'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'ungkapan berhikmah dari Nabi Isa a.s'



Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 hari iaitu :
  1. hari yang telah berlalu (semalam) maka tidak akan ada lagi kesempatan bagimu untuk mendapatkannya semula
  2. Pada esok harinya pula kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menikmatinya atau tidak
  3. Oleh itu hari yang mana kamu berada di dalamnya maka manfaatkanlah ia dengan sebaik mungkin

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 saat iaitu :

  1. Saat yang telah berlalu (semalam)
  2. Saat yang kamu tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menemuinya lagi atau tidak
  3. Oleh itu saat yang mana kamu berada di dalamnya maka hendaklah kamu pergunakannya dengan sebaik mungkin kerana kamu tidak memiliki masa kecuali satu saat sahaja sedang kematian pula dari saat ke saat semakin menghampiri diri kita

Bermula hayat kita di dunia ini hanyalah buat 3 nafas iaitu :

  1. Nafas yang telah pun berlalu dimana kamu berpeluang menyedut udara anugerah Allah
  2. Nafas untuk esok hari yang kamu masih tidak tahu sama ada kamu berpeluang untuk menyedutnya lagi atau tidak
  3. Nafas yang mana kamu sedang berada di dalamnya dan kamu tidak memiliki kecuali satu nafas itu sahaja serta tidak ada satu hari atau satu saat pun.Oleh kerana itu kamu mestilah segera memanfaatkan nafas yang satu ini sebelum ianya hilang.Bertaubatlah pada kesempatan yang kamu ada ini sebelum ajal datang menjemputmu.Amalan yang paling utama ialah dengan menjaga semua waktu sedang kita masih lagi bernafas dan sesungguhnya mereka-mereka yang mensia-siakan waktu sebenarnya telah merugikan umur mereka sendiri.

-diari islamiah-

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries