'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Cinta Bersulam Noda'

Read more

'Mimpi Yang Indah'

Read more

'Ikhlas.. Kucarimu Dimana Jua..'

Read more

'Nikah Tutup Aurat, Sanding Buka Aurat'

Read more

'Rabitah Hati'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Hati ini telah bersatu
Berkumpul di perut bumiMu
Hati ini telah berpadu
Bersatu memikul beban dakwahMu


Hati ini telah mengikat setia
Untuk mendaulat untuk mendokong
SyariatMu di alam maya
Maka Ya Allah
Eratkanlah ikatan yang ada

Read more

'Amalan ‘Asyura‘ '

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Soalan:

Ustaz.. Boleh tak terangkan berkenaan puasa asyura? Bila puasanya? Saya dengar 9 & 10 Muharram. Ada yang bagitau saya 11 pun sunnat puasa. Bagaimana yang terbaik? Apa lagi amalan baik di hari Asyura? Syukran.

Jawapan:

Selang beberapa hari lagi, kita akan berjumpa hari ‘Asyura‘ (عاشوراء) sekali lagi. Di bawah ini saya nyatakan beberapa hukum yang disebutkan oleh para Fuqaha’ berkaitan ‘Asyura‘.

Read more

'Itik Biru (✿◠‿◠) '

Read more

'Majlis di Regency Hotel,Kuala Lumpur'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

28 Nov 2010 bersamaan hari ahad adalah majlis bagi pihak lelaki yang diadakan di Regency Hotel Kuala Lumpur. Majlis bermula pada jam 8 malam, iaitu selepas solat maghrib.


saya telah pergi awal bersama pasangan pengantin, iaitu selepas waktu zohor. Ini kerana mereka ada 'latihan' sebelum majlis bermula. sampai di hotel, tolong mengenakan inai pada jari pengatin semula, bagi warna naik seri kembali kerana telah hilang selepas mencuci periuk belanga di rumah pengatin perempuan semalamnya..hihi..

Read more

'Kekasih'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Read more

'Alhamdulillah, Majlis Berjalan Lancar'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar... akad nikah selamat berlangsung lebih kurang pada jam 10 pagi dengan sekali lafaz, pasangan sah menjadi suami isteri...


Tahniah untuk 'my cousin' dan pasangan..semoga kekal hingga ke akhir hayat, di dunia dan akhirat kelak.. ingta pesan 'tok kadi' .. tnggunjawab setelah menjadi suami isteri, segala pesanan itu ya..^_^

Read more

'Persiapan Majlis Perkahwinan'

Read more

'Danga Bay'

Read more

'Penghujung Selatan Tanah Besar Asia'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


nie mercutanda Penghujung Selatan Tanah Besar Asia kat tengah laut dibina atas pelantar


wahhh!! tak sangka saya telah sampai di penghujung selatan tanah besar Asia^___^
alhamdulillah, masih bernafas untuk sampai di sini.. thankz to my sis and kak sue yang membawa saya melawati ke Taman Negara Johor Tanjung Piai, di mana terletaknya Penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Read more

'Bukit Layang-Layang'

Read more

'Majlis Rumah Terbuka Aidiladha di Karangkraf'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, hari ini dapat bertemu dengan teman-teman dari iLuvislam. rasa dah lama tak berjumpa dengan mereka.. jika tidak silap last program yang saya ikuti pada tahun lepas.. ^_^


kali ini, masih dipanjangkan umur untuk berjumpa dengan sebahagian dari mereka iaitu ecah, kak asma, kak asniza, bro imran, abg zul dan akhi fahzan di Majlis Rumah Terbuka Aidiladha Karangkraf. Majlis tersebut yang diadakan di pejabat utama Karangkraf, Shah Alam.

Read more

'Setiap Yang Berlaku Pasti Ada Hikmah'

Read more

'Hari Raya Aidiladha..^_^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Read more

'Hanya padaMu ku serahkan segalanya'

Read more

'End..Insya-Allah... balik kampung..^__^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

alhamdulillah, selesai sudah final exam 4 last sem kali ini.. dan bermakna berakhir sudah pengajian diri ini selama 3 tahun menuntut ilmu di poly..


gambar hiasan ^_^

terdapat banyak kenangan manis dan pahit sepanjang menuntut ilmu ini.. itu semua akan saya ingat sebagai pengalaman + kenangan... terima kasih buat semua teman-teman yang mengenali diri ini.. buat semua pensyarah dan sesiapa sahaja yang banyak membantu selama saya berada di sana..

Read more

'Ribaibaru'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Furishikiru ame no naka o
Ashibaya ni toori sugita
Natsu no hi no inazuma no you ni
hakanaku kieta futari no koi

Aaaaahhhh…
Are hodo hageshiku moeta
Kokoro ga ima wa hai iro no ribaibaru
Aaaaahhhh…
Kurikaesu dake no omoide wa
yomigaeranu kako no monogatari
Read more

'Tahniah 2 My Brother'

Read more

'Andai Aku Di SisiMu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada-Mu saja
Aku mengadu
Resah gelora
Yang menghempas kalbu
Terasa berat
Namun apa daya ku luahkan
Walau sarat terasa malu pada-Mu



Akulah insan
Yang berjuta dosa
Tiada mengenang
Erti kesalahan
Berkali-kali
Terus masih terulang segala kesilapan
Meski ku tahu pedihnya..

Read more

'Rindu dengan Kamu ❤❤❤'

Read more

'5 Berlalu + 2 Bakal Tiba'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Exam..^__^

alhamdulillah..selesai sudah 5 paper untuk final exam kali ini.. perasaan lega itu memng ada.. tetapi masih ada perasaan risau + takut dalam hati ini.. saya dah berusaha sehabisnya..insya-Allah,apa kepetusan yang akan saya terima ..saya akan redha..pasti apa yang telah ditetapkan adalah yang terbaik untuk diri ini..


buat kawan2 kelas..smoga berjaya juga.. tinggal 2 paper lagi yang bakal kita tempuh pada 8 dan 11 nov ini.. semoga kita akan terus bersemangat ya!! selepas selesai semuanya.. kita berdoa dan bertawakal pada Allah s.w.t. Apa juga kepetusan nanti.. sabar dan redha.. Semangat semua..!!

wallahua'lam...
Read more

'Bermulanya Hari Ini'

Read more

'Exam Fever (✖╭╮✖)'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Demam exam...(◕‿◕)...minggu ini final exam telah bermula... but paper saya akan bermula pada esok hari.. buat kawan2 yang dah mula menjawab pada hari ini, all the best..!!!


malam ini,masa terakhir untuk buat last persediaan sebelum berperang esok... huhu... rasa risau tetap ada dalam hati ini... dah cuba bt yang terbaik....wallahua'lam...

Read more

'Ku Serah Cinta'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

tertarik dengan lagu inteam nie.. best..^__^


Ku serah segala ketentuan
Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu

Aku tidak mahu berpaling
Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat

Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan

Read more

'Cutez Obento'

Read more

'Study 4 last exam 2010 ..insya-Allah..'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

'Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal kepadaNya.' -Ali-Imran : 159-


Final exam 4 last semester...^_^...

'Di mana ada Kemahuan, Di situ ada Jalan, Di mana ada Usaha, Di situ ada Kecemerlangan'

insya-Allah...saya mesti berusaha untuk exam kali ini.. walaupun dalam hati hanya Allah yang tahu..sungguh saya rasa sedikit risau untuk pepriksaan kali ini, mungkin ini kerana saya berada pada sem akhir di sini.. pelbagai perasaan ada dalam hati ini...

Read more

'Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita'

Read more

'Salam Imtihan ^__^'

Read more

'Fort Cornwallis'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kota Cornwallis adalah salah satu tempat bersejarah yang terdapat di Pulau Pinang. alhamdulillah tadi saya berkesempatan untuk menerokainya bersama teman2..^__^

sedikit berkenaan kota Cornwallis yang saya dapat dari en.Wiki

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak ditimur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan Tanjung.

Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.

Read more

'Wahai Cinta'

Read more

'Kenangan Bersama ^__^ '

Read more

'Nafas CintaMu'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

"Hidup takkan bermakna tanpa gelak tawa.. Hidup takkan bererti tanpa dinikmati.. Saudaraku,hidup hanya sekali !! Bergembiralah engkau sepuas hati !!

Kerana bila esok hari tua menerpa, Pasti tidak berdaya mengharungi usia.." Suara itu seakan merasuk qalbi..


TETAPI. . .

Bagaimana mungkin aku mampu tertawa?
Tika teringat dosa yang menimbun,
Sedang pahala tiada terhimpun,

Bagaimana mungkin aku mampu terlupa?
Pada azab yang tersedia di neraka?
Pada hari pembalasan yang pasti tiba?
Sedang diri tiada sedia..

Read more

'Hati Yang Kau Sakiti'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya


Maafkan jika memang kini
harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai

Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Read more

'Ketupat Palas (◕‿◕✿)'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selamat hari Raya...^____^ Maaf Zahir Batin...


ketupat yang dah selesai dibuat..

Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.

Read more

'Bila dah Bosan Buat Kerja^__^'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

ingin berkongsi sedikit kerja yang boleh dibuat jika bosan..hihi.. email dari seorang teman..


Nice tp kotor eh main lalat hahahaha

"Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok."


haiwan kesayangn...
Mai nak tunjuk cara nak hilangkan cemuih keja...sengai2 badan...fed up tengok komputa....

1. Mola2...caghi lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...

2. Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...

3. Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu...

4. Hasilnya.....tadaaaaa..... mcm kat bawah ni... kalau nak meriah lagi...boh lam frame....

5. Bleh gak guna menatang lain...contohnya lipaih, lipan, katok, belalang, kutu, riang2... nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka....

taaaadaaaaa ni hasilnya nanti..^______________^



turn masuk toilet...haha


memanaskan badan...


lumba lari... dan pemenangnya....


suka suki...

p/s: sekadar suke2.. sape rasa nak cube.. silalah yer... hihi
Read more

' Tanda-tanda Kehadiran Lailatulqadar '

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.

Read more

'Malam Yang Dirindui - Malam Lailatul Qadar'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu "

Read more

'Mandi Wajib'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

saya ingin berkongsi sedikit maklumat berkenaan mandi wajib.. saya harap dapat menjawab dan membantu persoalan dari cik nisa..^__^

Mandi wajib ataupun mandi junub adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada Hadas Besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan.

Read more

'Rahmat Sebalik Ujian'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan Al-Quran kepada hamba-Nya, yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kita, siapa di antara kita yang lebih baik amalnya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Allah telah memuliakan manusia sebagai sebaik-baik ciptaan. Dia menghantar Rasul-Nya untuk mengeluarkan manusia daripada gelap gelita kepada cahaya terang benderang, menuju Tuhan. Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu dengan tujuan dan bersebab.

Read more

'Holiday With My Classmate'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


pulau langkawi..^_^ destinasi percutian bersama our classmate.. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... slama 3 hari 2 malam di pulau langkawi.. memberi banyak kenangan buat saya..


Kami bertolak pada hari khamis pagi dan tiba di pulau langkawi pada awal tengah hari... sampai sahaja di sana, kami terus menuju ke Jabatan Laut Pulau Langkawi di Tanjung Lembung.Banyak maklumat yang kami perolehi dari pihak jabatan berkenaan subjek yang berkaitan iaitu ukur hydrografi.. dan kami diberi peluang untuk menaiki kapal Jabatan Laut.. dan dibawa mengelilingi sekitar kawasan Pulang Langkawi..^___^

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries