'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Kad Cinta ^_^'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


alhamdulillah selamat sampai ke rumah sewa..baru balik dari kampung berjumpa insan2 tersayang... rindu sangat dengan semua... walaupun baru je jumpa minggu lepas..hihi..

dan sebab lain nak balik kampung juga sebab ada kad cinta sampai di rumah.. mak call dan beritahu ada kad cinta yang sangat comey sampai..hihi ... itu yang nak juga balik kampung tengok dan baca kad tu...


nie dia kad cinta comey^_^

syukran untuk mr presiden @ akhi imran dan semua yang sudi beri kad yang cute nie...
sangat2 menghargai dan suka kad nie.. kot2 tahun nie besday pun boleh bagi kad ok gak mr presiden... (hihi..) insya-allah akan cuba menjalankan amanah dan tanggugjawab yg diberi dengan baik... selagi saya mampu....





raya nanti ok gak bagi kad kat kami..^_^....

terima kasih mr.presiden...dan semua yang banyak membantu dalam iLuvislam... ukhwah antara kita semua memang best...

wallahua'lam

p/s: yang lain2 dah dapat kad cinta tak^_^?
Read more

'Selamat Hari Lahir Abg Wan^_^'

Read more

'Alhamdulillah..Sah Miliknya^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


sempena cuti raya cina nie.. ramai yang melangsungkan perkahwinan.. ada juga yang mengadakan majlis pertunangan.. ^_^

saya mendapat 2 jemputan majlis perkahwinan dan 2 jemputan majlis pertunangan pada 14 Februari tempoh hari.. tapi hanya satu majlis perkahwinan sahaja yang dapat saya pergi iaitu perkahwinan sepupu di Setiawan, Perak. 3 majlis lagi tak dapat saya pergi... kerana dibuat di Selangor dan Negeri Sembilan..

saya nak ucapkan 'Selamat Pengantin Baru' untuk 2 pasangan pengantin iaitu sepupu saya Fendi dan pasangan Assaliza, dan juga untuk akhi Aman dan Naquia.. krew iLuvislam.. maaf ye akhi Aman dan Naquia.. ila x dapat dtg.. majlis sama dengan majlis sepupu.. jadi kena pergi majlis sepupu ila.. ^_^


dan juga selamat bertunang untuk anak buah saya.. (pangkat je anak buah.. tp umur lg tua..hihi ) Abg Faris dgn psgnnya org negeri Sembilan.. dan Kak Amy serta pasangan org penang kot...huhu. jangan tunang lama2 sgt.. kenduri nnti insya-allah hadir jika tiada apa yang menghalang...^_^

sebenarnye nak crita majlis pernikahan sepupu saya... pada mulanya saya ingin pergi ke majlis tersebut bersama family, tiket pulang ke rumah sudah di beli.. tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan kena pulang ke kampung di Perak dahulu.. kena drive keter atok.. bawa atok n opah dtg Setiawan.. sbb tak ada org yang nak tolong drive kan.. dan tiket bus terpksa lah 'terbang' mcm tu jer...huhu...

jumaat pagi saya bertolak dari Kedah ke umah atok... lepas asar baru bertolak dari umah atok ke Setiawan, umah pengantin perempuan.. sampi sana dah malam nak kul 9 malam.. sampai Setiawan, call sepupu ssb nak pergi tempat menginap.. atok dan opah dah letih.. nak tidor dah... kul 2 pagi family paklang,maksu dan cikLin sampai.. tapi pengantin yang pergi jemput,.. sbb dia lelaki...^_^

sabtu pagi, majlis akad nikah berlangsung, kami perlu ada di masjid sebelum jam 1030 pagi,, sampai di masjid Tok Kadi dah ada.. 2 pasangan yang akan dinikahkan pagi tu..
masa nak tunggu dinikahkan..lama la sgt.. tok kadi bagi ceramah dlu kat pegantin.. panjang lebar.. kena soal dlu pengantin... dan last skali baru dinikahkan...

Selesai majlis akad nikah, penyerahan mas kahwin dan pembatalan air sembahyang antara pengantin..majlis pernikahan selesai hampir jam 1230 tgh hari.. dan rombongan pengantin lelaki di jemput ke rumah pengantin perempuan untuk menjamu selera (lunch hour la...lapaq da time nie..)



selesai lunch, kami pulang ke tempat penginapan semula.. sementara menuggu family saya tiba... tempat penginapan yang kami duduki tidak jauh dengan Teluk Batik, selepas asar kami semua telah pergi ke Teluk Batik, untuk berehat dan ada yang hendak bermandi manda ^_^


pemandangan di Teluk Batik ^_^

pada malamnya kami semua menjamu selera di restran berhampiran..atok belanja anak2 dan cucunya semua malam tu.. terima kasih atok..^_^...selesai makan kami pulang ke tempat penginapan.. saya dan family tidor di Bluebay Resort, Lumut, ayah dah tempah 2 bilik di situ.. sbb kat homestay tu dah ramai ada... lagipun adik sibuk nak mandi kolam renang..(budak2 nak buat mcm ne kan)..

majlis persandingan akan diadakan pada esok harinya... (crita saya smbg kmudian juga lah...)
Read more

'FEWWIT : Seminar Muslim Super (SMS)'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


FEWWIT datang lagi, dan kali ini ia berupa sebuah seminar menarik dan mesti dihadiri oleh semua Muslim!

iLuvislam.com melalui Team Event Malaysia membawakan kepada anda Seminar Muslim Super (SMS).

Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT) merupakan program berkala iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) melalui tabloid iLuvislam dan Majalah i.

Bertemakan ‘Muslim Hebat, Islam Mantap‘, seminar ini bertujuan untuk membuka minda peserta untuk menguasai bukan hanya dalam bidang akademik malahan lebih jauh dari itu, mampu mengaplikasikan kehebatan Muslim dalam aspek kerjaya dan kehidupan, yang seterusnya membawa kegemilangan buat Islam.


Seminar ini merangkumi 3 slot perbentangan kertas kerja, yang akan dibentangkan oleh 3 orang tokoh dalam bidang masing-masing, serta Penulis buku Muslim Super sendiri.


1. Slot Akademik

Tajuk Pembentangan : Membentuk Inteligensia Cakna

Oleh : Dato' Saifuddin Abdullah

-Merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi 2
-Ahli Parlimen Temerloh
-Pernah menjadi kolumnis Berita Harian

-Telah membentangkan lebih 75 kertas kerja tentang belia, pendidikan, kesukarelaan dan sosio-budaya.


2. Slot Profesional

Tajuk Pembentangan : Menjana Fikrah Muslim Profesional

Oleh : En. Norden Mohamed

-Merupakan Group Managing Editor Akhbar Harian, Sinar Harian
-Bekas Pengurus Besar Alaf 21 Sdn. Bhd.
-Business Advisor untuk Malaysian Business Advisor
-Bekas Setiausaha Kerja Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
-Berpengalaman sebagai pegawai latihan Kementerian Tanah & Kemajuan Wilayah

3. Slot Ekonomi

Tajuk Pembentangan : Infak dan Impak

Oleh : Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim

-President dan Chief Executive Officer (CEO) Johor Corporation (JCorp)
-Pengasas Jihad Bisnes
-Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM)
-Pengerusi Waqaf An-Nur Corporation Berhad


4. Penggulungan

Tajuk Pembentangan : Muslim Super Sebenar

Oleh : Dr. Danial Zainal Abidin


-Penulis buku best seller "Minda Muslim Super"
-Pengarah Urusan syarikat Danial Zainal Consultancy (M) Sdn. Bhd.
-Pakar motivasi undangan di Mutiara FM, Pulau Pinang, mengendalikan slot Motivasi Mutiara dan Islam Moden.
-Yang Dipertua Jemaah Islam Malaysia (JIM) Pulau Pinang (1992-2001)


Info Lanjut Berkenaan SMS

Tarikh : 13 Mac 2010

Masa : 8 pagi - 5 petang

Tempat : Auditorium UEM, Petaling Jaya (Peta, klik sini)

Yuran : RM 50 (pelajar) RM 150 (perseorangan) RM 200 (wakil organisasi)

*Sijil disediakan kepada setiap Peserta.


Tentatif SMS

0800 : Pendaftaran peserta seminar

0845 : Pembukaan seminar

0900 : Modul I Akademik

1000 : Q & A

1030 : Rehat

1100 : Modul II Profesional

1200 : Q & A

1230 : Rehat, Makan tengahari dan Solat Zohor

1400 : Modul III Ekonomi

1500 : Q & A

1530 : Penggulungan

1700 : Penutup dan bersurai


Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Hanya 200 tempat disediakan. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :




Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : event@iluvislam.com



Pembayaran boleh dilakukan samada melalui:

-maybank2u.com
-CIMB Click
-mesin deposit Maybank
-kaunter cawangan Maybank berhampiran
-Anda dikehendaki menyimpan resit bukti pembayaran dan dibawa bersama semasa mendaftar. Bagi pelajar, anda diminta membawa bersama kad matrik anda.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

https://spreadsheets.google.com/viewform?formkey=dHdzemUxYVV0LWY3VWh4bEF1Tkd4REE6MA


Pertanyaan

Sebarang pertanyaan, boleh diemailkan kepada event@iluvislam.com

p/s: jom ramai2 kita join FEWWIT^_^

Read more

'La Tahzan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kenapa impian itu bukan seindah angan-angan? Kenapa kehidupan tidak semudah perancangan? Kenapa kebenaran itu kadangkala pahit? Wahai hati, itulah kehidupan. Sesaat manis akan melupakan setahun pahit. Setahun pahit akan hargai sesaatnya manis. Hidup manis tanpa pahit membuat kita lupa siapa kita. Hidup pahit tanpa manis menjadikan kita lebih cekal dan pandai menghargai.



Wahai hati, bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Jika hari ini langit itu cerah, belum tentu cuacanya baik. Jika hari ini langit itu hujan, belum tentu cuacanya buruk. Wahai diri, simpanlah anganmu, jejaklah di bumi nyata. Lihat sekitarmu, hargai apa yg dimiliki. Cubalah menghargai walaupun tidak dihargai.




Wahai minda, jernihkan dirimu. Ungkaikan segala kekusutan, hilangkan kabut keraguan. Bertindaklah secara berhikmah. Ingatlah, sekali gagal bukan selamanya gagal. Bersabarlah, bersabarlah dan bersabarlah. Ingatlah. Di sebalik awan mendung itu tersembunyi sinar mentari yang terang, Pahit itu cabaran tetapi yang manis itu belum tentu kurniaan.

wallahualam...

-Ya Allah,berilah aku kekuatan..tabahkan lah diri ini..berilah petunjuk pada diri ini..hanya padaMu ku bermohon...-

sumber : www.iluvislam.com

Read more

'Kerlipan Cinta'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hidayah ..
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ....

Aku masih menghitung diri ..
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Padamu kasih
satukan aku
Dengan rahmatmu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
pasrahku abadi untukmu ..untukmu

Ku kembara setia disisinya ...
Ku inginkan Bahagia abadi
ku impikan sentosa dibawaha naungannya
selamanya

-rabbani
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries