Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu.
Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu.
Benar, tangisanmu itu tak mampu mengembalikan masa lalumu.
Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus masa depanmu.
Anggaplah ia sebahagian daripada masa sekarangmu untuk
melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.
Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab mencari ketenangan hidup.
Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w dalam menyampaikan kalam Yang Esa,
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah...” (Riwayat Ahmad dan Al-Nasa’i)
-hlnd-
2 sahabat:
salam...sungguh airmata/tangisan kerana takutkan Allah itu sangat memberi kesan pd hati-hati yang mengharapkan redha Allah...nice writing!
mcm mana buat blog cantik mcm nihh ?? :)
Post a Comment