Nama sebenarnya ialah Ali Hussain b Hussain b Ali b Sina, dilahirkan di Wilayah Bukhara dalam tahun 980M. Keturunannya menjadi rebutan berbagai bangsa tetapi yang pastinya ia berketurunan Parsi dan berkebudayaan Arab. Dalam usia 10 tahun Ibnu Sina telah khatam menghafal al Quran serta ilmu-ilmu kesusteraan yang lain. Pada usia 16 tahun ia telah berjaya menguasai semua ilmu perubatan. Semua ini diperolehi dengan hasil usahanya sendiri disamping memiliki kecerdasan akal fikiran yang luar biasa.
Bermula dari sinilah ia mengubati orang sakit dan memperolehi kejayaan yang besar yang mengharumkan namanya. Beliau juga telah berjaya mengubati Raja Bukhara iaitu Nuh b Mansur yang menghidapi penyakit yang tidak dapat diubati oleh para tabib lain. Beliau lalu dilantik menjadi doktor peribadi baginda. Ibnu Sina adalah seorang yang gigih membaca, menyelidik dan mengarang. Hasil karyanya yang teragung dalam bidang perubatan ialah Kitab Al Qanun dan sehingga kini masih dianggap sebuah ensaikelopedia yang lengkap. Buku ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan juga Eropah lalu dijadikan buku teks perubatan di universiti - universiti Eropah, England dan Scotland.
Ibnu Sina juga adalah orang pertama menyelidik tentang penyakit bengkak dalam otak, barah dalam perut, batuk kering, dan ahli perubatan pertama sekali melakukan suntikan di bawah kulit dengan jarum serta pembedahan dengan menggunakan bius. Beliau meninggal pada tahun 1037M di Hamadan kerana menghidap penyakit kudis dalam perut akibat terlalu kuat bekerja dan mengarang.
-diari islamiah-
-wallahua'lam..
2 sahabat:
bagus blog ni ..banyak ilmu yang bergua...
syukran ijad...
insya-allah saya cuba memberi sedikit apa yang diperolehi...=)
Post a Comment