'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Majlis Pelancaran Rasmi Tabloid iLuvislam'

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Alhamdulillah akhbar iLuvislam telah dirasmikan pada 30 Januari 2010.. walaupun saya tidak dapat hadir ke majlis tersebut.. tetapi dari cerita krew iLuvislam yang lain.. ia amat menarik.. jadi saya nak tulis tentang majlis tersebut.. artikel ini saya ambil dari iLuvislam..

30 Januari 2010 (Shah Alam) - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Saifuddin Abdullah, telah melancarkan tabloid iluvislam secara rasmi sempena Karnival Karangkraf 2010.

Turut hadir semasa majlis pelancaran tersebut adalah CEO/Managing Director Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd.(KKSB) , Dato' Hussamuddin Yaacob, Presiden iluvislam.com, Encik Mohd Nurul Imran Koyube dan editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah Amir.



Go go go iluvislam! Dari kiri, Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iluvislam.com), YB Dato' Saifuddin Abdullah (Timbalan Menteri Pengajian Tinggi), Dato' Hussamuddin Yaacob (CEO KKSB), Datin (isteri YB) dan Puan Fouziah Amir (editor tabloid iluvislam)

Ia merupakan hari yang sungguh bersejarah bagi iluvislam.com, KKSB dan dunia dakwah di Malaysia.

Majlis dipengerusikan oleh Encik Hashim Anang, Pengurus Hubungan Awan KKSB. Selepas bacaan doa oleh editor Majalah i, Encik Ahmad Yani, semua pengunjung berdiri untuk menyanyikan lagu Jalur Gemilang dan lagu Karangkraf. Kesemua hadirin kelihatan amat bersemangat ketika menyanyikan lagu-lagu tersebut.

Ketika ucapan Dato' Hussamuddin, beliau menceritakan tentang pengalamannya mengenali iluvislam.com dan sebab-sebab beliau memutuskan untuk menerbitkan tabloid iluvislam. Beliau berkata, "usaha 5 anak muda pengasas iluvislam.com(dan krew-krew iluvislam.com) tidak mampu dilakukan oleh JAKIM yang mempunyai peruntukan RM 400 juta. Dengan ahli berdaftar seramai lebih 84,000 dan berjuta-juta 'pageview' setiap bulan, saya amat mengkagumi usaha mereka."

"Saya dah layari iluvislam.com dan ia satu usaha yang bagus. InsyaAllah saya akan menyertai salah satu program yang akan dianjurkan oleh team iluvislam.com pada pertengahan bulan Mac nanti," kata YB Dato' Saifuddin Abdullah kepada presiden iluvislam.com ketika mereka berjalan beriringan menuju 'booth' iluvislam untuk melancarkan tabloid.

Ketika pelancaran tabloid, YB Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menandatangani 'banner' perasmian dan beliau menerima cenderamata yang disampaikan oleh editor tabloid iluvislam, Puan Fouziah.

Majlis pelancaran berjalan dengan lancar dan ia diakhiri dengan jamuan makan tengah hari di Gaden Cafe Karangkraf.

Kami bagi pihak iluvislam.com ingin mengucapkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada semua jemputan terhormat (YB Dato' Saifuddin Abdullah dan isteri serta lain-lain), pihak pengurusan KKSB, team event KKSB, krew-krew iluvislam.com dan semua hadirin yang hadir.

Sesungguhnya ia merupakan satu lagi nikmat yang Allah berikan dan kita semua wajib bersyukur dan terus bekerja keras untuk sama-sama berdakwah melalui 'platform' iLuvislam.

"Saya mahu tabloid iluvislam bukan sahaja diterbitkan setiap minggu, tetapi ia diterbitkan setiap hari kelak," itulah jawapan yang diberikan oleh Dato' Hussamuddin Yaacob apabila ditanya tentang visi beliau terhadap penerbitan tabloid iluvislam.

"Menjadi hebat bukanlah suatu pilihan oleh umat Islam. Ia adalah suatu kemestian kerana syurga itu hanya untuk mereka yang hebat. Maka, muslim perlu menjadi muslim yang super!" Pesan Mohd Nurul Imran Koyube kepada rakan-rakan iluvislam.com dan pembaca tabloid iluvislam.

wallahua'lam.....


1 sahabat:

Anonymous said...

salam ukhwah...
marilah kita bersama2 berkongsi ilmu tetang islam..
ana harap anti dapt...
join..ana bersama2...
memperjuangkan islam...
lawatlah blog ana...
http://ukhwahtulmukmin.ning.com/

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries