'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥
Showing posts with label Cinta. Show all posts
Showing posts with label Cinta. Show all posts

"Aku Tidak Meminta Seseorang Yang Sempurna"

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Aku tidak meminta 
seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku,
Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu,
dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan,
Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, supaya dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,
jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan
Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan,
Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu,
Andai Engkau berkehendak lain,
Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat,
Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku
Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya…

-akuIslam-



Read more

~Selamat Hari Lahir Emak♥~

Read more

~Adam, Kenalilah Hawa~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Adam, kenalilah Hawa. Tolong!”
Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.
Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.
Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.
Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.
Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.
Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.
Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.
Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?
Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.
Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.
Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.
Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.
Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.
Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.
Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!
Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.
bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.
-iLi-
Read more

~Monolog Cinta~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Dia merenung dalam bait tinta yang ditangkap lensa miliknya. Sepasang mata yang bening itu bergerak-gerak kiri ke kanan. Dia cuba untuk memahami kata-kata itu.
“Cinta bukan tujuan, tapi hanyalah jalan. Cinta itu bukan matlamat, tapi hanyalah alat…” – Ustaz A.Ubadillah Alias
Dahinya dikerutkan. Keningnya dirapatkan. Tanda dirinya sedang memikirkan sesuatu yang mengusik perasaan.
“Cinta bukan tujuan. Tapi jalan. Cinta bukan matlamat. Tapi alat..” Bait tinta itu bergema dalam sanubarinya.
“Apa ertinya?” Dia bermonolog.
Lama dia merenung. Sesekali, dia menghantar pandangan ke luar jendela. Dia menatap ke arah langit. Cerah. Subhanallah, indah ciptaan-Mu – Burung-burung berkicauan, tanda bertasbih kepada-Nya. Sang unggas bernyanyi riang, tanda memuji kepada-Nya. Segala yang ada di langit mahupun di bumi sujud pada keEsaan-Nya. Dalam asyik dia merenung keindahan ciptaan Tuhan, ada sesuatu yang mengusik kalbunya.
Cinta. Ya. Dia tahu dia masih muda remaja. Dia tahu masih banyak tanggungjawab yang harus digalasnya. Dia tahu masih banyak impian yang belum diraihnya. Dia tahu, umi dan abinya mengharapkan sesuatu daripadanya. Dia tahu perjalanan hidupnya baru bermula. Dia tahu dia tidak seharusnya leka dalam cinta dunia. Dia tahu dan dia mengerti segala-galanya. Namun, entah mengapa setiap kali dia cuba mengusir satu rasa yang bertamu di dada, tiap kali juga dia kalah melawan perasaannya.
Ya Allah, begitu kuat rasa itu hadir ke dalam kalbunya.
Apa yang perlu dia lakukan? Langkah apa yang perlu dia aturkan? Strategi apa yang perlu dia rencanakan?
Segala-galanya kelihatan suram. Segala-galanya kelihatan tidak berjalan. Hatinya kembali rawan. Mengapa dirinya tidak mampu melawan? Mengapa perasaannya seringkali kecundang? Mengapa hatinya seringkali bermusuhan dengan apa yang dia fikirkan? Hati dan akalnya tidak sehaluan.
Dia tidak mahu lemas dalam dakapan cinta yang melekakan. Dia hanya mahu lemas dalam dakapan cinta Tuhan. Tapi, makin kuat dia mencuba, makin kuat pula dia diduga.

Dia tahu, dia harus kuat menghadapinya. Dia tahu, dia harus melawan rasa cinta yang bertamu dalam hatinya. Dia tahu, dia harus mengusir rasa cinta pada manusia. Mengusir cinta bukan bererti membenci. Tetapi lebih kepada menjaga jarak antara dirinya dan dia. Hatinya cuma ada satu. Dia tahu, sakit rasanya apabila terluka. Pedih rasanya apabila kecewa. Pasti, dia akan berduka. Lalu, amanah yang dipertanggungjawabkan ke atasnya akan terbang dan hilang entah ke mana.
Dia harus memilih. Ya. Memilih sama ada dia mahu terus berfantasi atau menjejak realiti? Mahu terus berada dalam mimpi atau mahu menjejak bumi? Dia sedar. Cinta manusia itu adalah sesuatu yang tidak pasti. Cinta yang hakiki adalah berpaksikan pada DIA Sang Ilahi.
Dia juga sedar, kehidupan kini penuh dengan ujian Ilahi. Jika iman tidak terus diasah, maka dia akan tersungkur rebah. Jika akidah tidak terus dipelihara, maka dia akan terus bergelumang dengan dosa. Jika ilmu-Nya tidak terus diteroka, maka dia akan terus terleka dalam arus dunia. Dia juga sedar. Perjalanannya masih jauh. Banyak lagi yang harus ditempuh. Jika ujian sebegini dia tidak mampu menempuh, apatah lagi ujian lain yang mewajibkan imannya untuk terus teguh.
Dia nekad. Segala rasa cinta yang hadir sebelum waktunya perlu segera diusir. Bimbang pula hatinya akan terus terusik. Kini dia memegang pada satu prinsip!
“Cinta itu fitrah. Ilmu itu amanah. Iman itu perlu diasah. Maksiat itu perlu dicegah!”
Ashadu Anla Ilahailallah Wa Ash Hadu Anna Muhammad Rasulullah. Hanya padaMu Tuhan, aku berserah…

-iLi-
Read more

~ Aku hanya Teluki ~

Read more

~ Kesetiaan ~

Read more

~Apa Nak Buat Sementara Nak Tunggu Lelaki Datang Melamar ?~

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Persiapan yang penting ialah :
1) Menuntut ilmu khususnya berkenaan kewanitaan, anak-anak, rumahtangga, seksual, hukum-hakam agama dan kemahiran2 yang dapat memanfaatkan hidup selepas bernikah.
2) Menjaga kesihatan dan mencantikkan diri, ramai anak gadis mengadu sukar bernikah kerana menghadapi masalah fizikal tetapi mereka tidak pula menjaga diri, menguruskan badan sedangkan mereka mempunyai masa yang panjang untuk melakukannya.
3) Meningkatkan amalan ibadah dan taqwa sebagai kekuatan jiwa dan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan berumahtangga kelak.

Kata Nabi SAW, ’ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنْ النَّاسِ الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ ’ Dua nikmat yang selalu diabaikan oleh ramai orang sehinggalah kehilangannya iaitu kesihatan dan waktu lapang. [riwayat al-Bukhari]
-Ustaz Emran Ahmad-
sumber : pakarCinta
Read more

♥ Bisikan Cinta ♥

Read more

~ Tabahlah Wahai Hati ~

Read more

~7 Rahsia yang Wanita Tidak mahu Lelaki Tahu~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Saya terbaca satu artikel berkenaan beberapa perkara yang Wanita cuba Rahsiakan dari seorang Lelaki. Dari pandangan saya sebagai seorang wanita ada beberapa yang mungkin ada betulnya ^__^.
Jadi untuk kaum Lelaki mungkin boleh baca dan mungkin membantu memahami wanita.. =p wallahua'lam..
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kaum wanita memang dikenali dengan kemisterian mereka yang tersendiri.Memang sukar memahami apa yang difikirkan diminda dan apa yang dirasakan dihati wanita.

Wahai para lelaki semua,tahukah kita bahawa wanita bila berkata-kata kadang-kadang bukan bermaksud seperti yang diucapkannya,tetapi punya makna terselindung dan berlainan.Ini bukanlah
bermaksud kaum wanita itu suka berbohong tetapi menggambarkan bahawa bukan mudah sebenarnya untuk lelaki mengenali wanita dengan sebetul-betulnya.

Pernahkah kita sebagai lelaki cuba mentafsir sifat,fikiran dan naluri yang tersembunyi dalam diri kebanyakan wanita?



Tentunya andai lebih banyak perihal wanita kita ketahui akan lebih mudah bagi kita memahami,melayani dan menghargai wanita disisi kita.
Untuk itu kali ini,apakata kita sama-sama meneliti beberapa perihal atau rahsia yang ada pada kebanyakan wanita yang sebenarnya wanita tidak mahu kaum lelaki mengetahuinya.

Beberapa rahsia yang dimaksudkan adalah;

1)Rasa cemburu.
Pastinya ramai yang akan menafikan,tetapi kenyataannya kebanyakan wanita mempunyai rasa cemburu yang berlebihan.Secara tak sedar,wanita akan merasa cemburu walau pasangan lelakinya sekadar bercakap atau berbual dengan kawannya atau wanita lain.Mungkin rasa cemburu itu tidak ditunjukkan,namun setiap kelakuan pasangannya akan sentiasa melekat di fikiran mereka.

2)Wanita tahu bila lelaki menipu.

Kaum wanita memiliki naluri dalaman semulajadi yang mampu menimbulkan firasat yang tepat bila lelaki menipu atau membohonginya.Jadi berhati-hati sekiranya ingin berbohong dengan wanita,kerana mungkin mereka tidak menyatakan tetapi hakikatnya,mereka mudah tahu bila lelaki menipu

3).Gemukkah saya?
Percaya atau tidak,persoalan ini sentiasa bermain difikiran kebanyakan wanita.Walaupun mempunyai tubuh badan yang kurus,wanita tidak pernah menganggap dirinya kurus.Soalan seperti ini,"Adakah saya nampak agak gemuk?" misalnya tentu akan keluar dari mulut wanita.

4)Dalam soal berbelanja,wanita kerap berbohong.
Tentu ramai yang tidak bersetuju,tetapi inilah yang kerap dilakukan oleh kebanyakan wanita.Misalnya jika keluar membeli belah barangan dapur sekalipun,pasti ada sesuatu yang akan dibeli wanita untuk dirinya sendiri.Dan bila ditanya oleh pasangan lelakinya,kebanyakan wanita akan memberitahu lain dari yang sebenarnya,seperti dari segi harga atau pun potongan diskaun.Mungkin jika diskaun hanya 20%,ia akan ditambah jadi 30% misalnya.

5)Sukar simpan rahsia.
Berhati-hati jika ingin berkongsi rahsia dengan wanita.Dibandingkan dengan lelaki,wanita lebih sukar menyimpan rahsia.Kaum wanita kebanyakannya suka bercerita dan berkongsi apa saja dengan kawan mereka termasuklah sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan.

6)Sayalah ratu.
Rata-rata wanita secara tak sedar sentiasa berperasaan dan ingin dianggap dialah yang tercantik dari orang lain.Hanya dia satu-satunya ratu di dalam dunia.

7)Saiz kasut lelaki.
Pernah tak anda sebagai lelaki bertemu seorang wanita,dan dia akan memandang kebawah melihat kasut anda?Mungkin ini dianggap sekadar mitos bagi sesetengah orang,tetapi percaya atau tidak,ada wanita biasanya menilai lelaki dari saiz kasut mereka.

Demikian beberapa rahsia atau perihal diri wanita yang pada hemat saya boleh dijadikan landasan buat kaum lelaki lebih memahami wanita disisi mereka.Bukankah wanita itu dijadikan untuk lelaki. Maka seharusnyalah kita sebagai lelaki mesti sentiasa berusaha memahami diri wanita agar lebih mudah dalam melayani,menghargai dan membahagiakan wanita disisi kita.

Semoga post kali ini ada gunanya buat saya dan anda semua .Sekian.Terima kasih.
sumber : CahayaFikiran.blogspot.com
Read more

~ Pasrah Takdir dariMu~

Read more

~Berusahalah dalam Mencari Jodoh~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

“Jodoh di tangan Allah S.W.T dan manusia WAJIB berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan.”

Selain daripada itu masih ada cara yang digunakan dalam usaha mencari jodoh seperti :-

  • Kedua orang tua yang mencari dan memilih jodoh, tetapi perkahwinan akan berlangsung dengan persetujuan anak.
  • Jodoh dipilih oleh anak lelaki atau perempuan sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua kedua belah pihak
  • Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya

    Perkara asas dalam ajaran islam ialah persetujuan anatara kedua belah pihak, iaitu antara calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan dalam Islam adalah bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan jodoh anaknya.
    Terdapat juga beberapa ALASAN sukar dalam mencari Jodoh antaranya :
  • Jodoh belum sampai
  • Belum bersedia
  • Terlalu memilih
  • Hati tak Bersih 
  • Hati masih tidak Fokus - jika kita berniat ikhlas, dan telah berusaha inshaAllah Allah akan bantu
  • Memahami qada' dan qadar bukan menyalahkan Takdir.
     Dalam usaha mencari jodoh, terdapat juga beberapa sebab yang mungkin menyukarkan seseorang dalam mencari dan memilih pasangan. Antara kemungkinan sukar seseorang bertemu jodoh :-
  • Fobia (cinta lalu yang pernah kecewa)
  • Banyak meminta dan kurang memberi 
  • Tidak Istiqamah dalam menjalinkan hubungan (pentingkan diri dan tidak menghormati pasangan)
  • Tidak sabar ( menjurus berfikiran maksiat sahaja)
  • Kurang untuk berusaha dengan cara yang bersesuaian
  • Restu daripada kedua ibu bapa
  • Tidak nampak kelebihan dan ganjaran akhirat bagi orang yang berumah tangga.
     Selain mengharapkan jodoh itu tiba, diri sendiri perlu juga berusaha untuk mendapatkannya. Antara usaha yang boleh dilakukan :-
  • Berdoa dengan bersungguh-sungguh dan berusaha
  • Lihat orang disekeliling "jodoh selalunya tidak jauh"
  • Jangan mudah patah semangat "tidak semua yang kita nak akan kita dapat jadi teruslah berusaha"
  • Mengisi hati dengan ibadah yang tertentu
  • Sayang pada semua orang disekeliling anda
  • Membersihkan hati supaya hati lebih Tenang
  • Sentiasa bersedia. Percayalah jodoh ada dimana-mana
  • Lengkapkan diri sendiri dengan mengikut syariat islam ciri-ciri perempuan atau lelaki idaman.
     Perkara yang paling utama dan penting adalah PERCAYA dengan TAKDIR dan KETENTUAN daripada ALLAH s.w.t. Yakin Dia yang telah mengaturkan segala yang terbaik buat kita, Dia lebih Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita sebagai hambaNya jangan mudah untuk putus asa walaupun mungkin banyak kali diUji olehNya. Terus mencuba dengan mengikut landasan syariat yang telah ditetapkan olehNya dan paling penting berdoa kepada Allah s.w.t. Semoga segala usaha yang dilakukan mendapat redha dan rahmat dariNya.. wallahua'lam.. ^_^



Read more

~ Sahabat Setia ~

Read more

♥ Setia Itu ♥

Read more

♥ Selamat Hari Lahir to Me ^__^ ♥


Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah s.w.t, untuk terus bernafas di muka bumi ini..
23 April 2013 cukup umur saya 25 tahun ikut kalendar orang putih... ( dah semakin tua rupanya saya ni >_
Terima kasih buat Family dan insan tersayang ♥ dan juga buat sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya .. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dariNya hingga akhir hayat..

Semakin meningkat umur saya, bermakna semakin pendek dan hampir saya untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa. 



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku…dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.Amin Ya Rabbul Alamin.



Read more

~ Aturan Allah ^_^ ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang





~Dalam aturan Allah itu ada rahsia.
Rahsia yang kadang tidak terfikir di akal.
Rahsia yang akan hanya terbongkar di masa depan.
Jawapan kepada soalan “kenapa” itu,
akan hanya terjawab kelak.
InsyaAllah~

Wallahu'alam ^_^

Read more

♥ Warkah buat Suami ♥

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Wahai Suami, fahamilah erti perkahwinan…

Perkahwinan menyingkap tabir rahsia,

Isteri yang kamu nikahi,
Tidaklah semulia Khadijah,
Tidaklah setaqwa Aisyah,
Pun tidak setabah Fatimah…

Isterimu hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita,
Menjadi solehah..

Perkahwinan, mengajarkan makna kewajipan bersama,

Isteri menjadi tanah,
Kamu langit penaungnya,
Isteri menjadi ladang tanaman,

Kamu pemagarnya,
Isteri ibarat ternakan,
Kamu gembalanya,
Isteri adalah murid,
Kamu gurunya,
Isteri bagaikan anak kecil,
Kamu tempat bermanjanya,

Saat Isteri menjadi madu,
Kamu teguklah sepuas-puasnya, 

Saat Isteri menjadi racun,
Kamulah penawar bisanya,

Seandainya Isteri tulang rusuk yang bengkok,
berhati-hatilah meluruskannya…

Perkahwinan, menyadarkan Kamu perlunya IMAN DAN TAQWA,
Untuk belajar lebih SABAR DAN REDHA,

Kerana Kamu miliki isteri yang tidak sehebat mana,
Hanyalah wanita akhir zaman,
Yang punya cita-cita, menjadi solehah..

Kamu akan tersentak dari alpa, Kamu bukanlah Rasulullah,
Pun bukanlah Saidina Ali Karamaullahhuwajhah,

Cuma suami akhir zaman,
Yang berusaha menjadi soleh



************************
Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah saw tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawapan salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.
Read more

' 5 Perkara Wanita Inginkan dalam Perhubungan'

Dengan nama Allah yang Maha pengasih lagi Maha Penyayang

Setiap wanita dambakan suami atau kekasih yang benar benar memahami diri mereka. Ini kerana wanita memang dilahirkan dengan sifat manja, mahukan perhatian dan sebagainya. Tambahan pula jika mereka datang bulan, wanita akan lebih bersifat pemarah, walaupun dengan suami sendiri.

Jadi sebenarnya, apa yang wanita inginkan dalam perhubungan ? Jom kita bedah siasat faktor faktor ini :


  • Perhatian
Perkara yang selalu diabaikan pihak lelaki. Wanita suka apabila suami atau kekasih mereka sentiasa berhubung dengan diri mereka,walaupun untuk benda yang ringkas seperti SMS memberitahu hendak bermain futsal, keluar makan dan sebagainya.
Lelaki harus ingat, sesibuk mana pun anda ,ingat jangan sesekali lupakan isteri anda ok ?  Wanita juga mendambakan ekspresi cinta dari pihak lelaki. Jadi selalulah ucapkan kata kata manis kepada isteri anda ok ^^
  • Protektif
Lelaki yang protektif sangat disukai oleh wanita. Protektif tidak hanya bermaksud melindungi secara fizikal, malah nasihat seperti selalu makan sayur , jaga kesihatan malah nasihat keagamaan seperti jaga aurat dan sebagainya sangat disukai oleh wanita 
  • Jujur
Siapa suka dengan teman yang tidak jujur dan sering menipu ? Perempuan sangat pantang jikalau dapati teman lelaki atau suami mereka tidak jujur walaupun perkara itu sangat remeh !
  • Romantik
Ramai pasangan suami isteri ,apabila sudah berkahwin, sangat jarang melakukan aktiviti bersama sama . Ini termasuklah makan di luar bersama sama, menonton wayang, atau berjalan- jalan di taman dan sebagainya.
  • Shopping
Semua orang tahu wanita memang suka bershopping. Lelaki yang prihatin akan sentiasa melayani kehendak wanita ini. Bukanlah bermaksud mereka mahukan anda keluarkan duit, cuma cukup dengan menemani mereka dengan sabar 

sumber : Teman
Read more

~ Adab Akad Nikah di Masjid ~

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Akad Nikah adalah Rukun/Syarat WAJIB bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan. Pada zaman sekarang, ramai Pasangan memilih untuk melangsungkan majlis ini di Masjid. Tetapi ada juga pasangan yang melakukannya di rumah sendiri. Masing-masing mempunyai sebab dan kenangan tersendiri, sama ada di Masjid atau di Rumah. ^_^
Bagi pasangan yang ingin melangsungkan Majlis Pernikahan ini di MASJID pasti ada Adab-adab yang perlu kita patuhi bagi mendapat 'Keberkatan' dalam majlis tersebut. saya kongsikan sedikit info yang saya perolehi, semoga ia dapat membantu pasangan yang bakal melangsungkan Majlis akad Nikah di Masjid. =)

Pilihan tempat berlangsungnya majlis akad nikah juga penting dalam menentukan keberkatan dalam kehidupan suami isteri. Kita bersyukur kerana sudah menjadi tren pada hari ini, upacara perkahwinan dilakukan di dalam masjid. Tujuannya sudah tentu untuk keberkatan. Memang masjid tempat yang paling sesuai untuk upacara pernikahan kerana setidak-tidaknya di masjid tidak ada orang yang berniat jahat. Maka upacara akad nikah berlaku dalam keadaan tiada seorang pun yang menanggung dosa. Itulah erti keberkatan.
Tetapi dalam keghairahan mereka menggunakan kemudahan rumah Allah ini, mereka lupa beberapa pantang larang. Ada beberapa perkara yang jarang diberi perhatian. Mereka lupa dalam masjid terdapat adab sopan yang perlu dipatuhi oleh orang yang berada dalam majlis itu. Antara yang penting ialah:
  • - Berpakaian menutup aurat dengan sempurna khususnya kepada wanita

  • - Niat iktikaf di Masjid
  • - Menghormati jemaah lain yang sedang beribadah di dalam masjid
  • - Mulakan dengan solat Tahiyatul Masjid dan solat sunat yang berkaitan
  • - Tidak bercampur dan bergaul terlalu bebas antara lelaki dan perempuan
  • - Jika pengantin perempuan didatangi haid dan tidak dapat hadir ke masjid, maka wali boleh menjemput jurunikah datang ke rumah terlebih dahulu untuk proses wali meminta izin dan menyerahkan wakilnya kepada jurunikah
  • - Pengantin perempuan yang haid boleh juga hadir ke masjid pada hari akad nikah tetapi dinasihati agar tidak masuk ke dalam Dewan Solat masjid
  •  - Barang-barang hantaran diserahkan selepas akad nikah di rumah pengantin perempuan
  • - Jika boleh, hanya mas kahwin sahaja yang dibawa ke masjid. Majlis penyerahan mas kahwinsuami kepada isteri boleh dilakukan di masjid, tetapi upacara menyarungkan cincinhendaklah dilakukan di rumah pengantin perempuan
  • - Jangan bergambar atau berposing untuk bergambar secara melampau di dalam masjid atau di sekitar kawasan masjid
Panduan ini tidaklah susah untuk dipatuhi, namun masih terdapat lelaki atau perempuan yang sering mengabaikannya. Masih terdapat perempuan yang memakai pakaian yang tidak sesuai dengan suasana masjid. Ada yang mempamerkan wajah mekap yang mempesonakan, bahagian dada yang masih tidak ditutup sepenuhnya meskipun sudah mengenakan kain tudung.
Manakala lelaki pula ada yang memakai rantai dan gelang. Semua itu adalah haram bagi lelaki walaupun bukan dibuat daripada emas. Perhiasan perempuan itu tidak layak untuk lelaki kecuali gelang yang disahkan untuk perubatan. Kita tidak pasti sama ada mereka ini degil atau tidak tahu tentang hukumtersebut.

sumber : Ahmad Baei Jaafar

p/s: myfuture Husband, saya nak akad Nikah dirumah jer boleh.. waktu Malam lepas Isyak.. =p
Read more

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries