'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Mencari Cinta Sempurna'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


alhamdulillah..satu lagi aktiviti iluvislam yang menarik..jangan lepaskan peluang^_^

iLuvislam.com dengan kerjasama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) akan mengadakan sebuah program berkala yang dinamakan Fun & Exciting Weekend With iLuvislam Team (FEWWIT).

Sempena cuti persekolahan, cuti semester IPTA dan pelancaran rasmi akhbar majalah mingguan iLuvislam terbitan KKSB, kami akan mengadakan sebuah forum menarik bertajuk "Mencari Cinta Sempurna".

FEWWIT kali ini turut melibatkan Institut Penilaian Negara (INSPEN) sebagai rakan kerjasama.


Forum ini bakal menampilkan 3 orang panelis yang hebat lagi berpengalaman dan seorang moderator forum yang berdedikasi. Mereka adalah :

Panelis:

1. Datin Zaleha Omar

* 30 tahun berpengalaman dalam bidang latihan(training), Pembangunan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi Korporat.
* Perunding imej di 3 sekolah perunding imej antarabangsa termasuk Robert Pante' Productivity (Amerika Syarikat) dan Asia Pacific Productivity Organisation (Tokyo, Jepun).
* Pernah menjadi Ketua Unit Pengurusan dan Keusahawanan RISDA dan memegang beberapa jawatan atasan di Perbadanan Negeri Johor
* Menyertai pelbagai seminar yang dikendalikan oleh personaliti-personaliti terkenal dunia dalam bidang pengurusan seperti Zig Ziglar, Anthony Robbins, Bob Proctor, Tom Hopkins, John Kalench dan sebagainya
* Menjadi perunding(konsultan) di beberapa subsidari seperti Pembangunan Industri, Johor Land Berhad, KPJ Sdn. Bhd., Suhaimi Salleh Associates. Sdn. Bhd. dan lain-lain.
* Telah melatih ribuan orang dalam pelbagai bidang seperti Pengurusan Strategik, Pengurusan Am, Kepimpinan, Komunikasi, Pengurusan Stres dan Kesihatan, Imej Saya dan Imej Organisasi, Pengurusan Fesyen, Perhubungan Pemasaran, Imej dan Personaliti, motivasi dan sebagainya.

* Ketua Biro Perhubungan Awam & Publisiti, Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan & Profesyen Malaysia
* Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari University of Ohio, Amerika Syarikat


2. Fadzli Yusuf

* Principal Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja).
* Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
* NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP, Florida)
* Certified Profesional Trainer oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
* Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan pensyarah IPTA.
* Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).
* Penulis lebih 10 buah buku termasuk buku bestseller 55 Petua Orang Berjaya.
* Kini, lebih 100,000 naskhah bukunya telah terjual di pasaran.
* Buku Kuasa Hijrah, Kuasa Untuk Berubah terpilih sebagai Buku Pilihan Pembaca Popular Berita Harian 2008 (Kategori Non-fiksyen).
* Buku Mengurus Kerja dan Waktu, menjadi rujukan rasmi dalam silibus ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
* Ijazah Sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.


3. Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

* Ketua Moderator Agama iLuvislam.com.
* Kini merupakan Setiausaha Sekretariat Himpunan Ulama' Rantau Asia (SHURA).
* Berpengalaman selama lebih kurang 5 tahun sebagai 'murabbi' bagi pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, United Kingdom dan Ireland.
* Bekas pimpinan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).
* Lulusan Masters Perbandingan Mazhab dari Open Universty Mesir dan Ijazah Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.


Moderator Forum :

Nuur Zaffan Khalid

* Editor iLuvislam.com
* Aktif sebagai fasilitator dalam program-program kemasyarakatan di United Kingdom
* Menjadi motivator dalam program-program motivasi di sekolah-sekolah Malaysia
* Lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina, University of Nottingham, United Kingdom


Penampilan Istimewa

Di akhir forum akan diadakan persembahan nasyid oleh penasyid solo yang terkenal, saudara Muadz.

Info Lanjut Berkenaan Forum

* Tarikh : 19 Disember 2009
* Masa : 10 pagi - 1 petang
* Tempat : INSPEN, Bangi
* Yuran : RM 10 (peserta akan mendapat cenderamata istimewa FEWWIT, makanan, majalah, akhbar dan pengangkutan 'shuttle bus' dari stesyen komuter Serdang ke INSPEn dan dari INSPEN ke stesyen komuter Serdang)


Mengapa Perlu Membayar Yuran RM 10?

Bagi pengetahuan semua, RM 10 itu akan digunakan sepenuhnya untuk menampung kos program. Andai ada lebihan, pihak iLuvislam.com akan simpan wang tersebut untuk dimanfaatkan bagi program-program akan datang.


Daftar Sekarang! Tempat Terhad!

Tempat yang 'available' untuk program ini amat-amat terhad. Siapa cepat dia dapat. Jadi, apa tunggu lagi. Daftarlah sekarang!

Pendaftaran hendaklah dilakukan secara online dengan mengisi borang yang disediakan setelah anda membuat pembayaran.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada akaun Maybank :

Nama : Muhammad Ruzaini Ibrahim
Nombor Akaun Al-Wadi'ah : 162 384 809 453
E-mail : admin[at]iluvislam[dot]com

Pembayaran boleh dilakukan samada melalui maybank2u.com, mesin deposit Maybank atau kaunter cawangan Maybank berhampiran. Anda dikehendaki menyimpan bukti pembayaran dan mengingati tarikh serta masa pembayaran dibuat.

Setelah pembayaran dibuat, anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran di bawah:

Klik sini untuk borang pendaftaran Fewwit : Mencari Cinta Sempurna

Program Optional - Majlis Bual Santai

Selepas berlangsungnya forum di atas, akan diadakan sebuah program santai yang diberi nama Majlis Bual Santai, bermula 2.15 petang sehingga 3.45 petang.

Majlis santai ini bertujuan merapatkan silaturrahim di kalangan hadirin yang hadir dan krew-krew iLuvislam.com serta warga kerja akhbar majalah mingguan iLuvislam. Selain itu, akan diadakan perkongsian idea bersama hadirin yang hadir.

Namun program ini hanya sesuai untuk mereka yang berkenderaan sendiri kerana 'shuttle bus' dari INSPEN ke stesyen komuter Serdang akan beroperasi setelah tamatnya forum.


wallahua'lam....
Read more

'Coretan Seorang Hamba'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Di dalam sujudku
Kau dengar tangisanku
Di dalam doaku
Kau dengar rintihku
Sepanjang hayatku
Kau lihat segala perbuatanku

Setiap perbuatanku
Kau catat segala dosa pahalaku

Di dalam khayalku
Kau datang mengingatiku
Di dalam kegagalanku
Kau datang memberi pertolongan-Mu
Di dalam kesedihanku
Ayat-Mu melantun ke halwa telingaku
Meleraikan lara jiwaku
Di dalam usahaku
Kau beri kejayaan-Mu
Di dalam kegembiraanku
Kau kurniakan nilai tawa padaku
Di dalam buntuku
Kau datang memberi Hidayah-Mu

Jika aku bukan Islam
Pasti tiada coretan ini di dalam hidupku
Kerana nikmat seorang Islam amat sukar
dicoretkan oleh seorang kafir

Aku tadah tanganku
Ku bersyukur pada-Mu Ya Allah,
Hindarilah aku dari terpesong dari jalan-Mu

Kerana Kau Yang Maha Mengetahui
Kau lah sebaik-baik perancang
Maka tetapkanlah yang sebaik-baiknya buatku
Supaya dapat ku teruskan hayatku dengan penuh ketakwaan pada-Mu

sumber :www.iluvislam.com
Read more

'Akhbar Mingguan iLuvislam Edisi Pengenalan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, akhbar mingguan iLuvislam(edisi pengenalan) telah pun siap dicetak. Akhbar setebal 40 muka surat dengan kertas berkualiti dan berwarna-warni, memaparkan isu kontemporari Islamik, dalam negara, luar negara dan pelbagai lagi kisah yang umat Islam dan bukan Islam. Ia sepatutnya dijadikan koleksi mingguan kita semua dalam usaha mencari cinta; cinta yang sempurna.

InsyaAllah ia boleh didapati di pasaran bermula esok pagi dan akan sepenuhnya berada di pasaran pada hari Isnin. Menurut sumber, di mana ada jual akhbar Sinar Harian, di situ juga ada jual akhbar iLuvislam.

Mengikut perancangan pihak pengurusan, insyaAllah akhbar ini akan dirasmikan pada 19 Disember 2009. Team event iLuvislam.com Malaysia bersama-sama Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd. (KKSB) akan menganjurkan sebuah aktiviti istimewa sempena majlis pelancaran tersebut.

Edisi pertama (01) akhbar majalah ini akan bermula pada 1 Januari 2010, setiap hari Jumaat, dijual dengan harga RM2.00.

Dikesempatan ini, saya mewakili pihak pengurusan iLuvislam.com dan krew-krew iLuvislam.com, ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada CEO/Group Managing Director KKSB, Dato' Hussamuddin Yaacub, pihak pengurusan KKSB terutamanya Kak Fir (Penerbit Eksekutif), Abang Nong (Pengurus Perancangan Korporat), Abang Afif (Pengurus New Media), Abang RJ (Pengurus Pemasaran Jenama), Kak Salina (Managing Editor), Kak Fouziah (editor akhbar iLuvislam) dan semua individu yang terlibat dalam menjayakan penerbitan akhbar ini.

Terima kasih dan tahniah kerana berjaya menukarkan suatu mimpi menjadi realiti.

InsyaAllah, kita sama-sama doakan agar usaha sederhana dalam merancakkan lagi media islamik di Malaysia, akan diberkati oleh Allah SWT.

Syurga Firdaus bukan mudah untuk dimasuki. Namun, itulah visi jangka panjang kami dan kita semua sepatutnya. Mari kita sama-sama muhasabah, apakah usaha dan komitmen yang kita lakukan untuk mencapainya.

Jangan berlengah lagi, pastikan akhbar iLuvislam menjadi pilihan mingguan anda. Dapatkan edisi pengenalannya di pasaran dengan hanya RM 1! Pelaburan anda pasti berbaloi!



p/s:Mari dapatkan segera..sape yang dah dapat tolong beli kan satu^_^
Read more

'Takdir Penentu'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dikau... membuat hidupku ceria,
Dengan senyummu ku memuja kebesaran,
Tuhan Yang Maha Esa.

Bahgia... ku rasa tika bersamamu,
Tiada apa yang dapat digambarkan,
Membawa sinar baru.

Janjimu kepadaku,
Sentiasa disisiku selalu,
Menempuhi segalanya,
Namun kini, kau tiada lagi,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu.
Namun... kan ku teruskan hidup ini,
Kan ku buktikan segala cita dan janji,

Suatu hari nanti.
Janjimu kepadaku,
Sentiasa disisiku selalu,
Menempuhi segalanya,
Namun kini, kau tiada lagi,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu.

Sukar untuk kutemui lagi,
Insan mulia yang sejati,
Suka dan duka bersama kita lalui.

Namunku kan teruskan,
Cita kita janji kita,
Walau kau tiada di sisiku lagi,
Menempuhi segalanya,
Kan ku teruskan jua,
Mungkin kita kan bertemu takdir penentu....

-mirwana-
Read more

'Airmata Ini'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

adakah air mata teman setia kepada seorang wanita?
salahkah apabila seorang wanita menitiskan air mata?
hati wanita tidak sama seperti hati seorang lelaki..
wanita hatinya mudah tersentuh..salahkah jika ia begitu?
kenapa dipertikaikan bila wanita mengalirkan airmata..

bukan niat aku untuk menitiskan airmata..
tetapi aku tidak tahu kenapa ia ingin mengalir keluar..
sudah aku cuba untuk menahannya..
tetapi aku tidak mampu...
salahkah ia mengalir keluar?


adakah salah jika hati wanita mudah terasa..
hati seorang wanita yang akan bergelar ibu,
bukankah terlalu lembut dah mudah merasa sesuatu...

adakah aku yang terlalu cepat emosi?
mudah terasa hingga senang menitiskan airmata?
telah aku kuatkan hati ini..
telah ku tabahkan ia dalam menempuhi apa yang berlaku..
tetapi ada perkara yang tak mampu untuk ku tahan dia menitis...
airmata...terima kasih sudi bersamaku selalu...

wallahua'lam....

-Ya Allah,berilah aku kekuatan..bukan niat untuk ku menitiskan ia lagi..tetapi adakala aku tidak mampu menanggungnya....-
Read more

'Dia Pilihanku'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku sedang menanti 'dia'
Seorang lelaki yang akan bergelar suami
Seorang mukmin yang merindui syahid di jalan ALLAH
Seorang hambaNYA yang sentiasa zikrullah

Dia seorang lelaki yang tegas dan berani
Dia tidak pernah takut untuk berkata benar
Dia tidak pernah gentar melawan nafsu yang ingin menguasai diri
Dia sentiasa mengajak aku berjuang berjihad fisabilillah

Dia selalu menghiburkan aku
Dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran
Dengan zikir-zikir munajat
Dengan surah-surah rindu yang dihafaznya


Ketika aku leka diulik mimpi indah duniawi
Dia menasihati ku supaya mengingati mati
Ketika aku sedang asyik terpesona dengan buaian cinta dunia
Dia menyedarkan aku betapa lazatnya lagi pesona cinta Yang Maha Esa

Dia memang sentiasa kelihatan penat
Matanya penat kerana membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Badannya letih kerana bermunajat di malam hari

Dia sentiasa mengingati mati
Baginya,dunia ini adalah pentas lakonan semata-mata
Kita hambaNYA adalah pelakon
Hasil keputusan lakonan kita akan diputuskan di padang Mahsyar nanti

Dia sentiasa menjaga matanya dari berbelanja perkara-perkara maksiat
Dia sentiasa mengajak aku mendalami ajaran Islam
Dia seorang yang penyayang dan taat akan kedua ibu bapa
Dia juga sentiasa berbakti untuk keluarga

Dia sentiasa tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan
Baginya, dugaan-dugaan itulah yang akan menjahit semula
Sejadah imannya yang terkoyak
Lantaran mungkin kerana kekhilafannya sendiri

Dia sentiasa menjaga solatnya kerana itulah maruah dirinya
Dia sentiasa bersedia menjadi imam dan pemimpin keluarga
Dia tidak pernah berasa malu mempertahankan agama IslamNYA
Kerana Islam adalah addin ALLAH yang sebenar-benarnya

Dia sentiasa ingin mencontohi sifat-sifat mulia Rasullullah S.A.W.
Dia juga sentiasa berusaha mencintai kekasih agungnya
Kekasih sejatinya dan kekal abadi
Iaitu ALLAHURABBI

Dia selalu berdoa dan mengimpikan syurga
Dia ingin mengajak aku ke sana sekali
Kerana, di situlah tempat pertama wujudnya cinta
Dia ingin bawa aku ke syurga yang abadi dan hakiki

Aku mencintai dia kerana agamanya dan kerana cintanya kepada Maha Pencipta
Andai dia hilangkan cintanya, maka hilanglah cintaku pada dia
Cinta dia terhadap Maha Pencipta mendekatkan aku padaNYA
Cinta Illahi jugalah yang menyebabkan aku memilih dia

Siapakah dia..?
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala sesuatu
Doaku, semoga dia tercipta untuk ku
Semoga aku bertemu jodoh dengan dia
Kerana..
Dia pilihan ku..



wallahua'lam....

-iluvislam-

-Ya Allah jagalah rinduku ini...berilah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini..hanyaMu yang mengetahui segalanya...-
Read more

'Pratikal + Kerja'

Read more

'Untukmu Teristimewa'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.

Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.

Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.

Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?

Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi
?

Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.

Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?

Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan



Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah.

Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku.

-hanya mu Ya Allah mengetahui segalanya...berilah aku kekuatan untuk menempuhi semua ini... untuk dirimu ku harap dikau mengerti.. pimpinlah diriku ini.. -

-iluvislam-
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries