Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Masa yang bergerak seakan tidak terasa, hampir 6 bulan sudah berlalu di dalam tahun 2011 ini. Pelbagai perkara yang berlaku dan terjadi, ya! saya akan terus mengalami pelbagai lagi perkara , ujian , dugaan yang saya sendiri tidak tahu apa yang bakal saya lalui.
masa yang telah berlalu, akan menyebabkan banyak perkara yang berubah. Perkara yang adakalanya kita sendiri tidak tahu. Keadaan dan masa dapat melakukannya. Seorang hamba Allah tidak akan dapat berubah jika bukan diri sendiri ingin berubah.
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali
kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11
ya, saya sudah banyak berubah, saya sudah tidak sama seperti dahulu, masa, keadaan dan apa yang telah berlaku membuatkan saya berubah. Masa yang berlalu, akan banyak mengajar kita banyak perkara. Saya cuba untuk menerima segalanya dengan redha dan tabah. walaupun adakala saya rasa tidak mampu.
Setiap insan ingin berubah kepada lebih baik, ingin semakin dekat kepada Allah, ingin semakin hampir denganNya. saya juga ingin dekat denganNya.. ingin sentiasa rindu padaNya. Ingin bertemu denganNya.
Tapi saya tahu, adakala, iman saya jatuh, adakala ia turun dan saya akan melakukan kesilapan. Ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini. saya masih tidak kuat untuk melaluinya.. Tapi saya yakin, diriMu sentiasa memberi peluang kepada diri ini untuk sentiasa bersamaMu Ya Allah.
Apabila seseorang ingin berubah, pasti akan bertambah lagi ujian dan dugaan dariNya.. Allah ingin menguji, ingin lihat kekuatan, kesabaran dan segalanya supaya saya semakin hampir denganNya.. kerana saya tahu Allah sayang dan ingin saya semakin dekat denganNya. alhamdulillah..
Buat teman, sahabat, dan yang mengenali diri ini, saya ingin memohon maaf, andai selama mengenali kalian, telah ada yang dilukai. Saya pasti, tentu ada kesilapan yang telah dilakukan, saya manusia biasa, adakala akan melakukan kesilapan. Maafkan saya.Maafkan diri ini.. Saya akan cuba untuk tidak menyusahkan kalian lagi. maaf..
Terima Kasih, kerana sudi mengenali diri ini, berkawan bersahabat membantu dan segalanya. Maaf, saya memang telah banyak berubah, jika perubahan saya ini ada yang tidak boleh menerima, saya tidak mampu untuk membuat kalian memahaminya. Tetapi saya perlu untuk melakukan semua ini. Saya perlu mencari kekuatan untuk diri saya.
Ya Allah, hanya diriMu mengetahui segalanya apa yang ada di dalam hati ini, apa yang ingin kulakukan dan segalanya yang kurasai. Kuatkan diri ini, teguhkan iman ku, tabahkan dan redhakan hati ini menerima segala ujian dan dugaan dariMu Ya Allah..
wallahua'lam...