'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Air Terjun Iguazu'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

kali ini kita akan ke Air Terjun Iguazu pula..hehe...
keindahan air terjun ini..subhanallah..sungguh cantik dan menenangkan kepada sesiapa yang dapat merasai kehebatan ciptaan Allah ini... percikan air dan desiran bunyi serta angin.. pasti akan dapat memberi ketenangan waktu itu...(^_^)
apa yang menarik dengan air terjun ini yer?


Iguazu Falls, adalah air terjun dari Sungai Iguazu yang terletak di perbatasan negara iaitu Brasil, Paraquay dan Argentina.

Nama Iguazu berasal dari bahasa Guarani (y = air dan ûasú= besar).Legenda menuturkan bahwa dewa berencana untuk menikahi seorang pribumi yang cantik bernama Naipí, tetapi ia melarikan diri bersama kekasihnya Tarobá dalam perahu.


Dalam kemarahannya sang dewa mengiris sungai untuk membentuk air terjun, menghukum kedua insan itu jatuh kekal disana. Orang Eropah pertama yang menemukan air terjun ini adalah adalah Conquistador Álvar Nunez Cabeza de Vaca dari Spanyol pada 1541.


Iguazu falls merupakan gabungan dari 275 air terjun sepanjang 2,7 km dari Iguazu 64 meter. Garganta del Diablo (Devil’s Throat), yang berbentuk U setinggi 82-meter, lebar 150 meter dan panjang 700 meter adalah bahagian yang paling mengesankan.


Air terjun dapat dicapai dari dua Kota Utama> yang masing-masing terletak dikedua sisi air terjun ini, melaluiFoz Iguacu negara bahagian Parana Brasil, dari Puerto Iguazú diprovinsi Misiones Argentina serta dari Ciudad del Este (Paraguay).

Air terjun ini ditetapkan oleh kedua negara sebagai Taman Nasional, Iguazú National Park – Argentina dan Iguaçu National Park – Brazil. Juga ditetapkan sebagai Situs Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1984 dan 1986.


SubhanAllah..indah sungguh ciptaanMu...sungguh ia amat memberi ketenangan dalam diri..

wallahua'lam....
Read more

'Saling Memerlukan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Apa yang boleh kita dapat dari gambar nie?(^_^)


bagi saya..ia menggambarkan kita memerlukan antara satu sama lain apabila membuat sesuatu kerja berkumpulan...

apabila ahli kumpulan membantu ahli yang lain ia tidak akan menjadi masalah...
kerja dapat dilakukan dengan mudah dan mungkin akan dapat diselesaikan dengan mudah..

jika tidak membantu antara ahli pasti ada yang terjatuh dari banggunan itu kan?
dan jika ada yang sambil lewa tidak mengambil sikap tanggugjawab.. pasti kerja sukar untuk dilaksanakan....(^^,)

wallahua'lam....

Read more

'Puasa..(^_^)'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..sudah 4 hari berpuasa...semoga ramadhan ini bukan yang terakhir(^_^)
dalam 4 hari berpuasa hari pertama sahaja dapat berbuka bersama family..huhu..sedih nie...

hari pertama puasa adalah berpuasa di kampung bersama family, atuk dan opah dan beberapa orang tetamu (puasa kali ini ada orang luar sekali)

petang jumaat lepas tunggu akak habiz kerja..ak pun pergi menjemputnya kerana kami akan pulang ke rumah terlebih dahulu.. sebab nak balik satu kereta jer.. bawa 2 kereta nanti letih..ak pun rasa tak larat .. time raya nanti baru ayah kata bawa 2 kereta.. pukul 6 kami bertolak balik.. kena masuk k.L skit sbb nak ke jalan duta.. jalan time tu tahu jelah..orang balik kerja.. punya la sesak.. raya nanti bertambah sesak lah..

dalam perjalanan mak telah suh ak rehat dulu..nant nak tukar drive dengan ayah.. ak pun cuba untuk tidor..huhu tapi tidak juga boleh tidor.. adk2 dan akak ak yang senang tidor... nasib badanlah.. sampai kat sungai perak, ayah berhenti isi minyak dan rehat kejap n aku pun amik alih drive untuk sampai ke kampung.. sementara tggu ayah n adik ke tandas, atuk call mak tanya dah sampai mana.. dah pasti jawab jauh lagi.. dan atuk ku telah mengkhabarkan ada tetamu yang tinggal di rumah semasa bulan puasa ini..

adei...atuk...cucumu yang dah remaja nie nak balik...ish2.. nape la tak bagi tahu awal2.. apa boleh buat balik kampung kali ini sempena puasa terbatas skit pergerakan di dalam rumah atuk.. sampai je dah kul 1230 malam.. tetamu yang ada sudah tidor agaknya dalam bilik.. nasib2... tapi pagi2 esok sahur mesti ada...

kul 5 je opah n atuk dah bangun.. tetamu di rumah jangn cakaplah..lagi awal agaknya..
mereka adalah pelajar-pelajar tahfiz dari thailand di jemput menjadi imam di masjid kat kampung.. oleh kerana atuk n opah tinggal berdua kerana anak cucu balik hujung minggu.. mereka menumpang selama sebulan di situ.. siap2 untuk sahur... imam2 n ayah n adik2 lelaki serta atuk makan kan ruang depan.. dan yang wanita makan di dapur lah... bile ada orang luar, pelajar tahfiz, jadi imam kat dalam umah.. segala pergerakan terbatas... apa yang best.. duk dalam bilik layari internet lah(^^,)...(tapi line x kuat..huhu)

tup tap tup tap... dah buka pose... makan2 n pergi ke masjid solat terawih bagi yang boleh..hehe.. esok nak balik k.L dan ak kena balik melaka sampai kat umah... dr kampung bertolak pagi dan sampai umah dalam kul 1 tgh hari.. ak kemas2 barang yg nak dibawa balik ke melaka... dan petang baru ak bertolak.. kali ini buke puasa dalam kereta...waaawaaaa... sedih2.. nak buat mcm ner esok kerja... sampai umah sewa dah pasti lah tinggal sowg..housemate telah pulang ke kampung.. cuti sekolah seminggu dan ak tinggal keseorangan...

3 hari dah buka puasa sorang kat melaka nie..sedih2... smlm time berbuka.. ak salah makan agaknya.. dan effect terjadi ari nie.. tak sihat di buatnya.. pergi klinik, dah lah tggu punya lama..if orang nak bersalin tunggu doktor nak datang agaknya dah bersalin kat luar tempat menunggu(siyes lama tggu).. sabar jelah... harga ubat jangan cerita... biasa lah nama pun ubat dapat skit jer tapi harga boleh untuk makan ak seminggu.. hehe

dan malam nie.. ak mengadap laptop nie lagi.. esok dah pasti sahur sorang2 lagi... waaawaaaa.... nak nangis.... cepat lah cuti sekolah nie habiz...

kot dah ada suami ke tak lah sorang kan..(dush2..perasan sowg2)

p/s: ada sesiapa yang nak teman ak buka puasa tak..ak belanje kowg.. (tp bayar sendri..)lalalla(^_^)
Read more

'Andai Ini Ramadhanku Yang Terakhir'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai insan, renunglah engkau akan nasib diri
Wahai qalbu, sedarkah engkau akan gerak hati
Wahai aqal, terfikirkah engkau akan apa yang bakal terjadi

Andai ini merupakan Ramadhan ku yang terakhir kali
Buatku sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
Tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
Pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Ilahi
Kematian...adalah sesuatu yang pasti.....

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu siangnya aku sibuk berzikir
"a'la bizikrallahi tat mainnal qulub"
[Bukankah dgn berzikir itu hati akan menjadi tenang..]
Biarpun anak tekakku kering kehausan air
Tentu aku tak akan jemu melagukan syair
Rindu mendayu..
Merayu...
Kepada-NYA Tuhanku yang satu...

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu solatku dikerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjai...
Sungguh khusyuk lagi tawadhu'
Tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
Mengadap Rabbul Jalil...
Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

Andai aku tahu ini Ramadhan terakhir
Tidak akan aku persiakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dipersia begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan Al-Quran bakal ku dendang...bakal ku syairkan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir
Tentu malammu aku sibukkan dengan
Berterawih...
Berqiamullail...
Bertahajjud...
Mengadu...
Merintih...
Meminta belas kasih....
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MUtapi...
aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Oleh itu duhai Ilahi...
Kasihanilah daku hamba-MU yang...
Hina..
Dhaif..
Jahil..
Lagi Banyak Dosa ini..
Menikmati bulan yg dirindui oleh nabi dan sahabatNya..
Moga setiap langkah ku zuhud kepada MU..
Moga ku istiqamah di ramadhan ini..

ANDAI AKU TAHU INI RAMADHAN TERAKHIR………



Ya Allah..tabahkan diri ini..hanya padaMu aku berserah...

wallahua'lam...
-www.iluvislam.com-
Read more

'Peringkat Neraka'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

NERAKA berasal perkataan Ibrani bermaksud unggun api menjadi tempat seksaan Allah yang dikhususkan untuk golongan ingkar kepada perintah-Nya ketika di dunia.

Di neraka, orang kafir termasuk golongan yang ingkar perintah Allah diseksa sebagai pembalasan seperti dijanjikan Allah SWT dalam firman bermaksud: "Wahai orang beriman jagalah dirimu, keluargamu daripada api neraka. Bahan bakarnya adalah manusia dan batu. Sedangkan penjaganya adalah malaikat yang gagah lagi bengis. Mereka tidak menderhaka Allah, mereka melakukan apa saja yang diperintahkan kepadanya." (Surah At-Tahrim: 6)

Api neraka berjuta kali panasnya berbanding api di dunia. Jika api itu jatuh ke bumi, walaupun sebesar hama, hancur lebur dunia ini. Itulah kepanasan api neraka yang tiada tolok bandingnya.



Tujuh nama neraka menanti golongan yang mendustai dan mengingkari perintah Allah SWT. Pembahagian tingkatan neraka menurut Syeikh Dahak Al-Ahbar yang kemudian dipersetujui ahli tafsir dan Usuluddin, antaranya Syeikh Qurthubi dan Imam Al-Ghazali ialah:

-Neraka Jahanam. Tingkat teratas. Neraka ini bermula dari tingkat paling atas sehingga ke terakhir (bawah). Ia seburuk-buruknya dan penghuni kekal di dalamnya.

Firman Allah SWT bermaksud: "Katakan kepada orang kafir; nanti kamu akan dikalahkan oleh orang Islam dan dihimpunkan kamu dalam Neraka Jahanam. Di sanalah tempat seburuk-buruknya." (Surah Al-Imran:12)

Begitu juga dalam surah An Nisa, ayat 169, Allah SWT berfirman: "Orang kafir dan orang aniaya, mereka tidak diampunkan Allah dan tidak pula ditunjukkan jalan melainkan ke Neraka Jahanam. Mereka kekal dalam neraka itu selamanya. Yang demikian itu mudah sekali bagi Allah".

-Luza adalah tingkat kedua yang dihuni pendusta agama Allah dan berpaling daripada ajarannya. Firman Allah bermaksud: "Sebab itu Kami beri khabar menakut kamu dengan Neraka Luza (neraka yang menyala-nyala). Tiada yang masuk ke dalamnya melainkan orang celaka, iaitu orang mendustakan agama dan berpaling daripadanya." (surah Al-Lail: 14-16)

-Hathamah ialah neraka tingkat ketiga tempat mereka yang lalai dalam mengerjakan perintah Allah kerana dipengaruhi harta dunia.

-Sair ialah tingkat ke empat neraka dihuni mereka yang makan harta anak yatim. Mata dan telinga mereka menjadi buta dan pekak manakala kulitnya tebal seperti Jabal Uhud.

-Saqru ialah neraka tingkat kelima, antara penghuninya ialah orang tidak bersolat, percaya kepada perkara bidaah, tidak memberi makan orang miskin dan tidak percaya kepada Hari Pembalasan.

-Jahim neraka tingkat keenam. Penghuninya melakukan dosa besar seperti berzina, membunuh, mendustai agama Allah dan minum arak.

-Hawiyah ialah neraka paling bawah menempatkan orang memusuhi Nabi. Walaupun neraka ini paling bawah, apinya sangat panas. Firman Allah SWT bermaksud: "Siapa yang ringan timbangan, dia dilemparkan ke Neraka Hawiyah. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah? Ia adalah api yang sangat panas. " (surah Al-Qariah: 8-11)

wallahua'lam...

-Ya Allah jauhkan diriku dari siksaan api nerakamu..-

-berita harian-

Read more

'Kelebihan Ramadhan Yang Mulia'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w bermaksud : "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, " Jika umat manusia itu mengetahui kelebihan yang ada dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan"

antara kelebihan bulan Ramadhan :

  1. Setiap amalan kebajikan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda
  2. Setiap amalan sunat akan diberi ganjaran pahala amalan fardhu
  3. Ramadhan dibahagikan kepada 3 bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka
  4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat terawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain
  5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat
  6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan
  7. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa
  8. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam "Lailatul Qadar" seperti beritikaf di masjid dan sebagainya
  9. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullai terutama pada 10 hari yang terakhir

semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan di bulan yang mulia ini..

wallahua'lam...

-diari-

Read more

'Yesterday, Today, Tomorow'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Warna kelopak Yesterday, Today, Tomorow berubah ikut usianya

NAMANYA amat unik - bunga Yesterday, Today, Tomorowselain turut dikenali Sunday Morning atau Morning Noon Night.

Namun, bukan saja namanya pelik, malah bunga yang nama saintifiknya,
Bagaimanapun, biarpun profil asal di dua negara itu, bunga Yesterday, Today dan Tomorrow ini banyak ditemui di laman kediaman di Asia dan kawasan beriklim tropika di Amerika tengah dan Selatan.

Sekali imbas ia seperti bunga melur, tetapi kelopaknya lebih lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 9 kaki. Bunga ini mempunyai lima kelopak dan wangi. Ia berwarna ungu, dan putih yang menggambarkan usia sebenarnya.

Jika anda menemui bunga warna ungu tua, ini bermakna ia baru berkembang. Setahun kemudian, ia mengeluarkan bunga berwarna ungu muda seperti lavender dan apabila matang, ia berwarna putih.

Ia yang sering menjadi tumbuhan laman dan hiasan laman sebagai pokok pagaran dan wangian, juga membiak melalui keratan batang dan biji benih, tetapi buahnya amat jarang ditemui.

Bagi mereka yang sukakan kelainan di laman, pokok ini boleh ditanam dalam pasu untuk dijadikan hiasan dalaman dan sesuai untuk mengharumkan kawasan yang mempunyai ruang terhad.

Malah bagi memastikan keserian dan wanginya menguasai ruang yang diingini, peminat bunga ini digalakkan menanam pokok berkenaan di dalam pasu untuk memudahkan usaha mengalihya ke sudut laman rumah.

Pokok ini dikategorikan tumbuhan yang ‘mesra’ iklim sederhana tetapi memerlukan air yang banyak serta cahaya matahari. Bagaimanapun, ketika musim panas ia lebih sesuai diletakkan di kawasan yang agak redup.


Bagaimanapun, di sebalik kecantikan fizikal dan baunya yang wangi, bunga Yesterday, Today dan Tomorrow ini, sebaliknya satu tumbuhan beracun. Jika termakan, ia boleh menyebabkan mangsa mengalami pengeluaran air liur yang berlebihan, sesak nafas, sawan, anak mata menjadi besar serta pucat.

Oleh kerana ia berbau harum, bunganya banyak digunakan untuk rawatan aromaterapi tetapi tiada khasiat perubatan yang diperoleh untuk spesies ini.

Ada laporan jurnal yang menasihatkan supaya bunga ini dijauhkan daripada kanak-kanak dan haiwan peliharaan kerana dikhuatiri akan dimakan dan boleh menyebabkan keracunan.

Info

Nama: Yesterday, Today, Tomorrow

Nama Saintifik: Brunfelsia pauciflora

Nama Lain: Brunfelsia biru, Morning-Noon-and-Night, Brunfelsia Floribunda

Spesies famili: Solanaceae

Asal: Brazil dan Afrika Selatan

Tip tanaman

-Pokok bunga ini seelok-eloknya ditanam di dalam pasu bagi memudahkan usaha mengalih tumbuhan ini terutama ketika musim hujan. Ini bagi mengelak tumbesarannya terjejas atau rosak akibat hujan.

-Pokok ini juga perlu sentiasa dipangkas bagi mengawal pembesarannya serta pengeluaran bunga. Pangkasan ini juga dapat menjadikan bentuknya lebih menarik.

-Perkara yang perlu diutamakan ketika menyiram pokok ini adalah menjarakkan tempoh siraman. Memadailah jika ia disiram dengan air mencukupi dan tidak kerap bagi memastikan akar pokoknya tidak rosak akibat terlalu banyak air.

-Masa paling elok bagi siraman adalah pada awal pagi atau petang. Ini bukan saja dapat menjimatkan air tetapi pada masa sama, menjaga kesuburan tumbuhan ini.

subhanallah..sungguh indah ciptaan Allah....

wallahua'lam...

-arkib berita-
Read more

'Puasa Sempurna Membentuk Peribadi'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


HANYA tinggal beberapa hari lagi sebelum kita diberi keizinan Allah untuk bertemu Ramadan al-Mubarak yang mewajibkan untuk kita melaksanakan Rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Allah berfirman bermaksud: “Hai orang beriman diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan atas orang sebelum kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

Ada beberapa peringkat harus diberi perhatian supaya termasuk dalam golongan puasa terbaik. Ini diingatkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam sabdanya bermaksud: “Berapa ramai orang yang berpuasa mereka tidak mendapat apa-apa balasan melainkan lapar dan dahaga. ”

Peringatan ini jelas menunjukkan kita perlu berpuasa seperti dikehendaki Islam supaya mendapat balasan Allah seterusnya menjadikan kita orang bertakwa.


Puasa peringkat pertama, puasa orang awam yang sekadar menahan diri daripada makan, minum dan tidak melakukan persetubuhan ketika siang. Namun pancaindera lain seperti mata, telinga, tangan, kaki, mulut, pemikiran dan lebih penting hati tidak dipelihara malah berlipat ganda melakukan perkara negatif yang mengurangkan pahala.

Puasa peringkat kedua ialah puasa ahlul khusus iaitu mereka menahan diri daripada makan, minum dan tidak mengikuti kemahuan syahwat serta menjaga anggota zahir lain daripada perbuatan yang keji. Namun mereka lalai mengingati Allah. Jasad saja yang berpuasa tetapi unsur terpenting iaitu hati mereka abaikan sehingga terus alpa terhadap Allah.

Puasa peringkat ketiga dan terbaik ialah puasa ahli khusus/ahlul ma’rifah iaitu mereka meninggalkan semua perkara di atas di samping menjaga hati supaya tidak lalai mengingati Allah. Segala amalan dilakukan semata-mata untuk mendapatkan keredaan Allah. Inilah martabat ibadah puasa nabi dan sidikin dan mendapat ganjaran besar di sisi Allah.

Konsep asas Allah mewajibkan kita berpuasa ialah supaya dapat menjadi hamba-Nya yang bertakwa. Menerusi puasa, beberapa panduan serta larangan ketika melaksanakan ibadah melahirkan rasa syukur kepada Allah, sifat kasih sayang sesama insan, perasaan yang mendorong kita saling membantu lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan perhatian.

Puasa sempurna dapat melahirkan insan muttaqi iaitu modal insan yang amat bernilai dan mampu berkhidmat untuk agama Allah dengan penuh penghayatan dan mereka adalah nukleus bagi pembangunan mapan ummah.

Inilah golongan yang berjaya dilahirkan Muhammad SAW iaitu sahabat. Sifat serta kriteria sahabat dulu semakin terhakis kerana kehidupan hari ini berdepan pelbagai cabaran. Ada yang gugur dengan percubaan dan ada pula yang berusaha gigih menghadapinya. Ketibaan Ramadan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk berusaha menggilap kembali semangat serta kesungguhan yang tertanam kukuh dan jitu dalam jiwa dan sanubari sahabat Nabi SAW.

Kadangkala sikap menjadi penghalang daripada menjiwai tujuan sebenar berpuasa. Sikap sebahagian umat Islam pada Ramadan ada yang bersungguh-sungguh beramal dan ada yang lalai. Masih ada antara kita yang berpuasa sebagai adat bukan ibadat. Faktor iman dan mengharapkan keredaan Allah tidak menjadi pendorong untuk melaksanakan ibadah.

Ada yang berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi tidak menghalang daripada melakukan perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu atau berkata lucah. Ada yang mengambil ringan sahur sehingga meninggalkannya sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan sahur. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subuh.

Ibadat solat fardu dan sunat hanya dilakukan pada Ramadan serta bersungguh-sungguh mengerjakan tarawih dan witir tetapi meninggalkan solat fardu. Bersungguh dalam pelaksanaan ibadat pada Ramadan termasuk membaca al-Quran untuk diri sendiri, tetapi mengabaikan pembabitan ahli keluarga untuk sama beribadah.

Terlalu membandingkan antara imam solat tarawih sehingga sampai pada peringkat mengumpat dan menghina. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadat hanya pada awal sehingga pertengahan Ramadan sedangkan banyak hadis menyatakan kelebihan 10 hari terakhir antaranya lailatul qadar.

Tilawah al-Quran hanya pada Ramadan dan berakhir bersama Ramadan. Rajin membaca al-Quran, tetapi tidak berusaha memahami dan menghayati kandungannya sebagai panduan kehidupan seharian. Bersungguh-sungguh melaksanakan puasa, namun mengabaikan kewajipan lain seperti solat, menunaikan haji, menutup aurat, menghubungkan silaturahim, menuntut ilmu, menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Tidak bersimpati dan mengambil berat terhadap saudara Islam yang mengalami penderitaan, kesusahan, kelaparan serta terus dengan sifat bakhil dan kedekut.

Mensia-siakan fadilat atau kelebihan iktikaf di masjid terutama pada 10 akhir Ramadan. Masa dihabiskan membuat persiapan 1 Syawal. Tidak salah untuk membuat persiapan tetapi kita terlepas satu masa dan ketika yang afdal melakukan ibadat.

Ramadan ialah proses membentuk mukmin muttaqi iaitu insan paling mulia di sisi Allah. Kemuliaan ini tidak diperoleh melainkan dengan usaha dan mujahadah yang tinggi.

-ku harap diri ini beroleh puasa yang diredhai Allah...-

wallahua'lam...

sumber:berita harian
Read more

'Kau Hadir'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dikau hadir
Di kala aku memerlukan seorang teman
Dikau bawa secebis bahagia
Bila aku hampir berputus asa

Kuterima segala
Apa yang diperduga
Dan kini kubersedia
Hadapi hari muka

Kau bawa sinar cahaya
Di hariku yang gelita
Dan dikau hadir tepati waktunya
Membawa tawa ceria

Bila mana kau terima
Hidup ada suka dan duka
Mendung takkan selamanya
Sinar mentari kan menjelang tiba

-De Hearty-
Read more

'Pertemuan'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pertemuan bukan terduga
Kau ku lihat merenung manja
Getaran pun melanda jiwa
Adakah cintakan berbunga

Tak ku sangka kita sejiwa
Punya rasa cita yang sama
Diriku ratu dihatimu
Kan kau bagai dewa hatiku

Walau seketika pertemuan
Kita terpisah dengan lautan
Namun kau tetap diingatan
Dirimu tak mungkin ku lupa

Sayang dengarkanlah dendangan
Buatmu insan yang tercinta
Biar jauh dari pandangan
Dihati tetapkan bersama

-erra fazira-
Read more

'Panorama Takjub Blue Mountains'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kawasan pergunungan simpan khazanah alam semula jadi serta pelbagai flora dan fauna

PEMANDANGAN indah di Skyway Katoomba

BLUE MOUNTAINS adalah satu daripada tempat paling menarik di Australia. Terletak pada jarak 104 kilometer di Barat Sydney, pergunungan itu adalah sebuah kawasan yang mempunyai daya tarikan dan panorama eksotik lagi mengagumkan. Ia juga dikenali sebagai Australia's Grand Canyon dengan bentuk rupa buminya dikatakan mirip Grand Canyon di Arizona, Amerika Syarikat.

Kawasan ini berada dalam lingkungan Taman Negara seluas kira-kira 200,000 hektar yang berpusat di Katoomba. Lokasinya menjadi tumpuan pelancong yang ingin melihat dari dekat bentuk rupa bumi kawasan terbabit terutama Grand Canyon. Perjalanan ke Blue Mountains dengan bas dari Sydney mengambil masa kira-kira dua jam.

Di kawasan Blue Mountains juga terletak tiga gunung yang dikenali sebagai Three Sisters atau tiga beradik perempuan yang menjadi ditukar menjadi batu.

Mengikut cerita, disebabkan terikat dengan adat dan peraturan nenek moyang, seorang ahli sihir menukarkan tiga anak perempuannya yang cantik menjadi batu. Tiga beradik dikenali sebagai Meenhi, Weemala dan Gunnedoo dari suku Katoomba yang tinggal di Lembah Jamieson dikatakan mempunyai hubungan dengan tiga wira gergasi dari suku Napean.

Berdasarkan asal keturunan, mereka tidak dibenarkan berkahwin mengikut undang-undang masyarakatnya. Namun begitu, jejaka terbabit tidak mempedulikan undang-undang berkenaan dan ingin memperisterikan perawan tiga beradik itu secara paksa.

TIGA gunung di kawasan Blue Mountains dikatakan mitos mengenai tiga beradik perempuan yang ditukar menjadi batu.

Hasrat mereka ditentang oleh kumpulan yang ingin mempertahankan adat resam dan undang-undang berkenaan hingga terjadi peperangan yang hebat.

Bagi menjaga keselamatan ketiga-tiga perawan itu daripada peperangan, bapa mereka yang juga ahli sihir menukar tiga gadis terbabit kepada batu. Apabila peperangan tamat mereka akan ditukarkan semula kepada bentuk asal. Hasrat itu tidak kesampaian apabila ahli sihir berkenaan terkorban dalam peperangan. Sebab itulah sehingga kini tidak ada siapa yang boleh menukarkan semula ketiga-tiga beradik itu kepada bentuk asalnya.

Akhirnya tiga adik beradik yang amat cantik paras rupa mereka kekal menjadi batu berbentuk tiga gunung yang terletak bersebelahan antara satu sama lain buat selama-lamanya, di kawasan Blue Mountains.

Dari versi pengkaji dan penganalisis geografi fizikal dan ahli geologi pula menjelaskan muka bumi tiga gunung itu terbentuk kerana berikutan luluhawa yang memakan masa sejak ratusan ribu tahun lamanya.

LOKASI Blue Mountains

Walau melalui proses apapun, mitos mahupun lulu hawa, keindahan, keeksotikan dan keunikan Blue Mountains dan Three Sisters cukup mengasyikkan dan mengagumkan. Ia menjadi antara pusat tumpuan pelancong berteraskan eko-pelancongan yang tersohor di bumi kangaru itu.

Pada 2000 lalu, taman negara ini diletakkan di dalam senarai Kawasan Warisan Dunia (World Heritage Area).

Pengunjung boleh meneroka dengan merentasi dan menghayati ketakjuban fenomena ciptaan Maha Pencipta ini dengan menaiki skyway. Pengunjung juga boleh menyusuri celah dan ruang di dasar atau lantai Blue Mountains dengan menaiki railway' yang disediakan. Suatu pengalaman yang sukar dijelaskan dengan perkataan.

Satu lagi khazanah alam yang menjadi tumpuan pengunjung di sini ialah Gua Jenolan. Ia adalah sebuah gua batu kapur yang amat menarik. Pengunjung berpeluang menerobos ke dalam gua dan merasai fenomena alam semula jadi yang sungguh mengasyikkan.

Untuk menyertai ekspedisi ini, pengunjung perlu tangkas dan cergas. Kasut dan topi khas akan disediakan. Kawasan taman negara ini sebenarnya banyak menyimpan khazanah alam semula jadinya termasuk air terjun, lembah, cerunan, batu-batan berjeriji, hutan hujan dan pelbagai flora dan fauna.

INFO: Blue Mountains

-Kawasan hutan sepanjang 40 kilometer di pergunungan ini terbakar selama 16 hari, antara 26 Disember 2001 hingga 10 Januari 2002.

-Pekan Leura dan Katoomba menjual pelbagai bahan makanan dan minuman untuk bekalan di kawasan pergunungan.

-Pelancong Jepun adalah yang paling ramai berkunjung ke kawasan pergunungan berkenaan, malah ramai yang menginap di hotel serta pusat penginapan yang ada di pekan Katoomba dan Leura.

-Kebanyakan pemandu pelancong warga Australia yang membawa pelawat ke situ boleh berbahasa Jepun, bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan pelancong dari negara matahari terbit itu.

-Harga rumah di Blue Mountains jauh lebih murah iaitu $150,000 dolar Australia berbanding S460,00 dolar Australia di Sydney, walaupun jaraknya cuma satu setengah jam perjalanan melalui jalan darat.



wallahua'lam......

siapa yang berminat untuk ke sini(^_^)

sungguh indah ciptaan Allah....subhanallah....
Read more

'Manfaat Berjalan Kaki'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan

RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.

Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang.


Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:

-Berat badan stabil
-Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

-Menurunkan berat badan
-Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.

-Risiko elak serangan jantung
-Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju -juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.


-Angin ahmar atau strok
-Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.

-Mencegah kencing manis
-Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan).

-Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

-Mencegah osteoporosis
-Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.

-Meredakan sakit lutut
-Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu.

-Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.


-Tekanan
-Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

-Kanser
-Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

@Tip jalan laju

-Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

-Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

-Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

-Gerakkan lengan ketika berjalan

-Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

-Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman


wallahua'lam.....

untuk sesiapa yang nak sihat..(^_^)

sumber:berita harian
Read more

'Enam Pertanyaan Imam Ghazali'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

1. Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2. Apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia?
3. Apakah yang paling besar di dunia?
4. Apakah yang paling berat di dunia?
5. Apakah yang paling ringan di dunia?
6. Apakah yang paling tajam di dunia?


Pada suatu hari Imam Ghazali berkumpul bersama-sama dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya beberapa soalan:

PERTAMA : beliau bertanya apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :"Orang tua, guru, kawan dan sahabat".

Imam ghazali menjelaskan bahawa semua diberikan adalah benar tetapi jawapan yang paling tepat sekali bagi soalan ini ialah mati sila rujuk surah ali imran ayat(153, 51, 153)

KEDUA : beliau bertanya apakah yang paling jauh daripada diri kita di dunia lalu muridnya menjawab :" negara China, bulan, matahari dan bintang".

Lalu Imam Ghazali menegaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'masa lalu'. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan dapat kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari mendatang dengan amalan soleh agar kita tidak sesal di kemudian hari nanti.

KETIGA : beliau bertanya tentang apakah yang paling besar di dunia ini lalu muridnya menjawab: " Gunung, bumi, matahari".

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberi adalah tepat tetapi yang paling tepat ialah 'nafsu'. Maka kita mesti berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu mengheret kita ke neraka jahanam. Rujuk surah al-A'raf ayat 179

KEEMPAT : beliau bertanya tentang apakah yang paling berat di dunia lalu muridnya menjawab :"besi, gajah".

Imam Ghazali mengatakan bahawa semua jawapan adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'menanggung amanah'. Segala tumbuhan, binatang, gunung ganang tidak sanggup memikul amanah tetapi manusia sanggup memikulnya ketika Allah meminta untuk memikul amanah khalifah di bumi. Manusia ramai yang rosak dan binasa kerana tidak mampu memikul amanah dengan baik akibat kecuaian dan kedegilan mereka dalam mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh syarak.

KELIMA : beliau menyoal tentang apakah yang paling ringan di dunia lalu muridnya menjawab :" Kapas, angin, debu dan awan".Imam Ghazali menyatakan bahawa semua jawapan yang diberi adalah benar tetapi yang paling benar ialah 'meninggalkan sembahyang' kerana manusia sering mempermudah dan meringankan sembahyang disebabkan terlalu mementingkan urusan dunia.

KEENAM : beliau bertanya tentang apakah yang paling tajam di dunia lalu muridnya menjawab:''Pedang".

Imam Ghazali mengatakan bahawa jawapan itu adalah betul tetapi yang paling betul ialah 'lidah manusia' di mana disebabkan lidah maka manusia suka menyakiti dan melukai perasaan orang lain sehingga berlakunya perbalahan dan perpecahan.

wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com
Read more

'Aura Cinta Sebentuk Cincin'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ibu jari mewakili ibu bapa,

Jari telunjuk mewakili adik-beradik,

Jari tengah mewakili diri sendiri,

Jari manis mewakili pasangan,

Jari kelengkeng mewakili anak-anak.



PETIKAN puisi nukilan pujangga Inggeris tidak bernama ini menjawab persoalan mengapa cincin dipilih untuk disarungkan pada jari manis pengantin perempuan.

Jari manis yang mewakili pasangan adalah tempat paling ideal untuk meletakkan sesuatu yang bermakna dalam perhubungan - berharga seperti sebentuk cincin.

Cincin juga ibarat kuasa yang menyatukan dua hati insan yang melafaz janji untuk setia sepanjang hayat.

Walau ada pasangan yang inginkan kelainan dengan menggunakan barang kemas lain seperti rantai atau gelang tangan, tidak akan sama nikmatnya seperti menyarung cincin pada jari manis si isteri.

Dalam kebanyakan adat, cincin diberikan sebagai tanda perkenalan, pengikat (pertunangan) serta perkahwinan. Bagi masyarakat Melayu pula, cincin seperti sudah menjadi item 'wajib bawa' semasa majlis merisik dan pertunangan.

Bagaimana hebat pun hantaran 'serba berdiri', aura cincin dalam majlis perkahwinan tetap relevan.

Namun jangan pula asyik kaitkan cincin dengan tanda dimiliki seseorang. Ini kerana wanita membeli cincin bukan hanya kerana mereka ingin berkahwin atau bertunang, tetapi mereka juga mahukan lebih keyakinan dalam penampilan.

Bagi kebanyakan orang Melayu, mereka lebih sukakan cincin emas kuning. Ada yang memberikan alasan kerana ia lebih menyerlah dan emas kuning juga diibaratkan seperti pelaburan jangka panjang yang menguntungkan berbanding emas putih.

Namun jika kita perhatikan trend hari ini, semakin ramai pasangan yang memilih emas putih sebagai cincin perkahwinan mereka untuk nampak lebih muda dan bergaya.

Pilih cincin ibarat memilih pasangan hidup?

Memilih cincin adalah satu proses yang tidak kurang pentingnya sama seperti memilih seseorang menjadi pasangan hidup.

Ini kerana sebentuk cincin yang dipilih untuk majlis perkahwinan akan kekal dan nilainya tidak akan sama dengan mana-mana cincin yang dibeli sebelum atau selepas detik bersejarah tersebut.

sekadar pengetahuan untuk diri ini...

wallahua'lam...

sumber:utusan malaysia
Read more

'Jadikan Bacaan, Tafsiran Al-Quran Amalan Harian'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Kitab suci induk segala ilmu pengetahuan bagi bimbing manusia untuk kesejahteraan dunia, akhirat

RAMAI yang khatam al-Quran sejak kecil dan bagi mereka yang mempunyai daya ingatan serta kemahuan yang kuat pula mampu menghafal keseluruhan isi kandungan kitab suci itu sehingga digelar al-Hafiz. Namun, berapa ramai yang berusaha menghafal atau khatam kitab terjemahan al-Quran atau sekurang-kurangnya habis sekali membaca sebuah al-Quran berserta terjemahan misalnya Tafsir Pimpinan Al-Rahman, Tafsir Quran Karim oleh Prof Dr H Mahmud Yunus dalam bahasa Melayu dan lain-lain kitab terjemahan yang popular di negara kita sekali seumur hidup.

Malah berapa ramai yang khatam membaca sekurang-kurangnya sekali sebuah kitab tafsir al-Quran yang muktabar seperti Tafsir At-Tabari, Tafsir Al-Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Fi Zilal al-Quran oleh Syed Qutb dan banyak lagi yang kini diterjemahkan dalam pelbagai bahasa.

Amalan membaca al-Quran sangat digalakkan dan mendapat pahala namun lebih baik jika kita berusaha memahami apa yang dibaca serta mendalami pengertian dan segala isi kandungannya yang begitu komprehensif sebagai panduan hidup.

Al-Quran adalah kitab induk yang sangat lengkap mencakupi aspek kehidupan manusia seperti urusan ekonomi, politik, sosial, teknologi, sains, sejarah, ketenteraan, undang-undang dan sebagainya. Hakikat ini hanya dapat diketahui dan diterokai jika kita tahu makna setiap ayat yang dibaca. Jadi amat rugi jika kita tidak memahami apa yang dibaca, sedangkan al-Quran adalah perlembagaan hidup umat Islam dan mengandungi pelbagai hikmah, rahsia, petunjuk, pengajaran dan pedoman terunggul umat Islam sehingga ke akhir zaman.

Perkara ini adalah janji Allah melalui firman-Nya: "Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang keraguan padanya (tentangnya dari Allah dan tentang sempurnanya), ia pula menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa." (al-Baqarah: 2). Malah bagi menguatkan lagi peranan dan kedudukan al-Quran sebagai mukjizat, syafaat, sumber agung dan aset terpenting umat Islam seperti mana sabda Nabi Muhammad SAW dalam khutbah haji Wada' yang bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara di mana kamu tidak akan sesat selagi mana kamu berpegang kepadanya, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah-Ku (hadis)".


Oleh itu menjadi keperluan kepada kita sebagai generasi al-Quran dan golongan pendakwah memahami serta menghayati apa yang dibaca dengan menelaah terjemahan dan tafsir al-Quran dan seterusnya melaksanakan segala ajarannya dalam kehidupan kita.

Sehubungan itu, kita perlu memiliki sekurang-kurangnya sebuah kitab terjemahan al-Quran dan juga koleksi kitab tafsir al-Quran muktabar di rumah serta di pejabat. Jika kita boleh membeli sebuah buku yang berharga ratusan ringgit, tidak adil jika kita tidak mampu membeli sebuah kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sebagai bekalan pelaburan di dunia dan akhirat.

Dalam realiti hari ini yang begitu mencabar dan rencam, kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sangat mustahak kepada umat Islam sebagai asas rujukan serta kompas kehidupan. Menurut ulama terkenal Dr Yusuf Al-Qardhawi, manusia dewasa ini amat perlu kepada tafsir al-Quran sehingga kefahamannya betul dan menepati kehendak Allah serta dapat beramal dengan lebih sahih lagi.

Justeru Allah menuntut daripada mereka agar sentiasa bertadabbur al-Quran. Ini membuktikan bahawa di samping kita membaca dan menghafal al-Quran, sudah tentu segala kandungannya juga perlu difahami dan direalisasikan agar kita dapat melihat dan merasai sendiri dengan jelas keindahan serta keunikan al-Quran.

Di samping itu dengan kecanggihan teknologi dan kemajuan ICT yang ada, umat Islam juga perlu berhati-hati apabila membaca atau membuat rujukan kepada terjemahan dan tafsir al-Quran maya yang begitu mudah diperoleh di internet kerana wujud ratusan laman web sedemikian yang menyediakan kandungan yang ditokok tambah, sesat dan meragukan oleh musuh Islam. Malahan ada laman web golongan yang mendakwa Islam liberal serta gerakan intelektual dari kalangan mereka yang terpengaruh dengan Orientalis yang giat menghasut umat Islam agar menolak kitab terjemahan dan tafsir al-Quran sedia ada bagi membolehkan kitab suci itu diterjemah dan ditafsir semula mengikut kehendak dan realiti semasa.

wallahua'lam.....

-berita-

Read more

Ketawa Berlebihan Tabiat Kaum Munafik'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


SETIAP insan sering berhadapan dengan pelbagai keadaan hidup yang memerlukan tindakan mental dan fizikal. Menangis dan hiba sering dikaitkan dengan kedukaan dan penderitaan, manakala ketawa selalunya menjadi manifestasi keriangan dan kepuasan yang tidak semua insan dapat merasainya.

Islam tidak pernah melarang umatnya melahirkan kegembiraan dan kepuasan hati dengan ketawa. Namun, sebagai agama syumul dengan adab dan disiplin, syariat tetap membataskan tahap ketawa yang dibenarkan. Ia bagi mengelakkan orang Islam dipandang rendah martabatnya oleh bukan Islam. Menyingkap sirah Rasulullah SAW ketika hebat melancarkan misi dakwah melalui jihad perang selepas hijrah ke Madinah.

Allah menempelak sebahagian tentera munafik yang pada mulanya menyatakan persetujuan untuk bersama Baginda di medan peperangan. Bagaimanapun, mereka membatalkan janji dan persetujuan pada saat genting tentera Islam bakal bertarung dengan kekuatan tentera Musyrikin Quraisy dalam Perang Uhud.

Berikutan peristiwa itu, Allah berfirman bermaksud: "Oleh itu bolehlah mereka ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka usahakan." – (Surah at-Taubah, ayat 82). Jelas daripada ayat ini, Allah mengungkapkan sifat lazim kaum munafik selalunya suka mengamal tabiat ketawa berlebihan.

Sedih, murung, riang, gembira dan ketawa adalah sentuhan naluri semula jadi, tetapi Islam tetap mengehadkan untuk mengelak berlaku dalam keadaan melampau. Lantaran Islam menyediakan pilihan yang boleh diamalkan bagi mengelak kita daripada bertindak di luar batasan kemanusiaan apabila hati dan perasaan bertindak balas dengan apa yang dialami.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati." – (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi)

Sewajarnya setiap insan mukmin segera menginsafi diri untuk tidak menjadikan ketawa sebagai perantara menzahirkan perasaan tersendiri dengan cara berlebihan. Hal ini kerana dibimbangi boleh membawa kepada beku dan matinya hati.

Saidina Umar al-Khattab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa diisi dengan sesuatu bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan dan kegembiraan yang tidak lebih hanya bersifat sementara. Justeru, bermuhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia.

Kita juga diminta tidak mudah berpuas hati dan leka dengan pencapaian tersendiri dan akhirnya menjadikan ketawa sebagai teman kepada keseronokan. Sekali lagi ditegaskan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk ketawa, tetapi biarlah di atas landasan syariat yang sederhana. Kita tidak dapat mengelakkan sesuatu yang semula jadi tercipta.

wallahua'lam.....

sekadar renungan untuk diri ini....

sumber berita harian
Read more

'Adab Bersin Tambah Rahmat Insya-allah'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Rasulullah ajar doa untuk kesejahteraan umat bukti Islam sediakan cara hidup sempurna

DEMAM, batuk dan selesema yang menjadi mimpi ngeri kepada kita hari ini disebabkan serangan wabak selesema babi yang meragut berpuluh nyawa turut menghalang kita meneruskan rutin harian kerana bimbang dijangkiti atau menyebabkan jangkitan.

Benar hanya Allah SWT yang menentukan sesuatu berlaku, tetapi makhluk wajib berikhtiar menjauhi kebinasaan sama ada di dunia atau akhirat.

Justeru, dalam keadaan genting seperti hari ini, umat Islam perlu lebih tekun bertahajud dan berdoa (al-ma'thurat khususnya) seperti dilakukan Rasulullah SAW dan mengetahui cara hidup Islam sebenar, termasuk ketika menghidapi penyakit berbahaya.

Antara tanda awal selesema babi ialah demam diikuti selesema, batuk, sakit tekak dan sebagainya. Kebiasaan orang yang menghidap selesema akan bersin dan berasa tidak selesa. Memang ia agak menyukarkan, tetapi ajaran Islam menganjurkan umatnya supaya beradab ketika bersin seperti menutup mulut dan menahan suara supaya tidak terlalu kuat yang sedikit sebanyak mengurangkan penularan wabak penyakit.

Allah SWT menyukai bersin kerana orang bersin akan memuji-Nya. Dengan pujian itu, saudara atau sesiapa yang mendengar lafaz 'Alhamdulillah' yang diucapkan akan mendoakan kita dirahmati Allah kembali.

Bayangkan jika hanya seorang bersin dan ungkapan 'Alhamdulillah' didengari ramai orang, tentulah semua yang mendengarnya mendoakannya kembali dengan lafaz "Yarhamukallah'.

Berapa ramai yang mendoakan orang bersin dirahmati Allah? Dengan wabak yang menular, kita wajar saling mengingatkan mengenai penyakit itu, di samping mengambil langkah pencegahan agresif.

Kita juga perlu kembali kepada cara dan panduan dianjurkan agama dan tahu ungkapan yang disebut sesudah bersin adalah hikmah yang sungguh bermakna dan tidak menyamai ungkapan lain.

Rasulullah SAW bersabda seperti yang diriwayatkan Imam Bukhari maksudnya: "Jika seorang antara kamu bersin, hendaknya ia mengatakan Alhamdulillah (segala puji hanya bagi Allah). Kemudian saudaranya atau temannya mengucapkan Yarhamukallah (mudah-mudahan Allah merahmatimu).

"Jika dia mengucapkan Yarhamukallah, maka ia mengucapkan Yahdikumullah wa yushlih balakum (mudah-mudahan Allah memberikan petunjuk-Nya kepadamu dan memperbaiki keadaanmu."

Dalam hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah menyintai bersin dan membenci menguap. Jika ada antara kamu bersin dan memuji Allah Azzawajalla, wajib bagi setiap Muslim yang mendengarnya untuk mengucapkan Yarhamukallah.

"Menguap berasal daripada syaitan. Jika ada antara kamu yang menguap, ia perlu menahan sekuat tenaga kerana jika menguap, maka syaitan akan mentertawakannya." (Hadis Riwayat Bukhari)

Memang tiada sesiapa pun yang memuji Allah selepas menguap, malah kadangkala terlupa untuk menutup mulut, tetapi hakikat bahawa Allah menyukai bersin kerana ia akan memuji Allah, jika tidak ia tiada bezanya dengan menguap.

Bahkan orang yang mendengar sesiapa yang bersin dan tidak mengucapkan 'Alhamdulillah' tidak perlu mendoakannya atau mengucapkan 'Yarhamukallah'

Rasulullah SAW turut menjelaskan hal sedemikian dalam sabda Baginda mafhumnya: "Jika seorang antara kalian bersin kemudian memuji Allah (hamdalah), maka doakanlah ia. Jika dia tidak memuji Allah maka jangan kalian mendoakannya." (Hadis Riwayat Muslim)

Pernah berlaku satu keadaan di mana terdapat dua orang lelaki yang bersin di hadapan Rasulullah SAW dan Baginda mendoakan salah seorang lelaki berkenaan. Kemudian orang yang tidak didoakan oleh Rasulullah itu bertanya kenapa Rasulullah tidak berbuat demikian kepadanya (iaitu berdoa), lalu Rasulullah menjawab: "Yang ini memuji Allah tetapi engkau tidak memuji Allah."

Selain memuji Allah SWT, perbuatan saling berdoa yang kita lakukan menunjukkan hubungan persaudaraan yang teguh dan manis, kasih sayang yang kuat dan utuh antara saudara seagama.

Begitulah cara hidup Islam, apa saja yang dilakukan terangkum dalam peraturan sempurna demi mendapat rahmat Allah yang turut merangkumi kesihatan yang sejahtera.

Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang dan Syariah, Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan


wallahua'lam....

sumber:berita harian
Read more

'Harga Sekuntum Cinta'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada redup renungan berkaca
Terkolam riak sesal dan kecewa
Dialah yang semalam ditewas dunia
Tergetis keasyikan dosa

Perjalanan hidup terpaksa disukai
Biarpun penuh onak yang melukai

Dalam remang senja kau mencari
Seorang kekasih menghilang diri
Dialah yang semalam menabur janji
Dibuai kesamaran mimpi

Lupakanlah dia pendusta yang setia
Kembalilah pada hidup lebih bermakna

Mudahnya kau bayar harga sekuntum cinta
Mekar merona tubir sukma
Walau dengan hanya tercium harumannya

Leraikan gelora lepas di laut rasa
Nyala asmara telah sirna
masih ada sinar suluh hidup bahagia
Rayulah cinta-NYA
Read more

'Cinta Pertama'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Mekar di kamar hati cinta pertama
Engkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara
(^_^)
Read more

'Melakar Cinta Di Pintu Syurga'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkn taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga
Read more

'Sebuah Al-Quran'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seorang pemuda mengharapkan sebuah kereta sport dari ayahnya... lantas, si pemuda memberitahu keinginannya kepada ayahnya. Si ayah hanya tersenyum... si anak bertambah yakin jika ia mendapat kejayaan yang cemerlang dalam pengajiannya, ayahnya akan membelikannya kereta sport itu.

Beberapa bulan berlalu... ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya.. memperoleh kejayaan cukup cemerlang..hatinya berbunga riang... satu hari...s i ayah memanggil si anak.. si ayah memuji anaknya... sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang... si anak tersenyum puas... di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu... si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik...

si anak terkesima... sungguh... bukan itu yg diinginkannya... dengan hati yang berat... kotak itu bertukar tangan... matanya terarah kepada raut wajah ayahnya yang tenang, seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang di hatinya.... kemudian si anak membuka bungkusan kotak itu... penutup kotak dibuka... apa makna semua ini???.. sebuah Al-Quran kecil, dgn cover kulit tinta emas menghiasi tulisan... si anak memandang ayahnya... terasa dirinya dipermainkan... amarahnya bangkit... nafsu mudanya bergelojak...

"Ayah sengaja mempermainkan saya?!... ayah bukannya sudah tahu betapa saya menyukai kereta sport merah itu?!!... bukannya ayah tidak mampu untuk membelinya?!!... Sudahlah Ayah!... bukan Al-Quran ini yang saya mahu!!”... bentaknya keras... Al-Quran itu dihempaskan ke atas meja kerja ayahnya... si anak terus meninggalkan si ayah.. tanpa memberi kesempatan sedikit pun untuk si ayah bersuara... pakaiannya dikemaskan ke dalam beg... Lantas, dia meninggalkan rumah ayahnya... memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya....

10 tahun berlalu.. si anak kini merupakan seorang yang berharta... mempunyai perniagaan sendiri... dengan isteri yang cantik dan anak-anak yang sihat... cukup membahagiakan... namun hatinya tersentuh... sudah 10 tahun.. sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya... saat dia melamunkan fikirannya mengenai masa silam tiba-tiba telefonnya berdering... dan mengkhabarkan bahwa... ayahnya meninggal dunia semalam... dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak... si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yang berkaitan perwarisan harta...

dan buat pertama kalinya setelah dia berkeluarga... si anak pulang ke rumah ayahnya... memperhatikan rumah yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya... hatinya sedih.. bertambah sedih lagi saat dia mendapati di atas meja kerja ayahnya... Al-Quran yang di hempaskannya dulu... bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini... perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ... mengambil Al-Quran itu..membukanya dengan penuh keharuan...

Tiba-tiba... jatuh sesuatu dari Al-quran itu... sebuah kunci...di muka belakang Al-Quran itu...sebuah sampul surat ternyata diselipkan di situ...kunci itu segera dipungut... hatinya tertanya-tanya... nyata sekali... di dalam sampul surat itu... terdapat resit pembelian kereta sport idamannya... dibelikan pada hari ia menerima segulung ijazah... dengan bayaran yang telah dilunaskan oleh si ayah, sepucuk warkah.. tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini.. hadiah teristimewa buat putera kesayanganku.... air mata si anak menitis deras... hatinya bagai ditusuk sembilu.. penyesalan yang amat mendalam...namun segalanya sudah terlambat...



Sekadar renungan bersama: Berapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak "dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati?? Fikirkanlah bersama...

wallahua'lam...
sumber:www.iluvislam.com
Read more

'Pesona Cinta'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kau Siramkan Wangian Mawar Putih
Kepada Sebuah Kenangan Yang Layu
Bisakah Merubah Detik-detik Yang Berlalu
Dari Sekadar Impian Yang Kaku

Jiwa Terpaut Menyaksi
Seribu Pengorbanan Dihulur
Cinta Kasihan Bersemi
Mengagung Tak Disedari
Diimpi Tak Pasti
Mengharap Tak Mendakap
Kesetiaan Dijunjung
Rupanya Tak Ke Hujung

Lilin Yang Menyala Membakari Dirinya
Buat Menerangi Insan Yang Memerlukan
Tanpa Disedari Diri Sendiri Sirna
Duka Nestapa Dibiarkan Saja

Begini Jadinya Bila Dihamba Pesona Cinta
Yang Buta Tak Mengenal Sebenar Sifatnya

Cinta Suci Bukan Untuk Dinodai
Kasih Jangan Dikhianati
Lamarlah Belas Simpati

Kesucian Cinta
Ikhlas Tak Diundang
Perliharalah

-Hijjaz-
Read more

'Jawapan Rindu'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Terasa sesuatu
Persoalan memanggil
Di benak yg paling mendalam
sehingga menjadi ralit
Semakin jiwa dilanda
Gelora Sang Penanti
Semakin sukar difahami
Puncanya gelisah ku ini

Hanya kekosongan
Jua kehilangan
kurasai
Menghuni hati

Di mana kan ku temui
Penghujungnya resah ini
Seumpama ku menanti sejawapan Rindu
Di mana kan ku temui
Oh sinaran yg hakiki
Untuk menjadi penyuluh
Jalan didepanku
Hingga akhir waktu

Andainya kau temui
Cahaya yang ku cari
Sudikah dikongsi bersama
Sebagai teman mahupun sebagai kekasih

merenung bayangan jauh
Menatap pengertian
Menyelam dasar persoalan
Menyelongkar kemuncak maksud

-hafiz hamidon-
Read more

'Pemergian'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Kematian. Perkataan yang paling tidak disukai apabila terasa diri tidak bersedia menghadapinya. Begitulah lumrah kehidupan, yang muda akan tua, yang tua akan pergi, yang muda jua tidak ketinggalan dalam mengikut jejak walaupun tika umur masih merah. Kematian sangat-sangat memberi impak kepada manusia, terutama bagi mereka yang berada dalam lingkungan kekeluargaan kepada si mati. Isteri, anak-anak, ibu, ayah, adik beradik sepupu ,jiran ,rakan ,teman mahupun lawan. Semuanya mendapat kesan dari peninggalan si mati.

Perasaan sedih tatkala kehilangan orang yang disayangi sangat-sangat memberi impak pada keluarga terdekat pada si mati. Akibat kematian, diri rasa sedih, hilang selera makan sehinggakan terlupa bahawa hampir sehari suntuk tidak menjamah makanan dek kesedihan yang membungkam. Di sinilah salah satu kewajipan sebagai rakan atau jiran untuk menceriakan keluarga tersebut. tetapi bagaimana??..

Ketika peperangan Mu’tah, sepupu nabi, Jaafar bin abi Talib telah gugur di medan peperangan, berita gugurnya syuhada’ ini tidak membuatkan Nabi membungkam kesedihan bahkan terus dibelai dan dihiburkan anak-anak Jaafar untuk mengelakkan kesedihan kehilangan ayah mereka, dalam masa yang sama disuruh isterinya/ khadam/ sahabat-sahabat agar memasakkan makanan dan diberikan kepada keluarga jaafar bagi mengurangkan beban yang mereka tanggung akibat dari kehilangan insan yang paling berharga dalam hidup mereka.

Kisah ini banyak memberi contoh kepada kita, apakah yang sepatutnya kita lakukan, apabila sahabat, atau jiran kita kehilangan ahli keluarga mereka. Menggembirakan anak-anak si mati akan menyebabkan jiwa kecil mereka tidak dibelenggu kesedihan yang tidak sepatutnya mereka tanggung. Bagi si ibu, jika melihat anak-anak nya dibelai oleh kenalan-kenalan, kawan-kawan rapat si mati mahupun jiran mereka, ini akan mengurangkan rasa beban si ibu yang sarat memikirkan kepada siapakah anak-anakku akan menumpang kasih seorang bapa??.. siapakah yang boleh kuharapkan untuk melihat anak-anakku yang masih kecil ini??.. Apakah anak-anakku boleh membesar tanpa seorang lelaki yang bernama ayah di sisi mereka??… Begitulah saratnya hati seorang ibu memikirkan masa depan anak-anaknya.. Jadi, dengan menggembirakan anak-anak si mati, sekurang-kurangnya ia akan mengurangkan rasa beban dan sesak yang ditanggung, untuk anak-anaknya.

Keduanya, memberi atau memasakkan makanan kepada keluarga si mati. Akibat kesedihan yang membungkam hati-hati keluarga si mati, menyebabkan mereka kurang mengambil peduli sedikit tentang makan minum mereka dek kesedihan yang menimpa. Di sinilah perlunya kita menghulurkan sedikit juadah memberi kepada keluarga si mati, untuk mengurangkan rasa sibuk mereka menguruskan urusan si mati, menggembirakan hati-hati keluarga si mati, bahawa masih lagi ada yang mengambil berat tentang mereka. Juga memberi satu tanda yang kitalah tempat berteduh atau sekurang-kurangnya tempat luahan mereka jika sesuatu yang susah mereka hadapi selepas dari siapnya jenazah dikuburkan.

Begitulah serba sedikit berkenaan dengan kematian, yang bagi kita jiwa orang muda, yang kurang memikirkan soal kematian. Sedangkan Nabi menceritakan, secerdik-cerdik manusia adalah mereka yang banyak mengingati mati. Dengan ingat pada kematian, kita akan mencongak sejauh mana amalan kita, jika terasa ianya masih kurang, maka akan ditambahkan lagi amalan tersebut agar ianya seiring dengan datangnya ajal yang tidak pernah kenal usia. Moga-moga dengan coretan ringkas ini, akan membantu kita dalam menangani soal kematian yang tidak pernah lekang dari telinga.

Yang terakhirnya, mari kita sedekahkan bacaan Al-fatihah kepada ayah, ibu ,datuk nenek dan sesiapa yang telah pergi meninggalkan kita untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai di muka bumi ini selaku khalifah Allah..Al-fatihah.

untuk renungan pada diri ini yang lemah....wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com

Read more

'Cerita Pengemis Dan Isteri Cantik'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH ,akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS .ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA .



wallahua'lam....

sumber:www.iluvislam.com
Read more

'Akhirat Adalah Kehidupan Kita'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Diceritakan bahawa ada dua orang nelayan, seorang mukmin dan seorang lagi kafir. Pada suatu hari kedua-duanya turun ke laut untuk menangkap ikan. Apabila melabuhkan pukat maka si kafir ini menyebutkan nama Tuhan berhalanya dan hasilnya ia telah mendapat tangkapan yang banyak. Berlainan pula dengan nelayan mukmin ini, bila ia melabuhkan pukatnya maka ia pun menyebutkan nama Allah dan hasilnya tidak ada seekor ikan pun yang tersangkut ke dalam pukatnya sekalipun ia telah memukat dari pagi hingga ke senja.

Maka, pulanglah orang mukmin ini dengan tidak membawa sebarang tangkapan pun namun ia tetap bersabar serta redha dengan apa yang telah Allah takdirkan. Sedang nelayan kafir ini telah membawa pulang bersamanya berbakul-bakul ikan. Melihat akan hal ini maka malaikat yang bersama nelayan mukmin merasa simpati di atas nasibnya maka ia pun naik ke langit dan mengadu kepada Allah.

Allah lalu memperlihatkan kepada malaikat tempat yang telah disediakan olehNya kepada nelayan mukmin tersebut iaitu sebuah syurga. Berkata malaikat, " Demi Allah sesungguhnya tidak memberi erti apa-apa pun penderitaan di dunia ini jika ia telah mendapat tempat syurga Allah". Setelah itu Allah menunjukkan pula tempat nelayan kafir kepada malaikat. Berkata malaikat, "Alangkah malangnya nasib si kafir, sesungguhnya tidak berguna langsung apa yang dia dapat di dunia dulu sedangkan tempat kembalinya adalah neraka jahanam juga"

semoga kita tergolong dalam orang-orang yang beriman dan berada di sisi Allah....

wallahua'lam...
Read more

'Hati Hitam Syaitan'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya. Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing ke padang ragut dan memasukkannya semula ke kandang bila hari telah malam.

Suatu hari bila kambing ini pulang ke kandang, saudagar ini melihat seekor kambing yang kakinya telah hilang satu. Ini menyebabkan kambing itu jalan terhenjut- henjut.
Timbul lah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh bercampur kehairanan.

Lalu ia bertanya,Angkara siapakah ini?"
Jawab sihamba " Saya yang membuatnya menjadi begitu"Mendengar pengakuan sihamba maka beristighfarlah saudagar

lalu berkata," Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula ia berlaku pada kakimu, tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?"
Balas sihamba," Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah"

"Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati"Kata si soleh
"Membuat hati syaitan sakit, Tetapi bagaimana?" tanya sihamba

"Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Taa'la, pergilah kemana engkau suka" kata si soleh
Bukan main girang hati sihamba bila tindakannya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan.

Siapakah yang sakit hati dalam peristiwa ini?
sekadar sedikit perkongsian..

wallahua'lam

-diari islamiah-
Read more

'Renungan Sejenak'

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Allah menolak taubat mereka yang membunuh orang mukmin"
(Sahih R.Thabraani)


Baginda bersabda:

"Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kaum kerabatmu dan seterusnya"
(Sahih R.Nasaai)
Read more

'7 Kemungkinan Jika Anda Terlalu Bakhil'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, " Orang - orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari 7 kemungkinan ini, iaitu :

  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah yang zalim lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan ke atasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam tanah dan sebagainya
  3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi oleh mereka -mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat lalu ia sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak yang mengakibatkan hartanya sendiri musnah
  7. Allah S.W.T meninggikan syahwatnya sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan hartanya

wallahua'lam..

-diari islamiah-

Read more

'Ya Allah..Jagalah Cintaku..'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku
pada seseorang yang melabuhkan cintanya
padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk
menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, jagalah cintaku
padanya agar tidak melebihi cintaku padaMu.

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku
padanya agar tidak berpaling daripadaMu.

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku
pada seseorang yang merindui jihad dan syahid di
jalanMu.

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam
terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam
perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui
kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga terlupa pada kasihMu yang hakiki dan
abadi.


hanya padamu Ya Allah..diri ini berserah...
wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries