Perisa bagi IceCream nie ada beberapa jenis yang disediakan seperti blueberi, buah naga, strawberi, mangga, kiwi , nenas dan durian belanda. Cara pembuatannya, puri buah dan adunan vanila tadi digaul/goreng kemudian diratakan nipis atas kuali bersuhu sejuk beku 30 darjah celcius. Dalam tempoh beberapa saat ( tengok kelajuan pembuat menggoreng mungkin Hehe) adunan tadi akan menjadi IceCream dan kemudian digulung..
Setiap adunan akan dapat dalam 5 gulung IceCream, lepas itu pelanggan boleh pilih kacang, coklatChip, kismis, coklatCair, marshmallow dan pelbagai lagi penghias tambahan untuk bagi IceCream bertambah sedap.. Hee ^_^
Oh yea, selain Pulau Langkawi, ada 2 tempat yang boleh dapat IceCream Gulung ni, sekata Pasar Larut Malam Danau Kota, Setapak dan Downtown The Mines, Seri Kembangan. Kalau ada tempat lain boleh bagi tahu saya yer.. =) harga IceCream nie dekat DownTown The Mines, Rm5 satu bekas ada 5 gulung IceCream with 3 Topping.
Rasa IceCream nie agak Manis, mungkin sebab campuran dari puri buah-buahan yang asli dan Vanilla buat ia bertambah manis. Saya order IceCream Gulung perasa Durian Belanda. Memang KAW rasa ORI Durian Belanda.. Hee..
Kepada sahabat yang nak mencuba boleh cari kat 2 tempat nie. InshaAllah ada. Selamat Mencuba ^_~
Lain kali boleh datang untuk mencuba perasa lain.. InshaAllah..