Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
pulau langkawi..^_^ destinasi percutian bersama our classmate.. alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... slama 3 hari 2 malam di pulau langkawi.. memberi banyak kenangan buat saya..
Kami bertolak pada hari khamis pagi dan tiba di pulau langkawi pada awal tengah hari... sampai sahaja di sana, kami terus menuju ke Jabatan Laut Pulau Langkawi di Tanjung Lembung.Banyak maklumat yang kami perolehi dari pihak jabatan berkenaan subjek yang berkaitan iaitu ukur hydrografi.. dan kami diberi peluang untuk menaiki kapal Jabatan Laut.. dan dibawa mengelilingi sekitar kawasan Pulang Langkawi..^___^
pada malamnya, makan malam dan BBQ diadakan.. bahan2 yang telah siap kami bawa, tinggal untuk dibakar sahaja... BBQ diadakan di tepi pantai chenang berhampiran chalet tempat kami menginap..
keesokkan hari, kami menuju ke Tasik Dayang Bunting, iaitu pakej island hopping yang telah kami tempah..di tasik dayang bunting kami menghabiskan masa hampir 45 minit di sana..
selepas selesai solat jumaat kami pergi ke 'cabel car' Langkawi..pada mulanya kami tidak dibenarkan naik kerana kabus tebal di puncak gunung ketika sampai..disebabkan keinginan kami ingin naik.. kami tunggu beberapa minit dan akhirnya dibenarkan naik.. perasaan semasa berada didalam cabel car tersebut hanya Allah yang tahu... siyes.. saya sendiri rasa gayat..^__^ tapi mmng mencabar...
sebelum pulang ke chalet, kami telah ke 'Beras Terbakar' dan ke Pekan Kuah untuk ber'shopping'..hihi... dan pada malamnya kami menghabiskan masa di chalet dan berjalan2 di kedai2 yang berhampiran chalet di persisiran Pantai Chenang..
hari terakhir di Pulau Langkawi, kami singgah di Dataran Helang untuk bergambar...sebelum menaiki feri untuk pulang... alhamdulillah kami selamt smpai di rumah pada waktu tengah hari...
hari terakhir di Pulau Langkawi, kami singgah di Dataran Helang untuk bergambar...sebelum menaiki feri untuk pulang... alhamdulillah kami selamt smpai di rumah pada waktu tengah hari...
semoga kta dapat bersama lagi..insya-Allah lain kali buat runion ke.. bawa family masing2 plak ya...^___^
wallahua'lam....
wallahua'lam....
0 sahabat:
Post a Comment