'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Sembahyang Akhir Waktu'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang kita yea

Jika berpuasa,
Amalan kita direct terus padaNya
Tapi,
Jika bersembahyang ada posmen pula untuk hantar amalan kita padaNya

Kisahnya.....
Setiap kita ada malaikat, malaikat yang hantar amalan sembahyang kita pada Ilahi

Untuk sampaikan amalan kita, Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol, kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu, Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan untuk dinilaikan

Tapi, Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga, Tapi sekatannya
MasyaAllah....

Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan
Tetapi... penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi
Maka..
Jatuh berderai...
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..
Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La.... Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai....
Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi
Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga
Maka...
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish....
Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah...
Ampunkan kami...
Kerana lalai melewatkan suruhan dariMu...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
Lagi Maha Penyayang

Amin...

wallahua'lam...
Read more

'Penawar Sepi'



Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





di kala sepi
aku terkenangkan dirimu
ingin kuluahkan apa yang terbuku
ingin kulontarkan sedih dan benci
aku ingin belajar menyayangi
ingin kuhias dengan tawa senda
walaupun sekelilingku kesepian
jangan tinggalkan aku sendirian
walaupun kini aku keseorangan
iringilah daku dengan senyuman
yang terpahat selamanya dalam ingatan
menjadi perangsang serta azimat
bicaralah padaku kata kata hikmat
agar aku sentiasa beringat
kasihmu menjadi perangsang
sayangmu menjadi pendinding
pada hati yang setia menunggu
penawar sepi di kala sunyi


"Ya Allah berilah aku kekuatan..
tabahkan lah diriku ini..
untuk menempuh semua ujian dariMu.."


-wallahua'lam...-


Read more

'Comey'

Read more

'Bisikan Nurani'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah..seandai telah Engkau catatkan,dia milikku tercipta buatku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagiaan antara kami.. agar kemesraan itu abadi...




Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi…
perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini

-inteam-


-walau telah bertahun lalu ia diberi..
tetapi hari itu tetap segar di ingatan..-

hanya padamu Ya Allah aku memohon..
berilah kekuatan pada diri ini untuk terus tabah
kuatkan lah hati kami untuk menempuh semua ujian yang datang..

wallahua'lam...

Read more

'Syukran Teman(^_^)'



lagu nie nisa yang bagi... dia nak nyanyi untk saya.. tapi disebabkan saya tidak dapat untk mndengar nyer kerana ada sdikit masalah teknikal.... nisa bagi lirik kat saya... thankz yer nisa... sayang kamu juga....

Constant as the stars above
Always know that you are loved
And my love shining in you
Will help you make your dreams come true
Will help your dreams come true
The lamb lies down and rests it head
On its mother's downy bed
Dolphin plays in the moonlight's glow
And butterfly dreams of a violet rose
Dreams of a violet rose
I'll cradle you in my arms tonight
As sun embraces the moonlight
The clouds will carry us off tonight
Our dreams will run deep like the sea
Our dreams will run deep like the sea
Constant as the stars above
Always know that you are loved
And my love shining in you
Will help you make your dreams come true
Will help your dreams come true
sayang nisa juga...(^,^)
Read more

'Kekal Abadi'


Bismillahirahmanirrahim..


satu masa nanti kita pasti dirisik
pertunangan sejak azali
dihujung hidup berkahwin dengan maut
hantarannya sakit dan nazak
tamu hadir menghadiahkan tangis
pengantin dimandi dan dipakaikan baju putih
wangian gaharu
pengantin bersanding sendirian
diarak keliling kampung
berkompangkan azan dan kalimah kudus
aqadnya talkin
berwalikan liang lahad
bersaksi nisan-nisan
siraman mawar keluarga
malam pertama bersama kekasih yang dindingnya tanah
dan menuntut janji perkahwinan kullunafsin zaiqatul maut..
wallahua'lam...
Read more

'Talian terus,tanpa Operator tanpa Perantara,tanpa bil..'


Bismillahirahmanirrahim..

Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini:

Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah".

Tekan 1 untuk 'meminta'.
Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'.
Tekan 3 untuk 'mengeluh'.
Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'."

Atau....

Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:

"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."

Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini:

"Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,

Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail,
Tekan 2. Dengan malaikat lainnya,
Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu,
Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silahkan tunggu sampai
Anda tiba di sini!!"

Atau mungkin juga Anda mendengar ini :

Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."

atau...

Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."

Alhamdulillah... Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!

Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pernah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi.

Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434

2 : solat Subuh
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya

Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483

2 : solat Subuh
8 : solat Dhuha
4 : solat Zuhur
4 : solat Asar
3 : solat Maghrib
4 : solat Isya
8 : Solat Tahajjud atau lainnya
3 : Solat Witir

Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"

"Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil."

Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian penting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!

Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya

Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut"

7 Kalimah ALLAH:

1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.


wallahua'lam..

Read more

'maafkan diri ini akhi...'

Bismillahirahmanirrahim..

"maafkan ila yer akh....."

sedang berbual dengan seorang teman petang tadi...
saya mendapat panggilan dari seseorang.. pada mulanya berasa pelik juga apabila dia menelifon.. tetapi saya angkat...

setelah selesai bercakap dengannya.. baru saya tahu.. apakah sebabnya... saya meminta sedikit masa untuk memberi jawapan atas pertanyaan akh tersebut.. setelah berbincang dengan ayah, mak dan kakak.. serta bertanya kepada teman2 yang ada.. saya menelifonnya dan memberi jawapan...

"akh..insya-allah ila boleh turut serta.."
"alhamdulillah " katanya..dan memberi tahu saya sedikit maklumat yang perlu dihantar...

setelah selesai semua apa yang diperlukan..saya berasa sangat gembira kerana akan dapat mengikuti program tersebut pada hujung minggu ini..

tak sabar rasa nak balik... nak merasai suasana program tersebut... tentu banyak ilmu dan manfaat yang akan dapat diperolehi... memang teringin sangat nak mengikutinya... setelah mendengar dan membaca pengalaman orang yang pernah mengikutinya.. ia sangat bagus..dan saya mesti pergi.. tidak boleh melepaskan peluang yang diberi ini..

sedang saya mengadap buku untuk esok hari.. teman yang akan pulang bersama datang ke bilik... "ila,rasanya saya nak balik sabtu malam lah.. ahad boleh rehat.. tak jadi balik ahad malamlah..bolehkan..?'

saya terdiam.. mendengar apa yang teman saya katakan.., "balik sabtu malam?, ahad malam x boleh ker awk?.. saya ada program sampai ahad petang.. saya nak join sangat program yang saya cerita kat awk dlu.. boleh tak kita balik ahad malam jer?

"sabtu lah yer.. kalo ahad malam.. awak balik sendiri lah... saya tak dapat nak teman.." teman saya berkata..
"okeylah kita balik sabtu malam.." akhirnya saya memberi jawapan..

saya jadi bersalah.. apa yang saya nak buat.. tadi petang dah bagi tahu akh... nak join sekali.. nie tetiba plak tak jadi.. nak cakap macam mane... marah ke tak dia nanti... saya jadi rasa bersalah sangat sebab dah menyusahkan orang lain.. kerana keputusan saya tadi terpaksa saya batalkan...

saya tak tahu nak bagitahu mcm mane kat akh yang tak dapat pergi.. setelah bertanya kepada seorang kakak yang comey.. adik yang manja..dan seorang teman.. barulah saya berani untuk memberitahu akh.. saya beranikan diri menelifon..

alhamdulilah panggilan di jawab dari sana... saya memberitahu masalah yang dihadapi.. sebab kenapa saya terpaksa tolak untuk tidak pergi.. "maaf akh.. ila tak dapat nak pergi...... sebab....maaf yer..", alhamdulillah akh tak marah...

tapi saya rasa bersalah sangat dah menyusahkan dia.. tentu kelam kabut jadi nak cari pengganti.... waaa.. mohon maaf... sebab dah menyusahkan... segan sangat rasanya lepas tu.. banyak sangat perasaan ada.. macam2 rasa... segan.. malu.. bersalah... huhuhu...

selepas selesai.. saya memberitahu akak comey keputusan.. akak comey kata "okey lah.. akh tak marahkan..dia kan okey..=).. nanti kite p yang ari sabtu nyer prog jer okey..".. huhu..k akak comey.. ila rasa segan nak pergi.. adik yang manje pun ajak perg.. tapi dik,, akak segan dah.... teman saya tanye gak.. saya kata insya-allah... wallahua'lam.. tak pasti lagi..

apa pun.. akak comey.. insya-allah ila msg akak bagi tahu kakak comey nanti.. mmg nak pergi juga.. dah itu kita nyer cadangan kan kakak comey.. (^,^) insya-allah.. kalo ila rasa berani.. hikhik.. untuk adik yang manje.. kalo kak ila pergi.. dapat lah kamu hadiah yang kak ila janji okey.. doakan yer dik..kak tak segan.. hehe...

trima kasih yer pada sume yang dgr ila membebel tadi.. lagi2 teman saya yang kena dgr saya membebel.. nasib lah dia tak marah.. tu pun dia nak pok dah..hikhik..syukran2.. lagi2 untuk kakak comey dan adik2 saya yang manje sume.. yang dengar tadi juga... maaf kan akak juga yer...

last sekali.. mohon maaf kat akh.. ila dah menyusahkan akh... jadi kelam kabut mungkin.. harap akh beri peluang untuk ila sekali lagi ikut prog tersebut..

"maafkan ila yer..akh..."huhu...

-ngantuk nak tdo dah..kerana rasa bersalah..entry nie tercipta..waahhhh-
Read more

'Fahami Erti Cinta'



Setiap insan mempunyai penghayatan berbeza tentang maksud cinta.Tetapi ada juga yang tidak tahu mengenali cinta yang datang itu...


Cinta...

1.cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta

2.apabila manusia gagal mencintai Allah,maka cinta sejati tidak akan ditemuinya

3.kamu silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta

4.cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap,perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang bukan daripada kata-kata bermadah walaupun terlalu indah

5.orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaan sendiri

6.cinta memerlukan keikhlasan,kejujuran.hanya dengan keikhlasan dan kejujuran cinta sejati dapat dibentuk

7.kamu sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya kamu mengatakan sering gagal dalam percintaan

8.kecatatan cinta bukannya terletak atas sebab "cinta itu buta" tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta

9.kamu adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya kamu sering mengucapkan "aku cinta padamu" dan "adakah kau mencintaiku"

10.cinta adalah anugerah Allah,nereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang


jadi terpulanglah kepada diri masing-masing untuk mentafsirkan apa erti cinta..(^_^)

wallahua'lam...
Read more

'Cara Sihat Tambah Berat Badan'


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Dalam kehidupan masa kini.ada sesetengah orang yang risau apabila dirinya terlalu kurus.
Sebab bile terlalu kurus ia senang mendapat penyakit,bukan orang yang terlalu berisi senang dapat penyakit,orang yang terlalu kurus pun mudah.Ia berlaku mungkin kerana genetik pada diri yang memang akan kurus,mungkin juga kerana masalah terhadap penyerapan dan pencernaan makanan atau disebabkan jumlah pengambilan kalori serta zat dalam diet pemakanan yang tidak lengakap.


Jadi bagi yang kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu..antara perkara yang kamu boleh buat untuk berusaha menambah berat badan :


1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian
-caranya-
-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti


2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari
-caranya-
-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.

3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari
-caranya-
-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.

4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi
-caranya-
-minum satu gelas susu pada setiap hari,roti atau telur separuh masak.hindari makanan yang mengandungi banyak lemak

5.Melakukan senaman secara teratur
-caranya-
-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan


6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi
-caranya-
-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.


7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia
-caranya-
-lebihkan pengambilan hidangan bagi setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dalam makanan



8.Sokongan makanan tambahan
-caranya-
-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil


jadi kepada yang terlalu kurus boleh cuba amalkan..mane tahu menjadi ker... hehe..sumber nie saya dapat dari majalah dara.com...


jom kita tambah berat badan lg...hehehe....(^,^)
Read more

'rindu..'



deru angin malam ini
seolah sengaja mewujudkan rindu
perasaan yang selama ini
kusembunyikan dari fikiranku
deru angin yang beralun ini
menyentuh lembut kulitku
membuatkan jiwa ini bergelora
lantas mengenangkan dirimu
mengapakah ini yang kualami
adakah ini dikatakan cinta
adakah ini yang dikatakan kasih
ya Allah berilah diri ini kekuatan
tabahkanlah hatiku ini
hanya mu ya Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untukku

Read more

'kenyataan hidup disebalik permainan'



Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!



"Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkanseperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.



Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi keranaterus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.



"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."



"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.



"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" Murid-muridnya berpikir. Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat, dan lain-lain.



Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet . "Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.



"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."



"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "



"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".



"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...



RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR KITA SEMAKIN TERANCAM!



UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!



YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM.. AMIIINN...

wallahua'lam...
Read more

'kita bertanya..?'

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3 -


KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216-


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286 -


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?


QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139 -


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45 -


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu ' min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111 -


KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129 -


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB :
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12-


wallahua'lam...

untuk diri ini...
Read more

'hari kiamat semakin hampir'

1) Penaklukan Baitulmuqaddis.Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari


~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilahkiamat akan datang."

- Sahih Muslim

~ dah nampak dah...


3) Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka". Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita"
- Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...


4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...


5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalamtetangga."

- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...


6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran"

- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
- Riwayat Thabrani~

George Bush, Ariel Sharon....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialahmanusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yangdikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda² telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...


10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan sabit."
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...


11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamudengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernahdidengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"
- Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksianpalsu & disembunyikan kesaksian yang benar."
-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai²"
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...

wallahua'lam...

-email dr seorang sahabat-
Read more

'teman(^,^)..'



ya Allah,
sahabatku ini temanku
mesra kami penawar duka
rindu kami menambah cinta
rajuk kami membuah ceria


ya Allah,
silaturrahim kami ukhwah fillah
bermusuh kami na'uzubillah
berpisah mati,insya-allah


ya Allah
sahabatku ini temanku
rahmati kami meniti usia
terpisah kami di alam nyata
temukan kami di taman syurga..

amin...
Read more

'selamat hari bapa'


setiap insan pasti mempunyai seorang ayah..
tapi mungkin ada yang telah pergi menemui ilahi..
pada yang telah tiada...kita doakan semoga rohnya akan sentiasa dirahmati Allah S.W.T
pada yang masih ada..hormatilah ayah kita..sayangilah selagi masih berpeluang...
ayah penat bekerja untuk mencari rezeki menyara keluarga..
tentu penat mereka..bekerja setiap hari..
dari pagi ke malam...kadang- kadang sampai ada yang tidak pulang..
bekerja lebih masa atau bekerja di tempat yang jauh..
hanya kerana ingin mencari sesuap rezeki yang halal..
untuk diberi kepada keluarga yang tercinta....


saya sayang ayah.....
saya sayang emak....



'Bicara Ayah'


putera dan puteriku
maafkanku
andai ku bawa kau ketengah lautan
menebar jala-jemala
merawan ikan-ikan
mengait buih-buih gelombang

jangan kau kesal
kalauku jemur kulit halusmu
di tengah permatang
tika mentari memijar rakus
di perut awan
sedang kau bergelut lelumpur hanyir
memerah keringat cair

andai pagimu masih lena
maafkan ku kau dikejutkan
dengan tarikan gerbang usang
kita bekalkan sebuah kandil
menyuluh pepohon getah di hujung simpang

(lupa dapat kat mane..hehe..maaf ya..
bukan hakcipta..sebagai simpanan)
Read more

'ungkapan berhikmah dari Nabi Isa a.s'



Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 hari iaitu :
  1. hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak akan ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula
  2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak
  3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 saat iaitu :

  1. Saat yang telah berlalu (semalam)
  2. Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menemuinya lagi atau tidak
  3. Oleh itu saat yang mana kamu berada di dalamnya maka hendaklah kamu pergunakannya dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja sedang kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 nafas iaitu :

  1. Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang menyedut udara anugerah Allah
  2. Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak
  3. Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan kamu tidak memiliki kecuali satu nafas itu sahaja serta tidak ada satu hari atau satu saat pun.Oleh kerana itu kamu mestilah segera memanfaatkan nafas yang satu ini sebelum ianya hilang.Bertaubatlah pada kesempatan yang kamu ada ini sebelum ajal datang menjemputmu.Amalan yang paling utama ialah dengan menjaga semua waktu sedang kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya mereka-mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah merugikan umur mereka sendiri.

-diari islamiah-

Read more

'janji..'


Dalam hidup ini,tentu ramai yang mungkin akan mengeluarkan kata janji kepada seseorang atau sesiapa sahaja..tetapi adakah janji yang kita ucapkan dapat kita tunaikan..dapatkah kita laksanakan semua janji yang kita berikan..tentu sedih apabila ada yang berjanji dengan kita tapi tidak mereka tunaikan..pasti akan berasa kecewa...tapi apa yang kita rasa bila kita pula yang tidak tunaikan janji pada orang lain?


  • jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji
  • jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram atau melakukan sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan

  • jangan membuat janji sekiranya diri berada dalam keadaan tergesa-gesa

  • sekiranya anda telah berjanji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggar janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar

  • jika kita berjanji dengan anak-anak untuk memberinya sesuatu maka janji itu wajib ditunaikan.'Abdullah Ibn 'Amir meriwayatkan suatu masa semasa kecil ibunya telah memanggilnya dan berjanji akan memberinya sesuatu.Rasulullah s.a.w yang kebetulan berada di situ terus bertanya,"Apa yang kamu niatkan untuk memberi kepadanya?" jawab ibu 'Amir,"sedikit buah tamar." Sabda Rasulullah s.a.w."Sekiranya kamu tidak memberikan kepadanya maka dosa berjanji dusta akan dicatatkan untukmu"-diari islamiah-

Read more

'Menanti Kepastian'

puasku menanti
sebuah kepastian
kukumpul segenap ketabahan
di kota yang mencabar ini
di sebalik senyum tawaku
tersimpan bicara pilu
mendendangkan lagu-lagu semalam
yang terpaku di dada
bagai mega turun semalam
di bibir pantai sepi
terselit mata air yang jernih
mengalir membasahi pipiku
mewarnakan hari semalam
yang padu di kalbu
kini hatiku kembara
dalam kesengsaraan waktu
memburu sebuah bahagia
bersama hari esok
yang bakal kutempuhi
agar terlepas dari penantian ini
Read more

'Erti Sebuah Penantian'

Ku menafikan kehadiranmu
Setiap saat dan waktu
Hanya satu tujuan iaitu...
Untuk bertemu denganmu
Tapi...
Apakah yang aku dapat?
Sebuah penantian yang tak pasti
Dalam masa yang sama
Tiba-tiba...
Butiran jernih gugur
Dan membasahi pipiku
Akibat daripada penantian ini
Adakah pengorbanan ini
Satu penyesaian bagi dirimu?
Kelukaan ini masih berterusan
Sampai bilakah aku akan terus begini...
Saat kau buat aku terluka
Tapi hati berkata
Tiada yang terbaik darimu....
Read more

'Telah kutemui jawapannya'

di persimpangan itu
ketenangan menjauh
aku dicengkam dilema
kurenung dada langit
awan putih berarak sepi
yang tinggal hanya ungu..
bayu mengucup wajahmu
kutanyakan
namun hanya membisu
tanpa haluan yang pasti
aku melangakah
ke daerah asing...
dalam keletihan itu
kusedari sebuah batu
terdapat di gigi pantai
aneh!
kepejalan objek ini tak dapat kurasa
malah memebuatkan ku terlena syahdu
oooh!
di sini kedamaian mengalir
bersama birunya laut...
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries