'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~ Ujian dari Allah S.W.T ~

Read more

~ Sahabat Setia ~

Read more

♥ Setia Itu ♥

Read more

♥ Selamat Hari Lahir to Me ^__^ ♥


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah s.w.t, untuk terus bernafas di muka bumi ini..
23 April 2013 cukup umur saya 25 tahun ikut kalendar orang putih... ( dah semakin tua rupanya saya ni >_
Terima kasih buat Family dan insan tersayang ♥ dan juga buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya .. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dariNya hingga akhir hayat..

Semakin meningkat umur saya, bermakna semakin pendek dan hampir saya untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa. 



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.Amin Ya Rabbul Alamin.



Read more

~ JANGAN Degil Wahai Muslimah ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





~ .. Bagi yang masih DEGIL untuk DELETE gambar yang DEDAH aurat dalam FB dia tu .. TOLONG beri PASSWORD FB pada 'waris'.. kerana ajal maut itu RAHSIA Allah .. Bila-bila masa saja NYAWAmu akan TAMAT .. Bolehlah si 'waris' tolong PADAM gambar-gambar tu kelak .. Kalau tidak SEPANJANG masa kamu akan diAZAB dalam KUBUR kerana SETIAP mata yang MEMANDANG gambar tersebut kamu akan menerima BALASANnya .. BerINGAT sebelum terLAMBAT ..~

>TengkuYusuff<
Read more

~ Aturan Allah ^_^ ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





~Dalam aturan Allah itu ada rahsia.
Rahsia yang kadang tidak terfikir di akal.
Rahsia yang akan hanya terbongkar di masa depan.
Jawapan kepada soalan “kenapa” itu,
akan hanya terjawab kelak.
InsyaAllah~

Wallahu'alam ^_^

Read more

♥ Warkah buat Suami ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Suami, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,

Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, 

Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh



************************
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Read more

' 5 Perkara Wanita Inginkan dalam Perhubungan'

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap wanita dambakan suami atau kekasih yang benar benar memahami diri mereka. Ini kerana wanita memang dilahirkan dengan sifat manja, mahukan perhatian dan sebagainya. Tambahan pula jika mereka datang bulan, wanita akan lebih bersifat pemarah, walaupun dengan suami sendiri.

Jadi sebenarnya, apa yang wanita inginkan dalam perhubungan ? Jom kita bedah siasat faktor faktor ini :


  • Perhatian
Perkara yang selalu diabaikan pihak lelaki. Wanita suka apabila suami atau kekasih mereka sentiasa berhubung dengan diri mereka,walaupun untuk benda yang ringkas seperti SMS memberitahu hendak bermain futsal, keluar makan dan sebagainya.
Lelaki harus ingat, sesibuk mana pun anda ,ingat jangan sesekali lupakan isteri anda ok ?  Wanita juga mendambakan ekspresi cinta dari pihak lelaki. Jadi selalulah ucapkan kata kata manis kepada isteri anda ok ^^
  • Protektif
Lelaki yang protektif sangat disukai oleh wanita. Protektif tidak hanya bermaksud melindungi secara fizikal, malah nasihat seperti selalu makan sayur , jaga kesihatan malah nasihat keagamaan seperti jaga aurat dan sebagainya sangat disukai oleh wanita 
  • Jujur
Siapa suka dengan teman yang tidak jujur dan sering menipu ? Perempuan sangat pantang jikalau dapati teman lelaki atau suami mereka tidak jujur walaupun perkara itu sangat remeh !
  • Romantik
Ramai pasangan suami isteri ,apabila sudah berkahwin, sangat jarang melakukan aktiviti bersama sama . Ini termasuklah makan di luar bersama sama, menonton wayang, atau berjalan- jalan di taman dan sebagainya.
  • Shopping
Semua orang tahu wanita memang suka bershopping. Lelaki yang prihatin akan sentiasa melayani kehendak wanita ini. Bukanlah bermaksud mereka mahukan anda keluarkan duit, cuma cukup dengan menemani mereka dengan sabar 

sumber : Teman
Read more

"Simple Giveaway & Contest by MSH Productions"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Jom!! Join contest nie.. Tak susah pon.. sangat senang jer.. Cepat KLIK 'link' kat bawah ini.. ^_^


Giveaway ini akan berlangsung bermula 5 April 2013 sehingga 30 April 2013.. Masih ada peluang lagi...  Jangan Lepaskan peluang.. Jom sahabat-sahabat ^__^

Hadiah menarik menanti Pemenang... Meh sini tengok.. =)

 Top Referral 
1st  Cash RM 50  
2nd  Cash RM30

 Hadiah Random
Domain (com/net/my) x 3 (Saidatul Qifayah)
Topup/Cash RM5  x4  Pemenang (Saidatul Qifayah)
Tudung Bawal Plain x 3 Pemenang (Saidatul Qifayah)
Blog Review x 4 Pemenang (Saidatul Qifayah)
Ruang Tapak Iklan x 3 Pemenang (Saidatul Qifayah)
Blog Review x 3 Pemenang (Waney Redza)
Topup/Cash RM5 x 2 Pemenang (Waney Redza)  
Ruang Tapak Iklan x 2 Pemenang ( Adam Faiz)
Tudung Shawl  x 2 Pemenang (Erny Nur Aiman)
Voucher Lens RM10 x 2 Pemenang (Nur Mahirah)
Bloglist 1 Bulan x  5 Pemenang (Nur Mahirah)    
Custom Header x 1 pemenang (Maya Izara)
Header Animated x 1 Pemenang (Fiqa Nsz)
Blog Review x 3 Pemenang (Nur Izati)
Bloglist 1 Bulan x 5 Pemenang (Nur Izati)
Topup RM5 x 2 Pemenang (Iqa Syafika)
Bloglist 1 Bulan x  3 Pemenang (Nur Asma)  
Topup RM5 x  2 Pemenang ( Radhiah Ilyas)
Shawl pashmina x  2 Pemenang ( Nur Illa)

Semoga ada yang memperolehi Kemenangan dalam Giveaway nie.. ^_^ Chaiyok!chaiyok! 
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries