'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

~ IceCream Gulung ^_^ ~

                            Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

     IceCream Gulung! Alhamdulillah dapat merasainya pada Ahad lepas 141214. Tetiba menjadi popular di newsfeed FB saya, disebabkan nampak menarik terus Google tempat yang paling dekat ada jual. Dekat FB yg popular kat Pulau Langkawi IceCream Gulung, tak kan saya nak pergi Langkawi semata2 >_< . 

    Dekat Google masih tak banyak lagi yang cerita tentang IceCream Gulung kat Malaysia, jadi sedikit maklumat yang saya dapat dan saya lihat sendiri cara membuatnya semasa membeli =D, ia di buat daripada adunan cecair perisa vanila dan puri buah-buahan yang digaul menjadi IceCream.

     Perisa bagi IceCream nie ada beberapa jenis yang disediakan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi , nenas dan durian belanda. Cara pembuatannya, puri buah dan adunan vanila tadi digaul/goreng kemudian diratakan nipis atas kuali bersuhu sejuk beku 30 darjah celcius. Dalam tempoh beberapa saat ( tengok kelajuan pembuat menggoreng mungkin Hehe) adunan tadi akan menjadi IceCream dan kemudian digulung..

    Setiap adunan akan dapat dalam 5 gulung IceCream, lepas itu pelanggan boleh pilih kacang, coklatChip, kismis, coklatCair, marshmallow dan pelbagai lagi penghias tambahan untuk bagi IceCream bertambah sedap.. Hee ^_^

    Oh yea, selain Pulau Langkawi, ada 2 tempat yang boleh dapat IceCream Gulung ni, sekata Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak dan Downtown The Mines, Seri Kembangan. Kalau ada tempat lain boleh bagi tahu saya yer.. =) harga IceCream nie dekat DownTown The Mines, Rm5 satu bekas ada 5 gulung IceCream with 3 Topping. 

     Rasa IceCream nie agak Manis, mungkin sebab campuran dari puri buah-buahan yang asli dan Vanilla buat ia bertambah manis. Saya order IceCream Gulung perasa Durian Belanda. Memang KAW rasa ORI Durian Belanda.. Hee.. 

    Kepada sahabat yang nak mencuba boleh cari kat 2 tempat nie. InshaAllah ada. Selamat Mencuba ^_~ 

Lain kali boleh datang untuk mencuba perasa lain.. InshaAllah.. 

Read more

~ Dip n Dip - a Taste Will Make u =) ~

                      Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

    Alhamdulillah , masih diberi peluang bernafas di bumi Allah S.W.T.  Agak sibuk dengan urusan kerja + klien. Tetapi akhir-akhir ni terasa rajin untuk buat review tempat2 makan yang pernah pergi. Tak kisah lah kalau dah lama pun kan.. Hehe.. (Ingat nak Diet >_< berjayakah kalau gini huu)

    Dip n Dip, semua makanan kat sini hampir kesemuanya asas adalah Chocolatez... Kalau tengok kat menu memang nak rasa semua. Tapi bagi saya kalau dan datang 2 orang. Cukuplah order 2 jenis sahaja menu dia. Saya yang hantu Chocolatez ini pun ada rasa sedikit muak bile makan terlalu banyak Chocolatez cair with Walfe or pizza or cake (macam2 ada lagi) Tapi, kalau tekak tu rasa memang boleh telan boleh order lebih.. Hehe...

    Dip n Dip kat Malaysia nie ada 3 tempat jer yang saya tahu, Curve Damansara, Bangsar dan yang baru buka kat IOI City Mall Putrajaya yang baru saya singgah tadi dengan ofismatez lepas habis kerja. Apa yang ada dalam IOI nie macam shopping compleks lain, masih ada kedai yang belum buka.. Tarikan yang ada kat IOI nie mungkin iceSkarting , District21 dan banyak kedai2 makan yang tak ada dekat Alamanda.

    Harga Dip n Dip nie agak mahal kalau bayar seorang Haha.. Jadi sy makan share dengan kawan. Sebab nak merasa kan, lepas nie mungkin cukup 365 hari baru boleh datang cube menu yang lain.. Huhu.. Makan tiap2 bulan nanti muak n pengsan nanti dengan Chocolatez.. Nie saya share antara gambar2 menu yang ada.. Oh yea gambar ehsan dari MrGoogle sebab tak semua menu sya order..

    Buat yang nak cube pertama kali, boleh ^_^, makan hari2 tak perlu kot. Tempat memang cantik.. Hee.. 


         
       
                             

           

                         

                         

   Dan ini menu yang saya order with ofismatez.. 2 jenis je itu pun nasib minum dengan air mineralWater  jadi kurang muak.. Hee.. 

                          
     Jadi kepada sahabat yang sume akan Chocolatez boleh pergi mencuba, tapi jangan order banyak2 jika pertama kali kat sini.. Takut tak habis, Membazir nanti.. Wallahua'llam..
Read more

~ Selamat Tinggal Semalam Yang Kelam ~

Read more

~ Pasta Express - Modern Western Cuisine ~

                         Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


      Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk bernafas merasai nikmat sementara di Dunia Allah S.W.T. ^_^. Agak lama mendiamkan diri tidak menulis memang terasa kekok dah.. Lepas nie saya akan cuba meluangkan masa untuk menulis kembali untuk menjadi kenangan buat diri.. =)

   Beberapa hari lepas pergi makan dekat Pasta Express di Shah Alam kedai dia baru buka rasa, tapi cawangan dia ada banyak. Ada dekat Putra Perdana, Bandar Kinrara, Taman Medan, Kelana Parkview, Taman Ttdi antaranya. 
 
    Dulu masa belajar dekat Kedah akan keluar dengan kawan2 cari kedai yang ChikenChop sedap, sampai ke Penang berjalan cari tempat makan best... Tapi bile dah kerja nie macam terbatas pula.. Huu.. Sepatutnya dah kerja lagi senang nak cari kedai makan kan.. Hehe.. Tapi bukan selalu, makan sendiri kat rumah lagi best!

   Kat kedai nie, menu Utama dah tentu makanan Western, jadi ada macam2 menu boleh pilih.. Dah tentu saya order ChikenChop =) , makanan tambahan hanya order KentangGoreng. Sebab takut tak habis makan seorang kan.. Harga kat kedai nie boleh kata Standart macam kedai2 lain. Nak datang makan sekali sekala okey lah.

        

    ChikenChop BlackPaper dia okey, tak terlalu pahit kuah BlackPaper tu, Kentang Putar tu agak lembut untuk bile makan =). Oh yea, sempena promosi sebab beli makanan lebih rm50 dapat IceCream percuma, ikut Pelayan kat kedai tu kata sebab tetiba dia hantar IceCream. Orang dah bagi tak kan kita nak Tolak Hee.. Alhamdulillah.. 

        

        Kentang nie tak rasa macam kentang yang beku macam beli kat kedai tu, Maybe diorang buat sendiri sebab rasa kentang tu lain skit.. 

                                                  
    Nie IceCream yang dapat Free katanya.. Sedap! Memang puas hati makan.. ^_^ 

   Jadi kalau yang nak mencuba makan kat kedai nie Okey, agak Sedap bg tekak saya.. Hee.. Wallahua'llam..  

#Rm50 (2setChikenChop,2set Air, KentangGoreng) murah ke mahal? ^_^ masing2 punye pandangan.. Hee
Read more

~ aku yang Terlalu Awal atau kau yang Terlalu Lambat ? ~

Read more

"Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Aku tidak meminta 
seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

-akuIslam-



Read more

'Jauh Atau Dekat Hatimu Dengan Tuhan? '

Read more

~ 4 x 4 Lembah Jemaloi - Talang ~

Read more

~ Semakin Kaku? ~

Read more

~Selamat Hari Lahir Emak♥~

Read more

~ Semakin Hilang >_< ~

Read more

~ Tips Perkahwinan : Matang Dalam Merancang Majlis ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Bercerita mengenai perkahwinan, pasti semua kita mempunyai niat untuk berkahwin. Namun, tidak ramai yang benar-benar merancang perkahwinan walaupun ia adalah salah satu faktor yang akan melancarkan majlis perkahwinan dan urusan berkahwin itu sendiri.
Untuk memudahkan proses merealitikan majlis impian bakal pengantin, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu dan bagaimana anda dapat menjadikan hari bahagia anda satu memori indah untuk seumur hidup pada harga bajet.

Merancang Belanjawan Perkahwinan
Wang yang cukup akan membantu melancarkan perjalanan perkahwinan. Hari ini semuanya memerlukan wang.Sebenarnya untuk berkahwin tidak ada bajet minimum yang diperlukan.Dengan bajet berapa-berapa sekalipun anda boleh berkahwin. Cuma, amat penting untuk pengantin berkadar dan ukur baju di badan sendiri. Jika bajet anda sedikit, rancanglah perkahwinan yang sederhana tetapi tetap meriah. Jika bajet anda lebih besar, buatlah seperti mana yang anda inginkan. Yang penting saiz dan persediaan majlis sepadan dengan bajet, barulah ia lancar.
Merancang belanjawan perkahwinan amat penting agar anda dan pasangan tidak menghadapi masalah duit atau dikejar hutang selepas berkahwin. Jangan terlalu terikut-terikut dengan trend semasa dan tertekan untuk menganjurkan majlis kahwin besar-besaran.
Perkara asas yang perlu anda lakukan adalah:
Letakkan sasaran perbelanjaan atau jumlah bajet yang anda boleh tanggung (mampu).
Target ini penting untuk anda maklum dan perlu diletakkan awal-awal agar bajet perkahwinan tidak melebihi sasaran atau belanja yang telah anda tetapkan berdasarkan kemampuan anda.
Tanpa meletakkan target besar awal, anda akan cenderung untuk berbelanja melebihi kemampuan. Ini disebabkan selain dari perbelanjaan besar seperti mas kahwin, hantaran, katering dan sebagainya, ada banyak perbelanjaan kecil-kecil yang jika tidak di kawal akan menyebabkan anda menanggung jumlah belanja kahwin yang besar sehingga menyebabkan aliran wang tunai anda tercekik.
Kita kena ingat, antara punca utama perceraian adalah masalah kewangan! Jadi jangan abaikan kepentingan merancang bajet majlis kahwin.
1. Sentiasa Berkomunikasi Dengan Pasangan
Anda mesti memastikan anda dan pasangan tiada masalah komunikasi. Berterus-teranglah mengenai expectation anda dan secara kasar mengenai bajet perkahwinan yang perlu dikeluarkan. Ini perlu dibuat bersama-sama agar kedua-dua pihak tahu dan menyumbang pendapat mengenai perkara yang perlu dibelanjakan untuk berkahwin.
Selepas itu, pastikan bahawa kedua-dua pihak berpuas hati dan perbincangan tersebut tidak didominasi oleh sebelah pihak sahaja supaya tiada perasaan tidak puas hati dan tidak ada perkara berbangkit selepas perkahwinan.Perbincangan ini penting supaya perbelanjaan dapat dikawal dan pembaziran dapat dielakkan.
2. Prioritikan Perbelanjaan
Jika anda mempunyai belanjawan atau duit belanja yang terhad, seeloknya pastikan bahawa anda benar-benar memperuntukkan wang anda itu kepada benda-benda yang betul-betul mustahak sahaja seperti khemah perkahwinan, katering, peralatan majlis kahwin dan juga jemputan walimatul urus.
Ini semua lebih utama jika dibandingkan dengan hiasan tambahan untuk pelamin bersanding,photographer, muzik dan sebagainya. Pilihan yang tepat mestilah dibuat agar bajet perkahwinan anda tidak melebihi daripada yang sepatutnya.
3. Bandingkan Harga Supplier
Sebelum anda menempah sebarang perkhidmatan atau produk untuk majlis bahagian anda, bandingkan terlebih dahulu harga yang ditawarkan daripada beberapa supplier. Pastikan terlebih dahulu kualiti perkhidmatan dan apa sebenarnya yang mereka tawarkan.
Tidak mengejutkan ada supplier yang menawarkan harga murah dengan mengurangkan perkara yang diberikan. Contohnya, ada katerer yang memberikan harga murah tetapi tidak menyertakan pinggan mangkuk yang sepatutnya ada di dalam pakej.
Tanyalah kepada kawan-kawan atau keluarga yang pernah menggunakan perkhidmatan supplier tersebut untuk menentukan kualiti perkhidmatan mereka. Pastikan juga yang harga yang ditawarkan masih dalam had perbelanjaan majlis impian anda.Jika pakej atau harga yang diberikan mahal dan wang belanja yang ada tidak mencukupi, prioritikan apa yang penting terlebih dahulu supaya bajet anda masih on-track.
Simpan semua resit bayaran untuk memastikan tidak ada supplier yang dibayar melebihi apa yang telah dipersetujui (jika deposit dan lump sum di bayar pada waktu berbeza).
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda merancang majlis impian tetapi pada masa yang sama menepati lunas-lunas yang dikehendaki agama.
sumber : iLi
Read more

~Adam, Kenalilah Hawa~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Adam, kenalilah Hawa. Tolong!”
Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.
Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.
-iLi-
Read more

~Monolog Cinta~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dia merenung dalam bait tinta yang ditangkap lensa miliknya. Sepasang mata yang bening itu bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu.
“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” – Ustaz A.Ubadillah Alias
Dahinya dikerutkan. Keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu yang mengusik perasaan.
“Cinta bukan tujuan. Tapi jalan. Cinta bukan matlamat. Tapi alat..” Bait tinta itu bergema dalam sanubarinya.
“Apa ertinya?” Dia bermonolog.
Lama dia merenung. Sesekali, dia menghantar pandangan ke luar jendela. Dia menatap ke arah langit. Cerah. Subhanallah, indah ciptaan-Mu – Burung-burung berkicauan, tanda bertasbih kepada-Nya. Sang unggas bernyanyi riang, tanda memuji kepada-Nya. Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud pada keEsaan-Nya. Dalam asyik dia merenung keindahan ciptaan Tuhan, ada sesuatu yang mengusik kalbunya.
Cinta. Ya. Dia tahu dia masih muda remaja. Dia tahu masih banyak tanggungjawab yang harus digalasnya. Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya. Dia tahu, umi dan abinya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dia tahu perjalanan hidupnya baru bermula. Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia. Dia tahu dan dia mengerti segala-galanya. Namun, entah mengapa setiap kali dia cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada, tiap kali juga dia kalah melawan perasaannya.
Ya Allah, begitu kuat rasa itu hadir ke dalam kalbunya.
Apa yang perlu dia lakukan? Langkah apa yang perlu dia aturkan? Strategi apa yang perlu dia rencanakan?
Segala-galanya kelihatan suram. Segala-galanya kelihatan tidak berjalan. Hatinya kembali rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan? Mengapa perasaannya seringkali kecundang? Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang dia fikirkan? Hati dan akalnya tidak sehaluan.
Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta yang melekakan. Dia hanya mahu lemas dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat dia mencuba, makin kuat pula dia diduga.

Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta yang bertamu dalam hatinya. Dia tahu, dia harus mengusir rasa cinta pada manusia. Mengusir cinta bukan bererti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga jarak antara dirinya dan dia. Hatinya cuma ada satu. Dia tahu, sakit rasanya apabila terluka. Pedih rasanya apabila kecewa. Pasti, dia akan berduka. Lalu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke mana.
Dia harus memilih. Ya. Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti? Mahu terus berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi? Dia sedar. Cinta manusia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah berpaksikan pada DIA Sang Ilahi.
Dia juga sedar, kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika iman tidak terus diasah, maka dia akan tersungkur rebah. Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus bergelumang dengan dosa. Jika ilmu-Nya tidak terus diteroka, maka dia akan terus terleka dalam arus dunia. Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh. Banyak lagi yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh.
Dia nekad. Segala rasa cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera diusir. Bimbang pula hatinya akan terus terusik. Kini dia memegang pada satu prinsip!
“Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu diasah. Maksiat itu perlu dicegah!”
Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah. Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…

-iLi-
Read more

~ Aku hanya Teluki ~

Read more

~ Kesetiaan ~

Read more

- Mati itu Pasti -

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries