'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~ Adab Akad Nikah di Masjid ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Akad Nikah adalah Rukun/Syarat WAJIB bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Pada zaman sekarang, ramai Pasangan memilih untuk melangsungkan majlis ini di Masjid. Tetapi ada juga pasangan yang melakukannya di rumah sendiri. Masing-masing mempunyai sebab dan kenangan tersendiri, sama ada di Masjid atau di Rumah. ^_^
Bagi pasangan yang ingin melangsungkan Majlis Pernikahan ini di MASJID pasti ada Adab-adab yang perlu kita patuhi bagi mendapat 'Keberkatan' dalam majlis tersebut. saya kongsikan sedikit info yang saya perolehi, semoga ia dapat membantu pasangan yang bakal melangsungkan Majlis akad Nikah di Masjid. =)

Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.
Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:
  • - Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita

  • - Niat iktikaf di Masjid
  • - Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
  • - Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan
  • - Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan
  • - Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah
  • - Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid
  •  - Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan
  • - Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwinsuami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincinhendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan
  • - Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid
Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.
Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukumtersebut.

sumber : Ahmad Baei Jaafar

p/s: myfuture Husband, saya nak akad Nikah dirumah jer boleh.. waktu Malam lepas Isyak.. =p
Read more

♥ B2B : Checklist : Before and After W-Day ^_^ ♥

Read more

- 7 Tips Turunkan Kolestrol Tinggi =) -

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Semoga semua sahabat-sahabat sihat sentiasa ^__^ agak lama saya Tidak Berkongsi Tips untuk diri kan... Kali ini saya nak Share cara untuk Turunkan Kolestrol yang Tinggi dalam Darah.. semoga ia dapat Membantu.. =)


  • Lakukan Olahraga secara Rutin sekurang-kurangnya 20-30 minit setiap hari.



Okeh dah lama Tak bersukan -_-

  •  Mengambil produk Tenusu yang Rendah Lemak

susu ini BEST! cubalah rasa ^_^
  • Mengambil Daging tanpa Kulit

sedapnya nampak daging nie! >_<
  • Menggoreng makanan menggunakan Minyak Zaitun atau Minyak Kanola

Tak pernah nampak Pun.. Minyak Zaitun adalah.. hehe

  • Amalkan minum Jus Tomato dan Jus Epal

macam-macam Jus ada... Epal saya minum.. Tapi! Tomato? 

  • Minum teh Hijau bagi meningkat Kolestrol baik (LDL) dan mencegah Kolestrol jahat (HDL)

warna Teh jer lain.. rasa lebih kurang sama.. =)

  • Mengambil makanan penurunan Kolestrol seperti bawang putih, tempe, teh hijau, buah anggur, epal, avokado dan beri biru.


wee.. sedap buah nie.. ^_^

Ini adalah diantara Tips yang Boleh diamalkan untuk sesiapa yang mempunyai Kolestrol tinggi dalam Darah.. Semoga ia dapat membantu serba sedikit buat sahabat-sahabat..^__^

ayuh Jaga Kesihatan untuk Lebih Baik..=D

via : MW
Read more

- Kepadamu Wanita, Agar dirimu Bahagia-

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kepada setiap muslimah yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-normanya dan menyucikan jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih, berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita, tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukan kecuali beriman kepada Allah swt. Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi Rabb-Nya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran tersebut, kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan tuntutan-Nya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau. Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah (pengajaran), diammu adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik, doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu. Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji. Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba, namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita yang paling bahagia di dunia.
via : iluvislam


Read more

♥ Berger Bakar VS Chiken Chop ♥

Read more

♥ Alhamdulillah, Sah sebagai seorang Isteri ^_^ ♥

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries