'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

'Merawat Marah'

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Marah adalah penyakit rohani yang memberi kesan pada jasmani. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati. Carilah ubat marah.

Antara cara untuk mengatasi marah :

1. Baca Ta'awwuz

Apabila datang marah, banyakkan membaca ta'awwuz. Berlindunglah kepada Allah daripada kejahatan syaitan yang direjam kerana marah itu datangnya daripada syaitan.

Maksudnya : " Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam"


2. Mengubah posisi

Ketika marah ubah posisi kepada yang lain. Jika sedang berdiri, cubalah duduk, jika sudah duduk cuba berbaring. Jika berada dalam sebuah bilik, maka keluar ke tempat lain.


3. Mengambil wuduk

Apabila marah sedang memuncak, digalakkan mengambil wuduk kerana dapat menyejukkan api kemarahan.


4. Diam

Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada marah.


5. Banyakkan berzikir

Banyakkan berzikir agar dapat mengajak diri kepada mengingati Allah sebagaimana maksud hadis berikut :

"Ucapan yang paling banyak disukai Allah ada empat perkara, tidak berat kepadamu untuk mengucap bila-bila masa sahaja iaitu: Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar" (Riwayat Muslim)


6. Melakukan amalan

Melakukan amalan yang menambah keimanan dan mendidik jiwa seperti solat taubat, membaca al-Quran, Berpuasa sunat, Bersedekah, Melakukan haji dan umrah, Menolong orang.


7. Minum air dan berdoa

Ada orang yang minum air zamzam dan air yang didoakan oleh ulama. Namun begitu, hati kita perlu meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah kerana Allah juga yang berkuasa sepenuhnya dan yang memegang hati hambaNya.


8. Mengwal pernafasan

Pernafasan yang berkesan dapat mengawal perasaan marah. Kehadiran oksigen di dalam otak dapat mengurangkan kemarahan. Jika tubuh kita kaya dengan oksigen, oksigen ini akan dibawa oleh darah ke kepala. Oksigen yang kaya dalam darah itu akan membawa ketenangan.

wallahua'lam...

sumber : Majalah Solusi

0 sahabat:

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries