah sebagaimana maksud hadis berikut :

"Ucapan yang paling banyak disukai Allah ada empat perkara, tidak berat kepadamu untuk mengucap bila-bila masa sahaja iaitu: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar" (Riwayat Muslim)


6. Melakukan amalan

Melakukan amalan yang menambah keimanan dan mendidik jiwa seperti solat taubat, membaca al-Quran, Berpuasa sunat, Bersedekah, Melakukan haji dan umrah, Menolong orang.


7. Minum air dan berdoa

Ada orang yang minum air zamzam dan air yang didoakan oleh ulama. Namun begitu, hati kita perlu meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah kerana Allah juga yang berkuasa sepenuhnya dan yang memegang hati hambaNya.


8. Mengwal pernafasan

Pernafasan yang berkesan dapat mengawal perasaan marah. Kehadiran oksigen di dalam otak dapat mengurangkan kemarahan. Jika tubuh kita kaya dengan oksigen, oksigen ini akan dibawa oleh darah ke kepala. Oksigen yang kaya dalam darah itu akan membawa ketenangan.

wallahua'lam...

sumber : Majalah Solusi
Read more

'KeredhaanMu ku harapkan'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi

Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku

Tuhan,
Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri

Tuhan,
Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

-Inteam-
Read more

'Dakwah Viral dan MARS'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dakwah Viral

Jika Johor Corporation terkenal dengan konsep ‘Jihad Bisnes‘ untuk berdakwah, kami di iLuvislam juga ingin memperkenalkan dan mempopularkan suatu konsep yang unik dan belum pernah diperkatakan oleh orang kebanyakan: ‘Dakwah Viral‘.

Dakwah Viral adalah suatu konsep murni yang diperkenalkan oleh Presiden iLuvislam.com, En. Mohd Nurul Imran Koyube pada 1 April 2010.

Ia merupakan suatu inovasi islamik dari istilah yang selalu dikaitkan dengan pemasaran, perniagaan dan internet; viral marketing.

Beberapa definasi viral marketing adalah seperti berikut:

* A technique aiming at reproducing “word of mouth”

* Marketing phenomenon that facilitates and encourages people to pass along a marketing message

dea untuk mempopularkan konsep ini diperoleh setelah beliau menyertai pelbagai seminar perniagaan antarabangsa dan juga seminar internet antarabangsa semenjak awal 2009. Istilah yang kerap didengari semasa seminar adalah viral marketing. Antara tokoh yang pernah memberi tunjuk ajar kepada beliau adalah Stephen Pierce (multi-millionaire Internet Wealth Advocate), Ewen Chia (World no. 1 Super Affiliate), Tom Hua (a self-made multi-millionaire product-creation expert), Alok Jain (viral marketing expert), Dr. Irfan Khairi dan lain-lain.

Walaupun kebanyakan ilmu yang diperoleh daripada jutawan-jutawan di atas adalah bertujuan untuk menjadi kaya dengan duit dan harta, namun En. Imran Koyube sentiasa memikirkan akan cara memanfaatkan ilmu serta pengalamannya bagi mengembangkan dakwah Islam.

Alhamdulillah berbekalkan semangat kental serta jaringan yang dibina bersama iLuvislam, beliau dengan rasminya memperkenalkan konsep Dakwah Viral. Buat permulaan, terdapat 2 produk percuma yang dilancarkan secara rasmi pada 1 April 2010 :

* MARS (Majalah Remaja Sempoi) dengan kerjasama Flarebiz Network

* MEOW (Message of The Week)

Semoga dengan kelahiran 2 produk di atas mampu memberikan satu momentum besar kepada masyarakat Islam secara umum dan juga iLuvislam secara khusus untuk terus memikirkan cara terbaik dan terpantas dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.



Sejarah & Konspe MARS

MARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010.

Konsep MARS adalah:

* sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam

* dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet

Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).

Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.

Buat pengetahuan pembaca, iLuvislam.com dan Flarebiz Network terdiri daripada anak-anak muda Malaysia dengan ‘range’ umur 20-24 tahun.

Jadi, MARS merupakan suatu projek unik kerana ia adalah hasil usaha anak-anak muda yang mahu membantu anak-anak muda lain.

Buat permulaan, MARS akan diterbitkan sekali sebulan; pada 1 hari bulan.

Semoga MARS mampu merancakkan lagi perkembangan dakwah di Malaysia dan dunia tidak lama lagi.

Mari kunjungi http://mars.iluvislam.com sekarang juga!




sumber: www.iluvislam.com
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries