'MySelf'

My photo
♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥

✿ Sikap Terhadap Al-Quran ✿

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

~✿ Setelah belasan atau puluhan tahun kita hidup, bagaimanakah INTERAKSI kita dengan al-Quran? Bagaimanakah KUALITI BACAAN al-Quran kita? Bagaimanakah pula dengan PENGHAYATAN kita terhadap apa yang ditulis dalam al-Quran? SEJAUH manakah kita merasakan bahawa al-Quran itu HIDUP dalam hati kita, dan hidup kita secara KESELURUHANNYA adalah berpandu kepada acuan al-Quran? Persoalan-persoalan ini mungkin akan menimbulkan jawapan-jawapan yang kurang memuaskan atau mungkin mengecewakan :

“Eh, aku dah KHATAM dah waktu darjah 5 dulu tau!”.
“Takpelah, aku TAK PANDAI sangat baca Quran, segan la nak tadarus”.
“Kalau ada MASA LAPANG aku baca la Quran”.
“Ye ke Quran ni LENGKAP?”.
“Alah, aku baca je, tak pernah tengok pun MAKNANYA..takpe, dapat pahala jugak”.
“Dah lama dah TAK BACA..tak sempat la, SIBUK SIKIT..”

INGATKAH kita pada Firman Allah ini :

✿~ “Patutkah mereka (bersikap demikian),TIDAK MAHU MEMIKIRKAN isi al-Quran? Kalaulah al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati PERSELISIHAN yang banyak di dalamnya.” (Surah An-Nisa’: 82)

✿~ “(Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka SENGAJA tidak berusaha MEMAHAMI serta memikirkan isi al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka KUNCI PENUTUP (yang menghalangnya daripada menerima ajaran al-Quran)?” (Surah Muhammad: 24)

>>> Jika sebelum ini al-Quran itu kita anggap sebagai BAHAN BACAAN, sekarang mari melangkah setapak dengan menjadikannya sebagai BAHAN PENGHAYATAN..bahan rujukan untuk segenap isu dalam kehidupan, kita selak dan kita DALAMI al-Quran.. InsyaAllah, hidup kita akan menjadi semakin TERARAH dan semakin baik kerana kita mengambil sebuah panduan yang tidak bengkok sama sekali..♥♥

-hslnd-

2 sahabat:

Naj said...

hari2 yang berlalu dgn al Quran sgt berbeza jika tnpa al Quran. hidup dgn al Quran lbh terurus dan terarah

Anonymous said...

saya jahil dan tak tahu bagaimana nak memulakan .. tau baca tk tau makna..:(

♥ Popular Post ^_^ ♥

 
'Ketenangan' Copyright © 2013 Design by nurilla Official Love Diaries