Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
alhamdulillah.. akhirnya saya telah sampai ke puncak Bukit Bendera. ^_^ Walaupun beberapa tahun menuntut ilmu di Kedah, tetapi tidak berkesempatan untuk ke puncak Bukit Bendera. Kali terakhir ke sana bersama family sewaktu sekolah dahulu.
'Bukit Bendera'
Sedikit maklumat berkenaan Bukit Bendera yang saya ambil dari En Wiki
Bukit Bendera merupakan sebuah kawasan Parlimen di negeri Pulau Pinang, negara Malaysia. Negeri Pulau Pinang terletak diantara negeri Kedah dengan negeri Perak di utara Semenanjung Malaysia. Berada pada ketinggian lapan ratus tiga puluh meter di atas Georgetown, puncak Bukit Bendera (Bahasa Inggeris: Penang Hill) mempunyai suhu yang dingin dan panorama yang mengasyikkan.Secara umumnya, ia lima darjah Celsius lebih dingin daripada paras laut. Dari kemuncak, para pelancong boleh ada penglihatan yang menakjubkan ke bawah seluruh pulau bahkan juga ke tanah utama di seberang laut. Ia terdapat taman yang menyenangkan, pondok berfesyen tua, restoran dan penginapan, sebuah kuil Hindu, serta Masjid Muslim di puncaknya.
Bukit Pulau Pinang sebenarnya digelar Bukit Strawberi (Strawberry Hill) kerana ia juga merupakan pengeluar strawberi. Bentuk muka buminya dan suhu yang dingin amat sesuai bagi penanaman strawberi. Rintisan yang mencapai kemuncaknya mudah melalui Taman Botanikal Air Terjun dengan jalan kaki. Nama rasmi bukit ini adalah Bukit Bendera Pulau Pinang (Flag Hill), namun ia tetap secara umumnya dipanggil Bukit Pulau Pinang
Terima kasih buat teman-teman yang sudi ikut sekali.. =D tapi saya tahu korang pun memang nak berjalan gak kan... hehe.. qila,liya,sue dan fatin.. thankz... Semasa sampai di sana, masih tidak ramai orang yang datang kerana masih awal, dalam jam 10 pagi.. =)
menuju puncak Bukit Bendera, waktu berkabus dan berangin ^_^
Cuaca di puncak Bukit Bendera pada ketika itu, sungguh nyaman dan sejuk.. dengan angin yang agak kuat ketika itu.. Aktiviti yang boleh dilakukan di puncak adalah berjalan kaki sahaja menikmati keindahan ciptaanNya yang sungguh menakjubkan.. subhanAllah... ^_^
antara yang paling menarik adalah bergambar dengan ular sawa warna kuning.. walaupun hanya pegang sedikit tapi adakala masih terasa kulit semasa ular sawa itu bergerak di tangan.. my frenzz.. Qila, tak mimpi ke ular tu kat leher.. =D
nie ular sawa kuning.. boleh tahan berat juga la haiwan nie...^_^
Selepas habis menjelajah di puncak Bukit Bendera, kami turun untuk pergi ke Taman Negara Pulau Pinang. Sebelum ke sana singgah sebentar menunaikan solat zohor di Masjid Terapung di Pulau Pinang.
Masjid Terapung Pulau Pinang
Udara dan alam ciptaanNya di puncak Bukit Bendera, sungguh nyaman dan menenangkan.. alhamdulillah... ^__^