'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Pertandingan Design 'Say No to Valentine's Day''

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


kali ini iLuvislam akan adakan satu lagi aktiviti untuk semua..^_^
siapa yang kreatif tu boleh join....

iLuvislam.com membuka peluang kepada sahabat-sahabat untuk menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan mereka bentuk design 'Say No to Valentine's Day' atau 'Katakan Tidak Pada Hari Valentine'.

Pertandingan ini dibuka kepada semua(termasuk krew iluvislam.com) dan pemenang(seorang bagi setiap kategori) akan menerima hadiah RM 100 dan langganan majalah daripada Karangkraf.


Kategori 1 (Testi/E-Kad)
Saiz design : 500px × 375px

Kategori 2 (Wallpaper)
Untuk kategori ini, peserta hendaklah menghantar 2 design, bersaiz :

1024px x 768px (Normal)
1280px x 960px (Wide Screen)

Kategori 3 (Poster)
Saiz Design : 24 x 36 inci
Poster berbentuk potrait

Syarat umum :

-Setiap design mesti diletakkan logo asal iluvislam.com dalam setiap design.
-Logo iluvislam.com tidak boleh diubah bentuk, kecuali warna logo.

-Design hendaklah dihantar dalam bentuk asal dan pdf file, samada :
-Photoshop(psd) file dan pdf file
-Illustrator(ai) file dan pdf

Tarikh akhir penyertaan adalah : 15 Februari 2010

Penyertaan anda perlulah dihantarkan melalui email kepada contest@iluvislam.com

Read more

'Majlis Pelancaran Rasmi Tabloid iLuvislam'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah akhbar iLuvislam telah dirasmikan pada 30 Januari 2010.. walaupun saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.. tetapi dari cerita krew iLuvislam yang lain.. ia amat menarik.. jadi saya nak tulis tentang majlis tersebut.. artikel ini saya ambil dari iLuvislam..

30 Januari 2010 (Shah Alam) - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah, telah melancarkan tabloid iluvislam secara rasmi sempena Karnival Karangkraf 2010.

Turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut adalah CEO/Managing Director Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) , Dato' Hussamuddin Yaacob, Presiden iluvislam.com, Encik Mohd Nurul Imran Koyube dan editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah Amir.



Go go go iluvislam! Dari kiri, Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iluvislam.com), YB Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Dato' Hussamuddin Yaacob (CEO KKSB), Datin (isteri YB) dan Puan Fouziah Amir (editor tabloid iluvislam)

Ia merupakan hari yang sungguh bersejarah bagi iluvislam.com, KKSB dan dunia dakwah di Malaysia.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Hashim Anang, Pengurus Hubungan Awan KKSB. Selepas bacaan doa oleh editor Majalah i, Encik Ahmad Yani, semua pengunjung berdiri untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan lagu Karangkraf. Kesemua hadirin kelihatan amat bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Ketika ucapan Dato' Hussamuddin, beliau menceritakan tentang pengalamannya mengenali iluvislam.com dan sebab-sebab beliau memutuskan untuk menerbitkan tabloid iluvislam. Beliau berkata, "usaha 5 anak muda pengasas iluvislam.com(dan krew-krew iluvislam.com) tidak mampu dilakukan oleh JAKIM yang mempunyai peruntukan RM 400 juta. Dengan ahli berdaftar seramai lebih 84,000 dan berjuta-juta 'pageview' setiap bulan, saya amat mengkagumi usaha mereka."

"Saya dah layari iluvislam.com dan ia satu usaha yang bagus. InsyaAllah saya akan menyertai salah satu program yang akan dianjurkan oleh team iluvislam.com pada pertengahan bulan Mac nanti," kata YB Dato' Saifuddin Abdullah kepada presiden iluvislam.com ketika mereka berjalan beriringan menuju 'booth' iluvislam untuk melancarkan tabloid.

Ketika pelancaran tabloid, YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menandatangani 'banner' perasmian dan beliau menerima cenderamata yang disampaikan oleh editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah.

Majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan ia diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Gaden Cafe Karangkraf.

Kami bagi pihak iluvislam.com ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua jemputan terhormat (YB Dato' Saifuddin Abdullah dan isteri serta lain-lain), pihak pengurusan KKSB, team event KKSB, krew-krew iluvislam.com dan semua hadirin yang hadir.

Sesungguhnya ia merupakan satu lagi nikmat yang Allah berikan dan kita semua wajib bersyukur dan terus bekerja keras untuk sama-sama berdakwah melalui 'platform' iLuvislam.

"Saya mahu tabloid iluvislam bukan sahaja diterbitkan setiap minggu, tetapi ia diterbitkan setiap hari kelak," itulah jawapan yang diberikan oleh Dato' Hussamuddin Yaacob apabila ditanya tentang visi beliau terhadap penerbitan tabloid iluvislam.

"Menjadi hebat bukanlah suatu pilihan oleh umat Islam. Ia adalah suatu kemestian kerana syurga itu hanya untuk mereka yang hebat. Maka, muslim perlu menjadi muslim yang super!" Pesan Mohd Nurul Imran Koyube kepada rakan-rakan iluvislam.com dan pembaca tabloid iluvislam.

wallahua'lam.....


Read more

' Selamat Hari Lahir Ayah ^_^ '

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Selamat Hari Lahir Ayah....^_^....
hari ini, 27 Januari adalah hari lahir ayah saya.. masih sempat untuk saya mengucapkan sekali lagi kepadanya di sini.. walaupun mungkin ayah tidak membacanya di sini.. hhihi...



pagi tadi setelah selesai solat subuh, telah menghantar mesej kepada ayah dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya... dan ayah membalas dengan doa kepada anaknya di sini.. terima kasih ayah.. ^_^

Semoga ayah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. kami semua sayangkan ayah dan juga emak.. terima kasih atas segala pengorbanan dan penat lelah selama membesarkan kami semua.. segala didikan dari ayah dan juga emak akan kami ingat dan pegang selamanya.. sayang ayah dan emak selamanya....


-kak long,kak ngah,abg wan,kak ira, adik awi-^_^

Read more

' Pinta Diri Ini... '

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah permudahkanlah urusan ku
Ya Allah berikanlah aku kekuatan
untuk menempuh cabaran tika dan saat ini
Ya Allah jadikanlah hambamu bijak membahagikan masa
Antara mencari ilmu, mengulangkaji ilmu,
mentelaah ilmu,mencari pengalaman
menjalankan tanggungjawab mencari kekuatan
dan mencari Keredhaan mu Ya Allah



Ya Allah tetapkanlah hatiku dan niatku
Menuntut ilmu hanya keranamu
Agamamu dan Bangsaku

Ya Allah jadikanlah ilmu yang kucari
Hikmah yang Kau beri kefahaman dan yang Kau campakkan
Dapat meningkatkan Iman dan Takwaku pada Mu

Ya Allah jadikanlah hatiku sabar dengan segala cabaran
dan masalah yang akan menimpaku
Jadikanlah ia satu hikmah yang bernilai bagi mendewasakan ku
Ya Allah berikanlah daku kejayaan
yang direhai oleh mu Amin ya rabbal alamin.....



wallahua'lam...

sumber:www.iluvislam.com


Read more

' Masa Terus Berlalu '

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah..hampir tiga minggu saya telah berada di utara untuk meneruskan pengajian setelah tamat pratikal.. banyak perkara yang perlu dilakukan.. ^_^ insya-allah minggu nie nak pulang ke kampung.. rindu sangat pada insan-insan tersayang di kampung....rindu sangat2 kat semua... tak sabar nak balik jumpa..

report, alhamdulillah sudah dihantar.. tetapi rasanya mungkin banyak perlu diperbetulkan semula.. huhu... apa pun kena tggu pensyarah yang menilai melihatnya terlebih dahulu.. insya-allah rabu ini mungkin temuduga untuk pratikal ari tu.. jika tidak jadi ganti minggu hadapan.. harap2 biarlah minggu nie.. cepat untuk selesaikan report pratikal...

kat kelas.. masih ada subjek yang belum belajar.. pensyarah masih ada yang sedikit sibuk lagi.. tetapi dah ada pensyarah yang telah memberi asgment.. dah ada lebih dari 5 asgment kot minggu nie dapat.. ( kena rajin buat ) ada kena hantar minggu nie.. dan ada kena hantr minggu depan.. tak pun minggu yang akan datang dan seterusnya.. apa pun masih risau dengan report pratikal.. masih belum disemak oleh pensyarah.. kena tggu sampai rabu ini... insya-allah... ( puan cepat2 yer tengok report saya..hihi )

apa yang menarik semester nie.. kelas kebanyakkan hanya pada waktu pagi hingga tengah hari.. waktu petang hanya ada 2 kelas sahaja.. iaitu pada hari ahad dan khamis.. yang lain semua sampai tengah hari.. ( best..^_^ ).. jadi banyak masa pada waktu petang ada.. cuma masa nie tak tahu nak buat apa sangat kerana penyakit malas masih ada skit lagi kan.. nak buat mcm ner.. ptikal lama sangat kan..( sape ada ubat..mehh bagi..hihi )..




hampir 3 mggu kat sini.. pelbagai perkara berlaku.. ada yang mengembirakan dan ada yang menyedihkan.. tetapi itu semua ujian dan dugaan.. adakalanya saya rasa tidak mampu untuk menerima semua itu.. tetapi saya harus kuat.. walau apa yang berlaku.. saya tidak boleh campurkan antara masalah dengan study.. saya perlu membezakan masa dan keadaan untuk memikirkannya.. masalah, dugaan dan ujian pasti akan di hadapi oleh setiap insan di muka bumi ini.. cuma bila dan dimana itu yang berbeza, samada banyak atau sedikit itu yang berbeza..

"Kita sering mahukan hari yang Cerah, tapi Allah lebih mengetahui, hakikatnya Hujan perlu diturunkan.. Kita sering inginkan Keseronokan, jauh sekali Kesusahan.. tapi Allah lebih mengetahui Kesusahan itulah yang mengajar Kehidupan.. Kita sering inginkan Ketenangan.. hakikatnya diri ini penuh Dosa dan Kejahatan.. tapi manusia tidak dapat lari daripada Kesilapan.. Semua itu bukanlah suatu Hukuman.. tapi sebagai tanda Kasih Sayang Allah agar kita lebih Hampir KepadaNya..."

terima kasih kepada teman yang sudi mendengar masalah yang saya hadapi.. dan atas kata2 semangat yang kamu berikan.. hanya Allah yang dapat membalasnya... ^_^ syukran

akhir2 ini saya jarang dapat menjalankan tugas di iLuvislam.. rindu sangat pada teman2 tersayang di iLuvislam.. tetapi, ada kerja2 yang perlu saya selesaikan sedikit terlebih dahulu.. insya-allah, setelah selesai semuanya saya akan melaksanakan tanggujwab dan amanah yang diberi.. terima kasih semua kerana memhami... ukhwah yang terbina antara kita semua amat bermakna.. banyak yang saya pelajari dan kamu semua.. sayang pada kamu...^_^

dan juga tugas di inspirasi.. isnya-allah, setelah selesai semuanya.. saya akan jalankan amanah yang diberi.. maaf kerana kurang membantu di inspirasi... harap akhi masih beri peluang apda saya di inspirasi...

syukran pada family dan teman2 yang memberi semngat dan sedikit kekuatan pada diri ini.. apa yang kalian berikan hanya Allah yang dapat membalasnya... sayang kamu semua... ukhwah fillah....

wallahua'lam...
Read more

'Kias Cinta'

Dengan nama Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang

seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia

-suhaimi-
Read more

'Apa Guna Iman Sekiranya Tidak Diuji'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

sumber : www.iluvislam.com

Dalam hidup ini kita terpaksa berdepan dengan dua situasi atau keadaan yang mana keadaan pertama dipanggil sebagai “hasanat” dan keadaan kedua dipanggil “as-Syiddah”.

Kedua-dua keadaan ini pasti akan dihadapi oleh setiap manusia.

Hasanat ialah segala kebaikan dan kesenangan yang menyenangkan hati manusia seperti diberikan tubuh badan yang sihat, mempunyai harta kekayaan yang banyak, mempunyai jawatan dan pangkat yang tinggi dan sebagainya. Hasanat inilah yang telah banyak menghancurkan iman manusia sejak zaman berzaman apabila ia tidak berjaya diolah dengan baik berdasarkan keimanan yang ada.

Sebagai contoh kita dapat lihat ialah bagaimana firaun yang telah diberikan kekuasaan dan kekayaan oleh Allah Taala lalu dengan kekayaan dan kekuasaan tersebut ia telah menderhakai Allah sehingga akhirnya dia telah dibinasakan oleh Allah akibat daripada sifat lupa kepada diri apabila memperoleh hasanat (kebaikan yang banyak).

Hasanat ini menjadi idaman setiap diri manusia akan tetapi apabila hasanat ini diberikan oleh Allah kepada manusia tidak ramai yang mampu mengolahnya dengan baik dan kebanyakan manusia tidak reti untuk bersyukur.

As-Syiddah pula adalah setiap kesukaran, kesempitan dan kesusahan yang menyebabkan hati manusia merasa berat untuk memikulnya dan merasakan tidak sanggup untuk berdepan dengannya seperti kemiskinan, ditimpa sakit, hilang harta benda, kematian ahli keluarga dan sebagainya.

As-Syyidah ini walaupun kita lihat ia sesuatu yang cukup berat untuk ditanggung tetapi sebenarnya ia lebih sedikit mendatangkan risiko terhadap iman manusia kerana kebiasaannya apabila ditimpa kesukaran dan kesempitan manusia menjadi mudah untuk mengingati Allah dan mengadu hal kepadaNya.

As-Syiddah ini tetap mendatangkan risiko kepada iman manusia sebenarnya kalau ia tidak berjaya diolah dengan baik namun risikonya kepada iman adalah lebih kurang sedikit jika hendak dibandingkan dengan hasanat yang sering kali menjadikan manusia lupa dan lalai kepada Allah. Lantaran itu, apabila kita meneliti sirah perjuangan Nabi s.a.w kita dapat melihat bahawa perjuangan Nabi adalah perjuangan yang dikelilingi oleh kesusahan demi kesusahan dan para sahabat yang mengikuti Nabi ketika itu bertambah secara mendadak iman mereka disebabkan As-Syiddah yang mereka hadapi.

Setiap kali ditimpa as-Syiddah pergantungan Nabi dan para sahabat kepada Allah semakin kuat serta mereka menyerahkan diri secara total kepada Allah Taala sebagaimana Firman Allah Taala dalam surah surah al-ahzab ayat 22 :



Maksudnya :

Dan pada masa orang-orang Yang beriman melihat tentera Al-Ahzaab, berkatalah mereka:" Inilah Yang telah dijanjikan Allah dan RasulNya kepada Kami dan benarlah (Apa Yang telah dijanjikan) Allah dan RasulNya". dan (angkatan tentera musuh Yang mereka lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah. ( 33 : 22)

Selagi mana nyawa di kandung badan maka selagi itu kita akan berdepan dengan dua keadaan ini yang menuntut kita untuk mengolah setiap ujian ini dengan baik berdasarkan iman yang ada. Sama ada kita berdepan dengan hasanat mahupun as-Syiddah maka gunalah iman untuk mengolahnya. Iman itu sangat berguna apabila kita diuji oleh Allah Taala kerana dengan imanlah kita mampu membawa diri menjadi individu yang sentiasa bersyukur dan mengharapkan RahmatNya.

Lebih baik kita diuji sewaktu hidup di atas muka bumi ini berbanding ujian yang di akhirat kerana seberat mana ujian di dunia ia akan berakhir akan tetapi jika diuji dengan kesusahan di akhirat ia terlalu dahsyat untuk ditanggung.



wallahua'lam....
Read more

'Alhamdulillah..^_^'

Read more

'Dinner di Pacific Ballroom PWTC ^_^'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah..malam semalam telah berlangsung jamuan makan malam di Pacific PWTC.
Jamuan nie bukan saya nye ^_^.. tetapi jamuan untuk staf opis ayah saya.. jadi semua pekerja akan datang membawa family masing - masing..

bowling di Ampang Bowling Flamingo



sebelum jamuan pada malam 1 januari 2010.. paginya telah diadakan perlawanan bowling di hotel Flamingo, Ampang. Kumpulan saya telah mendapat tempat ketiga.. Tujuan perlawanan bowling untuk mengeratkan ukhwah antara semua ahli keluarga family setiap staf...



Jamuan di PWTC bermula jam 830 malam.. setelah semua tetamu tiba.. sambil makan ada selingan lagu2 yang dinyanyikan oleh staf dan ahli keluarga yang berminat.. kali ini.. mereka menjemput pelajar dari ASWARA dan Ramlah Ram sebagai penyayi jemputan.. sebanyak 6 buah lagu yang dinyanyikan oleh Ramlah Ram termasuk lagu dia yang amat popular .. Tahun lepas, yang datang Bienda.. tahun depan tak tahu sape lak.. hehe...

nie penyayi jemputan ( Ramlah Ram )

antara yang saya makan..hihi^_^

saje suke amik^_^



Jamuan berakhir hampir jam 1200 malam.. alhamdulillah segalanya selesai dengan baik dan selamat sampai ke rumah... ^_^

Read more

'Jendela Hati'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Aku Ingin Hidup Secerah Mentari
Yang Menyinar Di Taman Hatiku
Aku Ingin Seriang Kicauan Burung
Yang Terdengar Di Jendela Kehidupan

Aku Ingin Segala Galanya damai
Penuh Mesra Membuah Ceria
Aku Ingin Menghapus Duka Dan Lara
Melerai Rindu Di Dalam Dada

Sedamai Pantai Yang Memutih
Sebersih Titisan Embunan Pagi
Dan Ukhuwah Kini Pasti Berputik
Menghiasi Taman Kasih Yang Harmoni

Seharum Kasturi Seindah Pelangi
Segalanya Bermula Di Hati Di Sini...

-saujana-
Read more

''2010 Kini Bermula'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang




Kisah lalu sebagai pengalaman untuk menghadapi akan datang...

wallahua'lam...

Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries