'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Award dari 54k1j0'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


terima kasih buat 54k1j0 kerana sudi memberi award ini kepada saya^_^
walaupun tidak pernah kenal...hanya di alam blog sahaja... ni link blog teman yang beri award nie http://54k1j0.blogspot.com/

tak reti plak mcm ne nak bg nama blog je kuar...hehe....tapi tak kisah la... yang penting dah letak link blog pemberi award...

Ni saya copy dari teman pemberi award:

Award diatas mengandung erti :
Tugu Hijau : melambangkan sahabat-sahabat baru
Tugu Kuning : melambangkan sahabat-sahabat yang selalu aktif
Tugu Biru : melambangkan sahabat blogger dengan PR tinggi
Landasan Merah : melambangkan bahwa kita semua sama, baik pemula hingga senior adalah terangkum dalam satu wadah/tempat, dengan darah yang sama berwarna merah, dan sesungguhnya kita adalah saudara.

Prasyarat Pengambilan AWARD :

1. Buat Posting seperti diatas
2. Cantumkan Link Pemberi Award.
3. Bagi rakan-rakan yang belum jadi Follow atau Tukaran Link, harap menjadi Follow atau bertukar link dengan saya.
4. Copy-paste Image diatas atau DOWNLOAD

sahabat yang akan menerima award ini:

semua sahabat yang follow blog saya...
sila ambil ye...(^_^)
Read more

'Untukmu (^_^)'

Read more

'Ketentuan Allah S.W.T'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


'Renungilah sebuah pertemuan kerana di situ terciptalah kemesraan dan kenangilah sebuah perpisahan kerana di situ tercipta kerinduan'

Read more

'Jodoh Itu Ketentuan Tuhan'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Jodoh?
sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia..
diri ini juga tidak terlepas untuk membicarakannya..
adakala family dan saudara bertanya..
dan pernah juga sahabat2 bertanya...

Jodoh adalah ketentuan Allah..
walau kita mempunyai sesorang teman yang kita sayang..
andai telah Allah takdirkan dia bukan jodoh kita..
walau berusaha macam mana..ia tidak akan menjadi milik kita..
apa yang pasti diri ini percaya dengan Janji Allah..
diriku telah berusaha dan terakhir hanya berdoa dan berserah padaMu ya Allah..

artikel ini saya ambil dari iluvislam..ia amat memberi ilmu yang bermanfaat padaku..


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar. Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah. Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu. Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta. Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebagai saluran yang betul untuk melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus. Ramai orang menempah neraka sebaik melangkahkan kaki kea lam berumahtangga. Bukankah dangan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut bertambah? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka? Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah, belajarlah dulu. Jika belum bersedia untuk bersabar dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar-benar mengerti segala tuntutannya. Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan – bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya. Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi. Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi ada imbas kembali. Hati remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada. Kekayaan yang paling kaya adalah akal, kemiskinan yang paling besar adalah jahil, keburukan yang paling hodoh adalah sesat.

Tidak berguna adanya mata andai tidak dapat melihat, tak guna adanya hati kalau tak tahu menilai. Nilailah hati itu dengan teliti sebelum pergi mengundur diri kerana segalanya bermula dengan niat yang bertempat di hati.

wallahua'lam..

Read more

'Wasiat Seorang Ibu'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Setelah Al-Haris bin Amr, Raja negeri Kandah hendak berkahwin dengan anak perempuan Auf Bin Muhlim Asyaibani, diarahkan utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja tadi, maka ibunya berwasiat kepada anak perempuannya ini. Dia berkata:

" Wahai anakku!
Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu
Aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya
Tetapi!
Ia sebagai peringatan untuk yang lalai
Dan pedoman untuk yang berakal
Andai ibu bapamu dapat memberikan segala-galanya
Nescaya tidak perlu bagimu seorang suami

Tetapi!
Wanita diciptakan untuk lelaki
Lelaki dicipta untuk wanita
Bercerailah kau dari ayunan buaianmu
Meninggalkan teratak tempat besarmu
Melangkah menuju ke alam baru
Yang belum kau kenal yang belum kau biasa

Kau milik suamimu
Anggap dirimu sebagai hamba
Tentunya suamimu
Jadi teman yang paling setia

Bawalah wasiat dariku
Sepuluh sifat
Sebagai bekalan perjalananmu
Menuju alam bahagia.

Relakan dirimu sekadar yang ada
Semoga suci hatimu dengan taat setia
Dan hulurkan tanganmu tanda mahu berganding bahu

Jauhkan dirimu dari segala yang jelek
Yang dihidu atau dipandang mata
Juga awasi gerak lakumu
Agar tidak sumbang mengguris rasa

Sembunyikan suram wajahmu
Gantikan ia dengan sinar
Secerah suria pagi
Dan badan yang semerbak harum
Bermandikan bauan

Mata berpasak, kening bercelak
Itu menambah seri
Itu membangkitkan berahi
Dan...
Air cukup memada
Bagi yang tiada

Jaga masa makannya
Jaga waktu tidurnya
Kerana,
Perut kosong hilang bicara
Mata mengantuk hilang kesabaran di dada

Kunci mulutmu
Tabahkan hatimu
Badanmu terselamat
Jiwa temanmu tidak terseksa

Simpan dulu kerianganmu dikala dia berduka
Pendamkan kesedihanmu dikala dia bergembira
Akibat aksi tidak senada
Hilang simpatimu disebab pertama
Keruh suasana disebab kedua

Hulurkan tanganmu....
Andai kau menghulur sebelah tangan
Nescaya dia menghulurkan kedua belah tangan
Tidak cukup tangan, nyiru pula ditadahkan

Ketahuilah!
Kasihmu tidak sampai kerana
Jika hatimu berdua tidak sejiwa
Kasih kau, kasihlah dia
Benci kau, bencilah dia
Allah saja yang menentukan nasibmu.....

Kau bawalah wasiatku ini dan sampaikan salamku kepada suamimu"



Begitulah ibu tadi menambah pesan kepada anaknya. Seterusnya wanita ini telah mencapai kedudukan yg mulia di sisi suaminya. Dia telah memperolehi 7 orang anak lelaki, yang kesemua mereka telah menjadi pemerintah negeri Yaman setelah pemerintahan bapa mereka.

Sumber : Panduan Fardhu Ain Lengkap; Abu Al-Baqir
Read more

'Isteri Yang Solehah'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah.

Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya .

Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.


Di antara ciri-ciri isteri solehah yang lain ialah:

1.Mentaati Allah SWT dan mengerjakan segala perintah suami selagi tdak melanggar perintah Allah.
2.Bersikap malu terhadap suami.
3.Berdiam diri ketika suami sedang berkata-kata, baru berbicara setelah ia selesai berbicara.
4.Berdiri tegak sebagai tanda hormat semasa ia datang dan pergi.
5.Sentiasa menyerahkan diri kepadanya apabila ia memerlukannya.
6.Memakai wangi-wangian di hadapan suami.
7.Menjaga mulut daripada bau-bauan yang tidak menyenangkan.
8.Tidak mengkhianati dan berlaku curang terhadapnya ketika ketiadaan suami.
9.Sentiasa menghormati keluarga suami .
10.Bersyukur di atas apa yang disediakan oleh suami.
11.Tidak berpuasa sunat tanpa kebenaran suami.
12.Tidak keluar rumah kecuali dengan izin suami.

Izinkan aku kongsi sedikit rencana dari majalah yang pernah ku baca untuk renungan bersama.

Menjadi suri rumah adalah impian setiap wanita yang telah cukup umur dan untuk menjadi seorang suri rumah sepenuh masa yang berwibawa mereka harus melakukan kerja-kerja yang melibatkan pengurusan, kesetiausahaan, pendidikan dan asuhan.

Mereka perlu pandai merancang, mengatur, menyusun dan melakukan kerja-kerja besar hinggalah yang remeh-temeh dalam lingkungan tempat kerja. Di "tempat kerja", merekalah bos, merekalah kulinya.

Mereka bekerja tanpa cuti dan tapa mengharapkan upah. Jauh sekali menuntut bonus tahunan atau menagih pengiktirafan. Segalanya dilakukan demi sebuah tanggungjawab membina syurga idaman.

Itulah peranan sekilas isteri-isteri yang menjadi SURI RUMAH sepenuh masa. Satu tugas berat yang bermula sebaik-baik sahaja rumah tangga mula didirikan.

Ia memerlukan persediaan jiwa, ilmu dan kemahiran lebih awal sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Dan cabarannya tentulah semkin sukar dan hebat apabila anggota keluarga makin bertambah dan keluarga semakin besar.

Wallahualam

sumber:www.iluvislam.com

Read more

Mampukah Aku Menjadi Seperti Mereka?

Read more

'Tika Dinihari'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Oh Tuhanku
Tiada indah di malam yang hening
melainkan dengan bermunajat kepada-Mu
Tiada indah suatu hari yang aku lalui
kecuali dengan patuh kepada-Mu

Oh Tuhanku
Tiada indah hidup di dunia
melainkan berzikir dan menyebut nama-Mu
Tiada indah tiba di akhirat yang abadi
kecuali dengan keampunan-Mu

Ya Allah Tuhanku
yang merubah kalbu
Tetapkanlah hatiku
Moga sentiasa dalam agama-Mu
Jua taat akan perintah-Mu

Tuhan
Usah bebankan kami
dengan bebanan yang berat
seperti yang pernah kau berikan kepada umat yang terdahulu...
dari kami

Tuhan
Jangan pikulkan kami
Yang tidak kami terdaya
Maafkan salah kesilapan
Ampunkanlah dosa-dosa
Rahmatilah kami...

-Devotees-

Read more

'Redha'

Read more

'Tolong Ingatkan Saya'

Read more

'Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com. Jom Sertai!'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Meriah Ramadhan @ iLuvislam.com

(Anjuran Event Team Malaysia@iLuvislam.com)


Kategori A : Bawah 12 tahun
Kategori B : 13 - 18 tahun
Kategori C : 18 tahun ke atas


Jenis-jenis Pertandingan
1. Mencipta Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)
2. Mengarang Esei (Semua Kategori)
3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)
4. Persembahan Multimedia (Semua Kategori)

Hadiah-hadiah untuk Pemenang
1. Setiap Pemenang Utama bakal mendapat hadiah Langganan Majalah daripada Karangkraf.
2. Setiap pemenang akan dijemput untuk menyertai BackToBasics@Raya (B2b@Raya) bersama Krew-krew iLuvislam.Com pada bulan Oktober.

Syarat- syarat Umum
i. Terbuka kepada semua ahli iLuvislam.com yang berdaftar sahaja. Klik sini jika belum mendaftar.
ii. Krew iLuvislam.com tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
iii. Setiap bahan yang dihantar akan menjadi hak milik iLuvislam.com. Namun kredit akan diberikan kepada penghantar.

Syarat-syarat Khas

1. Komik Islamik (Kategori B dan C sahaja)
- Peserta hanya boleh menghantar sekurang-kurangnya 2 penyertaan. (Tetapi HANYA SATU TERBAIK akan dipilih jika layak menang)
- Komik mestilah bertemakan Ramadhan Bulan Barakah & Syawal Penuh Rahmat, memaparkan ciri-ciri islamik, kreatif, menarik dan mempunyai mesej yang ingin disampaikan.
- Komik perlulah ASLI dan tidak diplagiat daripada mana-mana karya yang telah diterbitkan
- Komik yang dihasilkan adalah komik pendek iaitu satu muka surat sahaja
- Boleh diwarnakan atau hitam putih sahaja
- Penyertaan akan dinilai melalui kreativiti, mesej yang disampaikan, kekemasan dan menarik minat.
- Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 MINGGU sahaja.
- Emelkan komik anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Pemenang akan ditentukan oleh panel iLuvislam.com
- Jumlah Pemenang : 5 x 2 kategori = 10 pemenang (2 pemenang utama).

2. Mengarang Esei Ramadhan
- Peserta hanya boleh menghantar SATU penyertaan sahaja
- Esei bertemakan :

Kategori A : Kenikmatan dan Kelebihan berpuasa Ramadhan
Kategori B : Impak berpuasa Ramadhan kepada individu dan keluarga
Kategori C : Amalan berpuasa dalam membentuk masyarakat Sakinah dalam Negara berbilang bangsa

- Panjang esei :

Kategori A : 250 hingga 500 patah perkataan
Kategori B : 1000 hingga 2000 patah perkataan
Kategori C : 3000 hingga 5000 patah perkataan


- Setiap petikan idea dan rujukan perlu disediakan nota kaki
- Jarak setiap baris adalah 1.5, menggunakan font Arial, saiz 12,
- Penyertaan akan dinilai berdasarkan penguasaan tema, banyak penggunaan bahan rujukan, pengolahan bahasa
- Masa diperuntukkan adalah selama DUA MINGGU sahaja
- Setiap halaman perlu ditulis muka surat.
- Setiap penyertaan perlu bertaip computer.
- Emelkan esei (sebagai attachment) anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com.
- Jumlah Pemenang : 4 x 3 kategori = 12 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori)

3. Melukis dan Mewarna (Kategori A sahaja)
- Setiap peserta hanya dibolehkan menghantar SEBERAPA BANYAK penyertaan. (Tetapi hanya satu terbaik akan dipilih untuk mendapat hadiah.)
- Lukisan perlu bertemakan "Keluasan RahmatNya melalui Ramadhan" ATAU "Ria Syawal dengan Bersederhana"
- Setiap penyertaan adalah asli dan tidak diplagiat daripada mana-mana sumber.
- Setiap lukisan mestilah diwarnakan.
- Lukisan akan dinilai melalui penggunaan warna, kreativiti dan memenuhi kehendak tema.
- Lukisan hendaklah di'scan' dalam bentuk JPEG atau GIF dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Emelkan lukisan anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'.
- Pemenang akan ditentukan oleh panel iluvislam.com
- Jumlah Pemenang : 8 pemenang (2 pemenang utama)

4. Multimedia presentation (Semua Kategori)
- Sediakan video atau rakaman pendek mengenai Ramadhan.
- Persembahan hendaklah tidak melebihi tiga minit
- Persembahan perlulah mempunyai mesej yang ingin disampaikan, menarik dan kreatif
- Upload video anda melalui Mediafire. (Tidak dibenarkan upload ke YouTube atau Metacafe.)
- Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.
- Pemenang ditentukan melalui 50% undian ahli iLuvislam.com dan 50% dari juri dari kalangan Krew.
- Jumlah Pemenang : 3 x 3 kategori = 9 pemenang (1 pemenang utama bagi setiap kategori).

Cara Menghantar Penyertaan [PENTING]
1. Emelkan link download video anda kepada ramadhan[at]iluvislam.com (tukarkan ‘[at]' dengan ‘@'), dan mesti diterima selewat-lewatnya jam 12tgh malam 12 September 2009.

2. Hantarkan semua penyertaan sebagai attachment. (Bagi pertandingan Persembahan Multimedia, sila berikan link untuk download).

3. Sila sertakan maklumat berikut :
1. Nama Penuh :
2. Nickname di iLuvislam.Com :
3. Umur :
4. Alamat Semasa :
5. No. Tel :
6. Jenis Pertandingan :
7. Kategori Pertandingan :
8. Jumlah Penyertaan yang Dihantar :


4. Pada ruangan Subject dalam email anda, sila isikan Meriah Ramadhan@iLuvislam : [jenis/kategori pertandingan yang anda sertai].

Read more

'Solat Sunat 2 Rakaat'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dari Rasulullah s.a.w menceritakan sabdanya " Setelah Allah selesai menciptakan Jibril a.s dalam bentuk yang cantik dan bersamanya juga dengan 600 sayap yang panjangnya dari Timur ke Barat, maka bertanyalah Jibril a.s kepada Allah, "Adakah engkau menciptakan makhluk lain yang lebih baik dari aku?" Firman Allah, "Tidak," Lalu Jibril a.s bangun untuk solat sunat 2 rakaat kerana bersyukur kepada Allah. Setiap rakaat lamanya 20000 tahun.

Bila Jibril selesai solat Allah pun berfirman, " Engkau telah menyembah Aku dengan bersungguh-sungguh dan tiada siapa yang pernah menyembah Aku sepertimu itu, tetapi akan ada seorang Nabi yang mulia akhir zaman nanti namanya 'Muhammad'. Umatnya sering melakukan dosa tetapi jika mereka mengerjakan solat sunat 2 rakaat maka demi keagonganKu solat mereka itu lebih aku sukai dari solatmu. Mereka menunaikan solat atas perintahku" Jibril a.s bertanya lagi, " Apa yang telah Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai balasannya?" Firman Allah, " Aku berikan mereka syurga Ma'wa"

Lalu Jibril meminta izin dari Allah untuk pergi melihat syurga itu. Setelah diizinkan ia pun pergi dengan mengembangkan sayapnya yang besar dan menempuh perjalanan selama 300 tahun. Setelah penat Jibril pun berehat untuk seketika lalu bertanya kepada Allah, " Apakah aku sudah sampai separuh jalan atau sepertiga atau seperempat?" Firman Allah, " Wahai Jibril! Jika engkau terbang selama 3000 tahun lagi pun engkau tidak akan sampai pada 1/10, itulah syurga Ma'wa yang Aku sediakan untuk umat Muhammad yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat"




wallahua'lam...

semoga kita mendapat keredhaan atas apa yang dilakukan...

-diari islamiah-
Read more

'Bau Syurga Tercium dari Jarak 1000 Tahun'

Read more

'Hidup Terlalu Singkat Untuk Membenci'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ah, terlalu sukar untuk memberi maaf. Bahkan lebih sukar daripada meminta maaf. Masih terasa tusukan rasa bagaikan sebuah dendam yang membara. Masih terngiang-ngiang segala kata. Masih terbayang semua tingkah dan perlakuan. Wajah 'orang-orang bersalah' itu terasa begitu menjengkelkan. Memberi maaf kepada mereka seolah-olah menggadaikan harga diri. Ah, apakah maruah ini terlalu murah untuk di sorong tarik dengan harga yang rendah? Dan cukup sakit, apabila mengenangkan 'musuh-musuh' itu tersenyum dengan kemenangan.

Namun, itu hanya bisik 'hati besarku'. Yang melantunkan suara ego dan marah. Kesat dan kesumat. Tetapi jauh dari dalam diri...ada suara lain yang bergetar. 'Hati kecil' yang tidak jemu-jemu mengingatkan. Suara tulus yang mendamaikan gelombang jiwa. Bisik telus yang meredakan amukan rasa.Maafkan, lupakan...cintai, sayangi...Berperang dengan mereka bererti berperang dengan diri sendiri. Begitu bisik hati kecil itu selalu.


Pada sebuah persimpangan rasa, tiba-tiba hati disapa oleh sebuah firman:

"Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan.Nescaya engkau
akan mendapati musuhmu akan menjadi seolah-olah saudara"

Wahai diri,api jangan dilawan dengan api. Nanti bakarannya akan membakar diri sendiri. Menyimpan dendam sama seperti membina sebuah gunung berapi di dalam hati. Semakin besar dendam itu, maka semakin sakit hati yang menanggungnya. Musuh-musuh mu terus ketawa, sedangkan kau sendiri menderita meneguk bisa.

Musim-musim terus berlalu sewajarnya mendewasakan aku. Pengalaman lampau sentiasa membuktikan bahawa permusuhan hanya akan memberi kepuasan sementara. Apabila 'fatamorgana' itu berlalu. Aku akan menjadi lebih dahaga daripada sebelumnya. Apakah akan ku terjah perangkap itu berkali-kali? Oh,tidak. Mukmin tidak akan terperosok dalam lubang yang sama dua kali. Begitu maksud sebuah sabda. Justeru? Cukup sekali!

Biarlah musuh itu ketawa sepuas-puasnya. Beban rasa ini biarlah aku letakkan. Tidak akan ku bawa dalam safar kehidupan yang pendek ini. Hidup terlalu singkat untuk membenci. Bermusuh dengan orang lain, sama seperti bermusuh dengan diri sendiri. Memaafkan orang lain,sama seperti memaafkan diri sendiri. Kata bijak pandai:

"Apa yang kita berikan akan kita terima kembali"


Ah, betapa leganya sekarang...Benarlah bahawa kebaikan itu tampak sukar untuk dilaksanakan. Pahit. Sakit. Tetapi apabila dilaksanakan akan terasa kemanisannya. Manakala kejahatan itu tampak mudah, indah dan manis. Namun apabila dilakukan, pasti ada kekesalan, kepahitan dan keresahan. Ketika ini terasa benar apa yang selalu didengar di dalam tazkirah - yang punya tabsyir dan inzar - bahawa dosa itu sesuatu yang meresahkan. Dendam itu dosa. Memaafkan itu pahala. Memaafkan menjemput datangnya 'syurga' yang fana, sebelum syurga yang baqa'.


Kini hatiku tertanya-tanya lagi...siapa aku, yang begitu sukar memaafkan? Tuan? Tuhan. Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta itu Maha Pemaaf, Maha Pengampun, siapa aku yang kerdil ini untuk terus berdendam? Ya ALLAH, ampunkan aku. Sengaja atau tanpa sengaja, sering atau kekadang...aku 'terlanjur' menumpang hak-MU..


wallahua'lam...

artikel ini saya ambil kerana ia amat menarik..sumber dari iluvislam
Read more

'Segalanya Milik Mu'

Read more

'5 Craziest Hotels in the World'


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah sudah 11 hari berpuasa(^_^)
agak lama tidak menulis...dan berkongsi ilmu dengan sahabat...
kali ini..kita akan berjalan untuk memilih tempat untuk berehat....
agak2 antara hotel yang ada ini.. mana satu yang sahabat rasa nak menginap yer....(^^,)

nie sape yang suke nail flight...hehe

yg nie untk sape suke tmpt tggi kot

untuk yang suke dengan air boleh dtg sini..hihi

untuk yang suka dalam gua....

berminat dengan haiwan..kat sini yer..



agak2 yang mana satu korang suka yer?(^_^)
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries