Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Seorang saudagar yang soleh lagi kaya telah menyuruh seorang hamba untuk menjaga kambing-kambingnya. Setiap hari sihamba ini akan membawa kambing ke padang ragut dan memasukkannya semula ke kandang bila hari telah malam.
Suatu hari bila kambing ini pulang ke kandang, saudagar ini melihat seekor kambing yang kakinya telah hilang satu. Ini menyebabkan kambing itu jalan terhenjut- henjut.
Timbul lah perasaan kasihan pada hati saudagar soleh bercampur kehairanan.
Lalu ia bertanya,Angkara siapakah ini?"
Jawab sihamba " Saya yang membuatnya menjadi begitu"Mendengar pengakuan sihamba maka beristighfarlah saudagar
lalu berkata," Mengapa engkau sanggup melakukan seperti ini, bagaimana pula ia berlaku pada kakimu, tidakkah kamu menaruh perasaan kasihan padanya?"
Balas sihamba," Saja untuk suka-suka dan aku ingin melihat engkau marah"
"Baiklah, sekarang aku akan membuat syaitan yang menghasutmu melakukan seperti itu menjadi sakit hati"Kata si soleh
"Membuat hati syaitan sakit, Tetapi bagaimana?" tanya sihamba
"Mulai sekarang engkau aku merdekakan semata-mata kerana Allah Taa'la, pergilah kemana engkau suka" kata si soleh
Bukan main girang hati sihamba bila tindakannya untuk menyakitkan hati tuannya tidak berhasil sebaliknya menjadikan dirinya pula dimerdekakan.
Siapakah yang sakit hati dalam peristiwa ini?
sekadar sedikit perkongsian..
wallahua'lam
-diari islamiah-
'MySelf'
- nurecch
- ♥Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita...♥
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
♥ Popular Post ^_^ ♥
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Alhamdulillah, Tahniah! berjaya menerbitkan buku ini. Semoga ia dapat memb...
-
Entry kali nie saya tulis kerana tertarik dengan satu thread yang dibuka oleh seorang sahabat di iluvislam...mungkin adik yang bertanya soal...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Saya terbaca satu artikel berkenaan beberapa perkara yang Wanita cuba Rahsiakan ...
-
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Hari nie adalah hari terakhir dalam bulan rejab.. esok dah masuk bulan syaaban... s...
0 sahabat:
Post a Comment