'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Demam Denggi'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Salam Takziah buat keluarga paksu, Al-Fatihah buat isterinya yang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi akibat denggi berdarah. Saya menerima mesej dari kakak petang semalam mengatakan dia dan family berada di Hospital Sungai Buluh kerana isteri kepada paksu pengsan dan koma secara tiba-tiba sewaktu sedang bercuti bersama family. Dibawa ke hospital berhampiran dan dimasukkan ke wad ICU,dan disyaki mengalami denggi berdarah,dan pagi tadi selepas subuh,saya telah menerima mesej dari kakak yang mengatakan isterinya telah pergi untuk selamanya pagi tadi..

saya ingin memberi sedikit perkongsian berkaitan demam denggi yang saya perolehi dari en.wiki. semoga ia membantu serba sedikit buat kita.. wallahua'lam...



Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggiyang paling berat iaitu Demam Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom Kejutan Denggi (DSS).

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari)sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.

Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

Tanda dan Gejala

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot (myalgias dan arthralgias, sakit pinggang yang teruk menyebabkan ia juga digelar demam tulang-pecah - break-bone fever)dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah - pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal (island of white in a sea of red). Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung (cardiomyopathy).

Demam denggi klasik berlarutan selama enam hingga tujuh hari dengan demam kembali memuncak pada akhir demam (dikenali sebagai pola biphasic). Secara klinikal bilangan sel darah pembeku (platelet) akan turun sehingga hilang demam diikuti dengan kehilangan bendalir plasma darah dari salur darah ke dalam tisu perantara atau ruang ke tiga (third space loss di antara selaput paru-paru, ruang peritoneum dan sebagainya), kerana kapilari darah menjadi rapuh (capillary fragillity). Pada peringkat ini pesakit terdedah kepada renjatan dan risiko perdarahan.

Kes juga menunjukkan demam tinggi, fenomena pendarahan, trombositopenia (thrombocytopenia) dan haemoconcentration. Sebahagian kecil kes membawa kepada sindrom kejutan denggi (dengue shock syndrome) atau DDS yang mempunyai kadar kematian yang tinggi

Diagnosis

Diagnosis denggi kebiasaannya dibuat secara klinikal. Gambaran klasik adalah demam tanpa sumber jangkitan tempatan, bintik-bintik gatal dengan thrombocytopenia dan kemungkinan leukopenia.

Kajian serologi dan PCR (polymerase chainreaction) digunakan bagi mengesahkan diagnosa denggi sekiranya diperlukan secara klinikal

Rawatan

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya.

Pencegahan

Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air (seperti dalam bekas bunga) terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk.

Pengunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik, manakala penggunaan kelambu dan juga semburan (fogging) juga boleh membantu.

Epidemiologi

Wabak pertama berlaku hampir serentak, di Asia, Afrika, dan Amerika Utarapada tahun 1780-an, penyakit tersebut dikenal pasti dan diberi nama pada 1779. Pada awalnya ia tidak merbahaya. Wabak sejagat meletus di di Asia Tenggara sekitar 1950-an, dan pada 1975 telah menjadi sebab utama kematian dikalangan kanak-kanak dikebanyakan negara dikawasan tersebut. Wabak denggi menjadi kebiasaan semenjak 1980-an, pada akhir denggi merupakan penyakit virus bawaan nyamuk paling utama menjangkiti manusia selepas malaria, terdapat 40 juta kes demam denggi dan beberapa ratus ribu demam denggi berdarah setiap tahun. Pada Februari 2002 terdapat wabak teruk di Rio De Janeiro, membabitkan satu juta penduduk tetapi hanya mengakibatkanenam belas kematian.

Wabak teruk demam denggi biasanya berlaku setiap lima atau . Terdapat kecenderungan bahawa sebahagian besar penduduk mudah dijangkiti walaupun berlaku wabak sebelumnya kerana terdapat empat jenis virus denggi dan mereka yang baru memasuki penduduk sasaran, samaada melalui kelahiran atau immigrasi.

Wallahua'lam...

Al-Fatihah...
Read more

'Inspirasi - Warna Warni Kehidupan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah.... inspirasi merupakan subdomain dari iLuvislam, Pengalaman adalah satu permata yang cukup bermakna buat kita, ia mengajar dan mendewasakan kita semua.

Orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman orang lain



Assalamualaikum,

Objektif penubuhan inspirasi.iluvislam.com adalah bertujuan untuk menyuntik semangat baru dan mematangkan lagi para pejuang di jalan Allah. Semoga dengan perkongsian daripada kita semua, bukan sahaja semangat baru dapat disuntik bahkan akan lahir lebih ramai pejuang Islam yang bersemangat dan istiqamah. InsyaAllah.

Di inspirasi.iluvislam.com, kita ingin belajar dari semua orang. Kita ambil pengajaran dari setiap orang yang kita kenali. Kata bijak pandai,


Jangan melihat kepada siapa yang bercakap, tapi lihatlah apa yang dicakap


InsyaAllah, sama-sama kita telusuri sirah, berkongsi pengalaman, berkongsi pengetahuan. Semoga usaha ini akan diberkati All s.w.t.

Untuk menyumbang, hantarkan kisah anda ke


inspirasi[at]iluvislam.com

Untuk makluman anda, sekiranya kisah anda di hantar kepada email berikut, maka anda bersetuju untuk:

a. Membenarkan kisah-kisah yang dihantar akan dibaca dan disunting oleh team inspirasi.

b. Membenarkan kisah-kisah yang dihantar akan menjadi milik penuh inspirasi.iluvislam.com. Pihak inspirasi berhak meminda dan mengubahsuai mengikut kesesuaian kami tanpa mesti memaklumkan kepada penghantar.


Sekiranya terdapat sebarang komen dan cadangan, hantarkan juga kepada,


inspirasi[at]iluvislam.com


Terima kasih di atas sumbangan anda ^_^
wallahua'lam....
Read more

'Lembaran Itu'

Read more

'Pratikal hampir Selesai^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah..sudah hampir 5 bulan menjalani pratikal.. tempoh untuk tamat pratikal hampir tiba.. tak sabarnye nak habis... dan akan melangkah masuk ke semester baru dan belajar semula^_^

pelbagai pengalaman yang dapat saya perolehi.. ada yang menarik dan ada yang tak..huhu (len kali saya cite ye).. sekarang adalh masa untuk menyiapkan report lah plak.. ada lagi yang belum selesai.. banyak ke skit..huhu..biarlah rahsia(o_0)...

kawan2.. report kamu semua macam mane??( rajin2 siapkan ye ), semangat ye semua.. chaiyok!chaiyok!..rindu hendak jumpa kamu semua.... hampir 6 bulan tidak jumpa.. kecuali 2 orang yang pratikal skali dengan saya.. ( tapi sorang je slalu jumpa.. sorg lagi selalu kejer luar ).. pape pun thankz pada aki.. sbb bile kjer luar kamu slalu jaga keselamatan kawanmu ini.... trimas banyak2 ye.. sem depan satu group ek..snang bt kjer..hehe..

sewaktu pratikal nie.. tak ramai kawan satu kelas yang saya jumpa.. slain dari yang pratikal skali.. yang datang umah saya time raya dan yg turun ke negeri tempat diri ini pratikal.. pensyarah yang mengjar lagi lah tak jumpa.. cuma saya ada jumpa seorang pensyarah je,tapi dia tidak mengajar saya, but pensyarah di jabatan saya lah.. itupun dekat skool my bro.. sbb anak dia skool situ juga.. terjumpa waktu nak amik dia nak cuti skool ari tu.. apa pun trima kasih pada pensyarah yang sanggup membalas mesej yang saya hantar bertanya pelbagai perkara sepnjang pratikal nie.. thankz ye.. ^_^ ..harap tak marah saya...

insya-allah.. masuk sem baru nie.. subjek bertambah best dan menarik..huhu.. harap2 dapat ikut dengan baik... dan sem baru terpaksa duk luar.. asrama tak dapat.. satu lagi perbezaan dari sem2 lepas.. nak kena bajet belanja lagi.. ^_^... dan pelbagai benda lagi lah... ohh,...nak kena cari housemate lagi.. ( ada sape2 nak tak?..huhu )

ooppss... nak kena tdor dah.. esk kejer la plak.. spatutnya cuti.. tapi sebab ada plan nak kena submit isnin.. kena la dtg kejer esk.. huhu... lain kali sambung lah insya-allah...

kawan2..jumpa kamu sem depan... dan juga kita kan jumpa lect balik... windu kamu semua ^_^

wallahua'lam....
Read more

'Yang Terindah'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah...pada hari jumaat iaitu 18 disember adalah hari yang paling gembira buat diri ini.. hari yang cukup indah.. yang tidak akan diri ini lupa kan...
ku bersyukur padaMu... atas segalanya.... insya-allah akan sentiasa di ingatan..
semoga ia akan sentiasa di hati.. insya-allah... ^_^

wallahua'lam...

-hanyaMu Ya Allah.. mengetahui apa yang ada di hati ini..-
Read more

'Keindahan Gunung Kinabalu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kali ini.. kita lihat keindahan Gunung Kinabalu...^_^
walaupun belum pernah sampai..tapi saya berhasrat untuk ke sana nanti..
insya-allah...jika diizinkan olehNya....




Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung keenam tertinggi di Asia Tenggara di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m),Puncak Jaya(4884 meter),Puncak Trikora(4730 meter),Puncak Mandala(4700meter)dan Puncak Yamin(4595 meter) di Indonesia.

Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oceania". Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian “Oceania” - disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.

Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung.

Gunung Kinabalu merupakan lambang kemegahan kepada setiap penduduk yang tinggal di Sabah. Sesetengah penduduk menganggap Gunung Kinabalu ini merupakan gunung yang dapat memberikan semangat juang dan satu padu rakyat Sabah. Gunung Kinabalu banyak menyimpan cerita dan kisah-kisah yang misteri. Menurut kepercayaan masyararakat Kadazan Sabah, Gunung Kinabalu merupakan tempat bersemadinya semangat mereka selepas meninggal dunia.



Pembentukan



4,095meter.


Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak tertinggi iaitu:

Puncak Low's (Low's Peak) (4095.2m)
Puncak St. John's (St. John's Peak) (4090.7m)
Puncak Oyayubi Iwu (Oyayubi Iwu Peak) (3975.8m)
Puncak Kakak Buruk (Ugly Sister Peak)
Puncak Raja Edward (King Edward Peak)
Puncak Telinga Keldai (Donkey Ears Peak)
Puncak Tunku Abdul Rahman
(Tunku Abdul Rahman Peak)



Ciri fizikal

Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.

Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartenaratau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier.



sumber:en wiki bagi..^_^

p/s: insya-allah nak terbang ke gunung kinabalu suatu hari nanti....
Read more

'Cerita Hati'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

-hafiz hamidun-
Read more

'2 Tahun Untuk Solat?'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

perkongsian yang saya terima dari seorang sahabat^_^, syukran teman kerana mengingati diriku yang sering alpa..

Waktu itu amat 'Bermakna'

1hari = 24jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik


Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)


Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti)
Puratanya manusia meninggal +/- 65 th

“Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia”

Laki-laki Baligh +/- 15 tahun
Wanita Baligh +/- 12 tahun

Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati – Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun


50 tahun digunakan untuk apa?

12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam



Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama………!

Waktu kita tidur +/- 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam = 146000 jam = 16 tahun 7 bulan : dibulatkan jadi 17 tahun

Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya……

Waktu aktiviti kita di siang hari +/- 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 219000 jam = 25 tahun

Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat +/- 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun

Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan……

17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun

Lalu Bila Nak Beribadah???

Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud;

“Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU”.


Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..



Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi KEBANYAKANNYA BELAJAR AGAR MUDAH MENCARI PEKERJAAN. SEKIRANYA BELAJAR ITU TIDAK MEMBANTU MENAMBAH PENDAPATAN KITA, KITA TIDAK AKAN BELAJAR…

Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.

“ Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya “

Lalu Bila Nak Beribadah???

Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi…!
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga…
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = +/- 10 minit ….. 5x solat = +/- 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam = 18250 jam = 2 tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? )
2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita….itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.

Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa…

Logiknya:

Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian…………

Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana…………

Penyelesaian:

Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!!!!!!!
Ingatlah negeri kita…Akhirat


wallahua'lam.....

Ya Allah..ampunkan diriku yang sering alpa..dan adakala terleka dengan dunia.. kuatkanlah hatiku... maafkan hambamu Ya Allah..

Read more

'Ukhwah di Bukit Cherakah ^_^'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah,pada 13 Disember..saya dapat berjumpa lagi dengan sahabat tersayang dari iLuvislam.. Pada awalnya saya tidak dapat turut serta jika ia dibuat pada hari jumaat.. tapi Kak Niza dan 'kekanak ribena' di rumahnya telah menukar tarikh lain..^_^

saya tiba lewat di Bukit Cherakah,atas sebab tidak dapat dielakkan pada pagi tersebut.. ingat memang tidak mahu pergi dah sebab tak larat.. tapi kuatkan hati sebab nak jumpa mereka semua..pagi2 lagi kak niza dan ina dah call n msg.. maaf ye kak niza sbb hp ila tu bateri habis (lupa cas malamnye).. trima kasih sbb call n msg ila ye.. kak niza dan ina...

tiba di Bukit Cherakah,semua sedang bersarapan..makan makanan yang dibawa dan di masak oleh orang yang 'istimewa'..selesai makan kami pun bergerak untuk menuju ke tempat yang dihajati.. ingat hendak sewa basikal..atas sebab terlalu ramai orang sedang menunggu kami pun memutuskan untuk berjalan kaki sahaja.. dapat menyihatkan badan dan menguatkan kaki..hihi^_^, tapi ada dua orang budak kecik yang nak juga naik basikal dan sanggup menuggu untuk menyewa basikal tersebut..(jangan marah ye 2 org dak kecik...)


sebelum bergerak menuju destinasi selepas sarapan

tempat pertama yang kami berhenti ialah melihat tak banyak sangat haiwan yang ada..tapi menarik...lagi2 bila ada yang suka mengejar burung merak..kesian kat burung tu,nak makan pun tak selesa...hihi..siapakah yang berkejaran dengan burung tersebut?..teka cepat...^_^)


ini bukanlah haiwan yang dikejar oleh orang tu..^_^

sambil berjalan menuju ke rumah 4 musim sempat melalui titi gantung..boleh lak ada yang menggoyangkan titi tersebut..nasib kat bawah bukan sungai..kalo jatuh dah susah kan..sape nak jawab nanti?..Dah tentu Kak Niza juga kena ...betul tak Kak?hihi...


titi/jambatan gantung..kat bawah tak ada air pun.

selepas beberapa minit berjalan menghirup udara segar.. kami sampai di kawasan rumah 4 musim.. menariknya kerana sekarang adalah musim 'winter'.. belum ada rezeki nak merasa salji sebenar.. dapat yang buatan ini pun jadilah buat kami..^_^... dekat dalam tu boleh tahan sejuk.. laluan nye pun licin sebab berwap... sempat bergambar di dalam kawasan tersebut.. tapi tak boleh lama2..sbb ramai lagi pengunjung nak masuk pula.. jadi terpaksa keluar...


di hadapan rumah 4 musim^_^

selepas keluar kami berehat seketika sambil menjamu selera makanan yang ada.. sementara menuggu bus yang disediakan lalu.. sbb semua tak larat nak jalan balik..hihi.. sambil menuggu bus ingin mengadakan sedikit usrah dan perkongsian.. tetapi apabila baru hendak mula.. bus sampai.. terpaksa tunda usrah sehingga sampai ke bawah.. nanti kena tinggal bus nak turun balik..^_^

dan terima kasih untuk adik tersayang yang menjadi 'camera man' tak bertauliah... gambar kat atas semua dia tolong ambil...^_^


adik yang last...

sampai sahaja di destinasi terakhir.. kami berkumpul di tempat sewaktu pagi tadi..
tapi saya terpaksa meminta untuk pulang awal, kerana ada hal yang pelu diselesaikan..
mohon maaf ye sahabat semua..tidak dapat memberi perkongsian bersama..

ukhwah yang indah...sayang kamu selalu...pada yang tidak dapat hadir..nanti kita jumpa lagi yer di lain masa..insya-allah jika dipanjangkan umur kita...

wallahua'lam...

p/s: Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..jangan ambil gambar nie tanpa kebenaran,...saya tak izinkan..^_^, di tuju kepada insan yang suka mengambil tanpa kebenaran... kamu tahu siapa kamu...

wallahua'lam
Read more

'Debu-Debu Dosa'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

-Hijjaz-
Read more

'Mengertilah'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kami ini senang jika diperhatikan, apalagi jika kalian adalah ikhwah yang dewasa, ikhwah yang mempunyai karisma, atau ikhwah yang alim, atau ikhwah yang bersifat "cool" apatah lagi mempunyai sifat penyayang, walhal kami belum mampu berhijab secara baik. Oleh itu, tundukkanlah pandangan kalian dengan makna yang sebenar-benarnya, dan janganlah kalian ikuti pandangan pertama dengan pandangan berikutnya.

Kami juga senang mendengar kalian berbicara dengan dan tentang kami, rasa di hati tidak dapat diperkatakan lagi, kami terasa seakan dihargai , namun bagi mengelakkan kelalaian hati kita, oleh itu, cukuplah bicara kalian jika kalian mulai memberi pujian kepada kami meskipun itu hanya sebuah pujian kecil.

Kami juga sukar menahan bayangan-bayangan hati akan kalian para ikhwah, ketika kami merasa para kalian dapat menjadi tempat untuk mencurahkan isi hati kami, waktu luang kami akan sering terisi oleh bayang-bayang kalian, kerana itu janganlah kalian membiarkan kami mencurahkan isi hati kami kepada kalian.

Kami juga inginnya terus dekat dengan kalian para ikhwah, tapi maaf..bukan kerana apa-apa tapi lebih kerana perhatian yang kalian berikan kepada kami, meskipun sesungguhnya kami sangat malu akan hal ini, terkadang kami pun terlepas kata dan laku, malah menjadikan kami dan kalian semakin tak mengenal batas, kerana itu pertama nasihatilah kami akan azab Allah dan setelahnya jangan pernah memberi dan membalas bentuk perhatian kami.



[Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi dan Hakim).

(Hadis riwayat Al Hakim dan At Thabrani)



sumber:www.iluvislam.com

Read more

'Kita Sentiasa Beralasan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada hari kiamat nanti Allah akan menolak 4 macam alasan dari 4 jenis golongan manusia iaitu :

i. Allah menolak alasan orang kaya kalau sekiranya ia berkata, "Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan." Firman Allah kepadanya, "Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit tidak lalai dan lupa dari mengingati Aku"


ii. Allah menolak alasan dari hamba sahaya sekiranya ia berkata, " Aku adalah seorang hamba dan sentiasa terikat dengan suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu." Firman Allah kepadanya, "UtusanKu yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pernah pula leka dari mengerjakan ibadatnya terhadapKu"


iii. Allah menolak alasan dari orang miskin sekiranya ia berkata, "Kemiskinan dan kekurangan yang kami miliki inilah yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepadaMu" Firman Allah kepadanya, "Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana seorang utusanKu iaitu Nabi Isa a.s dan ia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepadaKu"


iv. Allah menolak alasan dari orang yang sedang menderita sakit sekiranya ia berkata, "Penyakit inilah yang menghalang akau dari melakukan sujud terhadapMu" Firman Allah kepdanya, "Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti apa yang dialami oleh hambaKu yang mulia iaitu Nabi ayub a.s tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak pernah berhenti dari menyebutkan akan namaKu"



wallahua'lam...

-diari-
Read more

'Rindu PadaMU'

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries