Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Setiap yang berlaku adalah sebaik-baik perancangan dariNya... alhamdulillah... redha.. ^__^
hari ini cukup seminggu, rumah saya dilanda banjir.. Okey, rumah pun tak habis kemas lagi.. walaupun dah nak masuk seminggu.. memang terasa letih.. tapi pasti ada hikmah.. alhamdulillah, air yang masuk ke dalam rumah tidak seteruk rumah-rumah di kampung bersebelahan..
Di dalam rumah, hanya masuk air setinggi paras pinggang. Tetapi ada rumah-rumah di kampung lain yang dinaiki air sehingga paras bumbung rumah.. okey dapat bayangkan (-_-), lagi tiada barang yang dapat di selamatkan jika tenggelam hingga paras bumbung rumah.. Takziah untuk mereka..
nak kongsi sedikit gambar-gambar yang di ambil dari pakcik saya yang datang membantu..
di hadapan rumah saya, tu rumah jiran, air baru paras lutut ( dalam jam 11 malam)
selepas banjir - kereta yang di hanyutkan air di kampung bersebelahan
rumah ini tenggelam hingga paras bumbung, kereta kat situ semua tenggelam..
Air naik dengan cepat, dan lebih kurang dalam 4 jam air di kawasan rumah pun surut. Dalam jam 2 pagi proses membersihkan rumah pun bermula pada waktu itu, hingga hari ini.. huhu ..(>_<)
p/s : meh tolong saya, siapa-saiapa yang free... =p
0 sahabat:
Post a Comment