Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
Bersabarlah.. Dayana...
-AnaHawana-
Bersabarlah.. Dayana...
-AnaHawana-
**********
Sebagai lelaki : janganlah bertindak tidak bijak
Sebagi perempuan : janganlah pula jadi perempuan yang menyakiti hati perempuan lain juga
sumber : PDH
1 sahabat:
ni puisi wife asyraf muslim kannn
Post a Comment